Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 30, 2010

PASTIKAN KERAJAAN NEGERI DAPAT RM4,000 HARI INI - IN CASH!

Wang judi dipulangkan



SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang ehsan dan bantuan fakir miskin yang diterima daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipercayai bersumberkan wang judi pada satu majlis di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. – utusan/Sazali Che Din




KEPALA BATAS 29 Sept. – Seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.
Mereka yang terdiri daripada sekumpulan warga emas serta fakir miskin sekitar kawasan berkenaan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini.
Secara simbolik, kumpulan tersebut beramai-ramai memasukkan wang ke dalam sebuah tabung yang akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat.
Pada satu ketika, suasana majlis bertukar hiba apabila beberapa warga emas yang ditemubual pihak media tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata ketika meluahkan rasa kesal mengenai isu penggunaan wang perjudian bagi membiayai program berkenaan.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang juga ADUN Penaga berkata, pihaknya menerima banyak panggilan daripada penerima bantuan terutamanya warga emas yang berasa ragu selepas isu tersebut didedahkan media massa.
‘‘Mereka kecewa apabila kerajaan negeri sendiri mengaku ada menerima wang sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan sehinggakan warga emas yang menerima wang ihsan RM100 baru-baru ini juga meragui sama ada wang itu datang daripada sumber yang sama.
‘‘Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak menghasut mereka (memulangkan wang), tapi bila ramai yang datang ke pusat khidmat hendak berbuat demikian, kita fikir lebih baik mereka berkumpul dan memulangkannya bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu.
Turut hadir Ketua Penerangan UMNO negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN Bertam, Zabariah Wahab.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini mengesahkan bahawa kerajaan negeri menerima wang sebanyak RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membiayai program membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.
Pengakuan itu dibuat beberapa hari selepas pendedahan sepucuk surat yang membuktikan kerajaan negeri menerima baki wang sebanyak RM500,000 daripada kelab berkenaan walaupun kerajaan negeri sebelum ini menafikan pernah menerima wang daripada mana-mana sumber perjudian.
Azhar memberitahu, pihaknya difahamkan ramai warga emas dan fakir miskin di kawasan lain termasuk Bukit Mertajam dan Balik Pulau turut berhasrat memulangkan wang bantuan berkenaan tidak lama lagi.
Beliau berkata, tindakan kumpulan terbabit memberi mesej cukup jelas kepada kerajaan negeri bahawa rakyat negeri ini terutamanya umat Islam tidak akan berkompromi dalam soal mempertahankan hak dan kesucian agama.
‘‘Tindakan kerajaan negeri yang satu ketika menafikan kemudian mengaku pula (menerima wang judi) membuatkan rakyat rasa terpedaya dan Guan Eng perlu tahu bahawa umat Islam lebih rela tidak dibantu daripada diberikan wang sumber perjudian,” tegasnya.

UTUSAN - SENDIRI KANTOI apabila BERITA tak SELARI

Ini berita UTUSAN 27 September 2010









Ik

lim pelaburan: Richard Branson selar sikap Anwar







KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bilionair dan usahawan terkenal dunia, Sir Richard Branson menyelar sikap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perosak kepada imej dan iklim pelaburan negara.
Beliau yang juga pengasas Kumpulan Virgin berkata, iklim pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani agar tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing. - Utusan

Cuba baca yang saya hilite warna merah pula.

TPM yakin Branson tak niat campuri urusan negara

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson tidak berniat mencampuri urusan dalam Malaysia sebaliknya mahu membantu inisiatif Malaysia dalam konteks pelaburan.
Malah Timbalan Perdana Menteri percaya Branson melihat Malaysia sebagai salah sebuah destinasi pelaburan yang baik di rantau ini dan sesuatu harus dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur datang ke negara ini.
''Saya melihat dari sudut berbeza kerana saya yakin inti pati ucapan Branson semalam lebih menjurus ke arah membantu Malaysia meningkatkan jumlah pelaburan.
''Ini berdasarkan pada kedudukan Malaysia yang boleh dianggap oleh masyarakat pelabur sebagai destinasi terbaik pelaburan di rantau ini,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum Permulaan Dekad Baru: Pelaburan Alternatif di Asia di sini hari ini.

