Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 05, 2005

Minyak naik lagi ooiii! - Siri 2

Bersikap realistik. Dalam keadaan harga petrol dan diesel meningkat, alasan? Pengurangan subsidi. Harga petroleum 1 barel dari USD 58 di awal April 05 kini harga telah mula turun pada harga atas sediit dari USD 50 walaupun harga terendah kurang sedikit dari USD 49 di NY. Apa yang boleh kita lakukan? Jika tempoh tak smapi setahun ini kita mengalami kenaikan harga petrol dari RM1.35 ke 1.37 kemudian naik ke RM1.42 dan kini RM1.52 apakah kebarangkalian harga ini akan kekal lama? Harga pasaran minyak dunia turun tidak melambangkan kemungkinan harga petrol dan diesel di pasaran Malaysia akan turun sebab, sudsidi punya hal. Kenapa subsidi kepada rakyat di gusarkan? Subsidi pada Proton maintain ke? Subsidi pada PLUS dah tentunya. Alasan? Nanti rakyat dibebankan kenaikan harga tol. . .tapi naik juga. Persoalannya, apakah jika berlaku perubahan tampuk pimpinan negara (insyaallah) pada pilihanraya akan datang kita akan merasa harga menurun pula? Tiada harapan yang hendak saya letakkan. Takut kecewa. Kalau tak turun pun boleh ' maintain' pun dah okay kot?
Kesekian kali, apakah lagi mainan kerajaan? Kadar inflasi bakal meningkat dan tidak dapat dinnafikan. KDNK menurun, Buying Power dah lemah. Apa nak jadi dalam tempoh 5 ke 10 tahun lagi?

Minyak naik lagi ooiii!

Harga minyak naik lagi. Petrol naik Rm0.10 dan diesel naik RM0.20. Krisis diesel yang berlarutan sejak beberapa bulan yang lalu dikatakan disebabkan oleh masalah penjual diesel haram yang mengaut keuntungan menyebabkan bekalan diesel dicatu untuk pemantaun. Ada juga cerita-cerita dibalik tabir mengatakan kerajaan telah tiada duit untuk sudsidi sebab itu bekalan di catu. Mana satu? Masalah kecurian diesel memang ujud tetapi masalah yang satu lagi juga mungkin benar. Jika kenaikan harga diesel dirasakan perlu untuk mngurangkan penyeludupan atau mengelak penjual mencari untung atas angin mungkin boleh diterima tapi apa kaitan dengan harga petrol jika tidak kerana sebab kedua?
Implikasi dari kenaikan harga tersebut? Nampaknya harga barang akan meningkat lagi lah. Tambang teksi dan bas baru sahaja naik. Bagaimana pula bas sekolah? Tuntutan naik tambang telah disekat tempohari tapi sudah tiada lagi alasan untuk tidak menaikkan tambang. Mungkin selepas setahun dari sekarang akan naik lagi tambang. Tol? sudah semestinya. Gaji? Dok kat takuk lama lagi. Kenaikan gaji menteri-menteri 10% nampaknya memberi korban kepada rakyat marhain.
Sungguh mengecewakan permainan kerajaan sekarang. Walaupun akan adalah mereka yang mengeluarkan kenyataan "Harga minyak kita jauh lebih rendah dari ______ (sila isi tempat kosong dengan nama yang sesuai)". Nampaknya inflasi bakal melanda dengan lebih dahsyat lagi. Malaysia negara pengeluar minyak tetapi, harga makin naik pula. Harga petroleum mentah sudah meningkat jadi negara seharusnya lebih beruntung bukan makin tenat. Nampaknya rakyat jugalah yang semakin tenat.
Kerungsingan rakyat marhain ini harus diluahkan kepada siapa lagi?

Tuesday, May 03, 2005

Alasan Tersendiri - Islam Hadhari?

