Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, April 28, 2008

TERKESIMA

Dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah pagi tadi, aku terkedu apabila mendengar radio yang Polis akan mengambil tindakan ke atas ibubapa yang cuai hingga menyebabkan kehilangan anak. Denda sehingga RM 20,000 atau penjara.
Marilah kita buat senario seperti di bawah :
"Seorang ibu tunggal yang bekerja menjual kuih-muih dengan pendapatan harian di anggarkan RM 30.00. Mempunyai anak seramai 4 orang, dua masih kecil dan belum bersekolah. Oleh kerana tiada kewangan mencukupi untuk menghantar ke TASKA, anak-anak ini di biarkan bersendirian di rumah. Tiba-tiba seorang anak ini di culik dalam perjalanan hendak ke tempat jualan ibunya. Adakah ibu ini cuai? Ya. Ibu ini di sabitkan bersalah dan di denda RM5,000. Oleh kerana tidak mampu beliau di penjarakan."
Apakah anak-anak ini akan dijaga oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat? Adakah anak-anak ini bersekolah dalam keadaan tidak tertekan? Mungkin jika seperti senario ini, terdapat berbagai panduan atau maklumat yang mengatakan ianya tidak akan berlaku.
Aku bercerita pagi tadi dengan rakan-rakan dan kesimpulan yang aku dapat dari cerita kedai kopi ni adalah :
"Dorang boleh ler. . . ada bodyguard"
Aku rasa asasnya terletak pada sistem itu sendiri. Aku beri contoh mudah. Jika seseorang itu di tangkap (mungkin jiran anda?) kerana mencuri dan sebab utama dia mencuri kerana kelaparan, adakah dia bersalah? Ya dan juga mungkin. Jika dia mencuri kerana kelaparan dan tidak di bantu oleh jirannya, jirannya turut bersalah. Dari situ kita faham hukum Islam mudah sangat. Pastikan semua teratur dahulu baru ambil tindakan. Bukannya ambil tindakan bila keadaan dah teruk dan tindakan ini macam nak melepaskan tanggungjawab aje.
Isu kedua apabila aku baca berkaitan kenaikan harga beras dunia. Ada pulak mamat ni dok suruh kurangkan makan nasi sebab rakyat Malaysia ni kuat sangat makan nasik. "APA KER BAHALOL SANGAT NI WOIII!!!!" Kenapa tak syorkan langsung kita tukar cara hidup kita (Hmmm . . . . macam pernah dengar statement nih. . . .) dengan makan ubikayu. Kita kembali ke 60 tahun kebelakang. Atuk nenek dulu boleh idup gak aper makan ubi kayu campur dengan nasik. Jadi boleh mengurangkan perbelanjaan membeli beras. Itupun kalau rega ubikayu tak naik lah.
Beberapa minggu lepas aku ada berbincang dengan Director untuk meneliti dan mungkin menyelaraskan tanggagaji pekerja. Walaupun gaji operator paling rendah di bayar RM 550.00 tetapi masih jauh dari garis kemiskinan di Semenanjung iaitu RM 691.00. Aku harap kami boleh laksanakan pelarasan gaji pada bulan Jun tahun ini. Atau aku perlu cakap kat bebudak ni ubah gaya hidup atau berhenti kerja aje. Carik tempat lain yang lagi tinggi gajinya. Boleh kah begitu?

Cerita Dolu Dolu