KESIAN KUCING JALANAN
TOYOTA VIOS yang hampir 100% buat di MALAYSIA kalau nak bandingkan dengan NAZA rasanya lebih banyak barang tempatan dari IMPORT dikategori sebagai apa? TEMPATAN atau BUKAN TEMPATAN - Cuba pi tanya dealer....Kempen Beli Barangan Malaysia Dorong Syarikat Tempatan Lebih KompetitifKUALA LUMPUR: Kempen Beli Barangan Malaysia bukan sekadar usaha kerajaan melindungi industri tempatan malah lebih kepada memupuk satu proses agar syarikat tempatan lebih berani bersaing, membuat inovasi dan meningkatkan produktiviti barangan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Secara khusus Kempen Beli Barangan Malaysia ini tidaklah boleh dilihat sebagai satu usaha pelindungan tetapi sebagai pengiktirafan untuk melancarkan lagi peranan sektor swasta menjadi lebih kompetitif di peringkat dunia.
"Di sinilah antara peranan yang kita tekankan melalui Kempen Beli Barangan Malaysia iaitu bukan sahaja untuk memprojekkan barangan buatan Malaysia yang semakin setanding dengan produk daripada negara luar tetapi untuk memupuk satu proses di mana syarikat-syarikat tempatan semakin hari semakin tinggi produktivitinya, semakin berani membuat inovasi, semakin berdaya saing di peringkat global," katanya.
Beliau berkata demikian pada pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
1 comment:
ahahaha hari ini surat khabar tunjuk mahathir mintak teruskan pemberian AP percuma..menggalakkan bumiputera jadi bisnesman kereta kononnya..ahahahah
dah tu..proton ngn perodua apa cite lak?
Post a Comment