Saya mula mengetahui perkara ini setelah melayari blog Roslan SMS bertajuk 'Tiada Ruang Untuk Agama Dalam Sekolah Kebangsaan'. Berita tersebut telah dicetak oleh NST dalam kesibukan untuk menaik taraf sekolah kebangsaan supaya menjadi pilihan semua rakyat berbilang kaum dimana syor untuk menjadikan mata pelajaran bahasa mandarin dan tamil menjadi mata pelajaran di sekolah kebangsaan. Ironinya, masalah sekolah integrasi untuk mendapat bantuan buku teks masih tidak selesai hingga sekarang. Sekolah bertaraf agama (di baca - islam) tidak mendapat perhatian sewajarnya. Kebetulan ketiga-tiga anak saya menuntut di sekolah integrasi.
Kenapa saya pilih sekolah integrasi? Terdapat beberapa sebab utama.
1 - Tiada lagi sekolah rendah agama setelah SRA diganti kepada SRAI (anak saya merupakan pioneer).
2 - Mudah. Dari 07:40 hingga 16:30 anak saya berada disekolah. Tiada kerenah kena balik naik bas (kebetulan tahun ini bas sekolah yang tetap tak lulus dek JPJ)
3 - Berkeyakinan tinggi dengan guru-guru dan asas agama yang kukuh tidak didapati di sekolah kebangsaan.
Semasa anak saya yang pertama didaftarkan kesekolah tersebut, ramai menarik diri kerana kurang keyakinan. Apabila anak saya yang kedua, terpaksa diadakan ujian bertulis. Maaf kata, jika anak-anak yang tidak menghadiri tadika atau tidak tahu menulis pada umur 5 tahun memang sukar masuk ke sekolah ini kerana tarikh ujian masuk pada bulan Mei. Anak saya yang ketiga juga melalui ujian tersebut.
Kenapa ramai ibubapa menghantar / hendak anak mereka masuk kesekolah tersebut? Saya rasa sebab 2 dan 3 diatas adalah punca sebenar.
Tahun ini adalah tahun pertama Sekolah Integrasi menempuh UPSR. Sudah tentulah harapan yang tinggi diletakkan oleh ibubapa dan guru terhadap pelajar pelajar ini. Sekolah anak saya mensasarkan 100% lulus dengan sekurang-kurang 100 pelajar mendapat 5A untuk UPSR dan 100% lulus dan 100 pelajar MUMTAZ untuk PSRA.
Apakah sekolah terlalu 'ambitious?' Saya rasa tidak. Melalui pengamatan saya dan perbincangan dengan ibubapa yang anak mereka disekolah kebangsaan, ianya tidak mustahil. Ramai guru-guru dari luar memerhatikan perkembangan sekolah tersebut. Dalam tempoh 3 tahun lagi saya rasa kejayaan tersebut lebih besar lagi kerana pelajar yang berada disekolah tersebut adalah pelajar yang telah ditapis. Saya tidak terperanjat jika sekolah tersebut boleh mendapat sekolah terbaik UPSR untuk seluruh Selangor kalau pun tidak seluruh Malaysia.
Mungkin tempoh masa yang panjang disekolah membolehkan pelajar memberi tumpuan sekata untuk belajar sebagaimana pelajar yang tinggal di asrama. Bulan September 2005 bakal jadi penentu peperangan kecil anak-anak ini.

The World Today

Isn't it interesting to note that during 80's, the likes of GreenPeace and other Naturalist were worried about our world and its environment. Well, their intention is good but their worries beyond truth. Their prediction that by the 21st Century, most of the animals will be gone. We can only see tigers, elephants etc in zoo and not at their natural habitats. Thanks to their concern, the wildlife still remain but is it true? I think we need to maintain and save our world but not beyond to the extent of what Green Peace projected. The Creator has and shows the way for the nature and us to survive. Seen one documentary in National Geographic Channel about snakes of Tioman Island. They found not only those snakes that thought to be extinct (one species last found in the 50's) but also new species - or sub species. The other documentary shows the life on the jungle canopy. Some of the animals thought to be extinct or less in numbers found out to be more of it but not found. Strange isn't it? Even the tigers in Malaysia was recently found out they are not Sumatran Tiger but the sub-species of Sumatran Tiger or the true Malayan Tiger.
Think about it.

Cerita Dolu Dolu