Branson ketika bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur semalam sempena forum tersebut berkata, perbicaraan liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

Ekoran daripada ucapan tersebut beberapa pihak membidas Branson kerana kenyataan beliau yang menyentuh beberapa isu dalaman Malaysia termasuk kes Anwar.
Dalam pada itu Muhyiddin juga percaya Branson turut maklum bahawa perbicaraan yang dilalui oleh Anwar ketika ini adalah berdasarkan sistem perundangan negara.
''Sememangnya diakui beliau berkata bahawa Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu.
''Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik tetapi hakikatnya kes ini berlaku maka kita perlu menerima fakta ini. Perbicaraan terpaksa dijalankan setelah didapati Anwar perlu didakwa atas tuduhan liwat.
''Sehubungan itu biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita,'' katanya.

DAH TENTU TAK MERASA MASUK HUTAN KEMBALI

Harimau betina masuk perangkap


SEEKOR harimau betina berjaya ditangkap oleh Jabatan Perhilitan selepas menerima aduan mengenai kehilangan seekor lembu di Ulu Geroh, Gopeng semalam.


GOPENG – Selepas ‘tertumpasnya’ seekor harimau belang betina di Hutan Simpan Bukit Kinta dekat sini pertengahan Mei lalu, seekor lagi haiwan spesies berkenaan berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kelmarin.
Pengarah Perhilitan Perak, Shabrina Mohd. Shariff berkata, harimau belang betina seberat 120 kilogram itu dipercayai tertarik dengan kambing yang dijadikan umpan di salah satu perangkap yang dipasang di ladang kelapa sawit milik Orang Asli, Ulu Geroh kira-kira 50 kilometer dari sini.
Katanya, tindakan memasang perangkap itu dilakukan selepas Perhilitan menerima aduan penduduk kampung berdekatan yang mendakwa ternakan mereka termasuk lembu hilang dibaham binatang buas.
“Pada pukul 7 pagi hari ini (semalam), kita menerima panggilan daripada orang awam mengenai seekor harimau telah memasuki perangkap yang dipasang dan sepasukan pegawai dihantar sejurus kemudian.
“Siasatan awal mendapati harimau berkenaan yang berusia empat hingga lima tahun itu mengalami sedikit luka kecil pada bahagian muka, dipercayai terkena perangkap tersebut,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

BAGAIMANA BAU 2 BULAN TAK MANDI?


Wa ka ka ka ka..... dorang takut ada yang muntah-muntah bila 33 pelombong tu naik nanti... yelah pulak dah 2 bulan tak mandi.....
Japan donates anti-odor underwear to miners
Japan will donate cutting-edge underwear made for astronauts to 33 Chilean miners trapped 700 meters underground for nearly 2 months to help them live comfortably.

They have been in a crowded shelter since August 5th when the gold and copper mine near the northern city of Copiapo suffered a cave-in. A rescue operation is under way.

Japan's space agency and 4 Japanese manufacturers decided to donate high-tech underwear and candy originally developed for Japanese astronauts during long-term space trips.

A sporting goods maker in Tokyo has offered 100 sets of sweat-absorbing and deodorant underwear woven with a special fiber.

The company says it wants the miners to live as comfortably as possible, despite the harsh circumstances.

The underwear and candy will be shipped to the Japanese embassy in Chile on Thursday.

Wednesday, September 29, 2010

NANTI TAK BOLEH BUAT PARTI AMOI LANSING-LANSING.

Pengundi DUN Galas jangan ulangi kesilapan undi Pas.
PUTRAJAYA - Pengundi di Dewan Undangan Negeri(DUN) Galas, Kelantan tidak sepatutnya mengulangi kesilapan dengan memilih calon daripada parti pembangkang pada pilihan raya negeri kawasan itu yang akan diadakan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya ada pertandingan inilah waktunya pengundi di kawasan itu memperbetulkan kesilapan yang pernah berlaku kerana memilih calon pembangkang.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini hari ini, beliau berkata ramai pengundi di DUN tersebut kecewa dengan kegagalan pembangkang memenuhi janji manis mereka seperti yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.

Sekarang adalah waktu paling sesuai untuk pengundi di Gua Musang kembali menyokong Barisan Nasional (BN) seperti yang pernah mereka lakukan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kata Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus di Kuala Lumpur semalam.

Pada PRU 2008, Allahyarham memenangi DUN itu menewaskan penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa kekecohan dalam pemilihan peringkat cabang parti itu didalangi Umno, beliau berkata pembangkang akan sentiasa menuding jari menyalahkan orang lain demi menutup kelemahan sendiri.

"Apa saja yang berlaku bukan setakat kekecohan yang menggambarkan kelemahan sendiri, mereka mesti kata Umno terlibat. Inilah bezanya mereka dengan Umno, mereka tak boleh terima hakikat kelemahan parti, peringkat cawangan pun tak boleh tadbir, baru memerintah dua tahun sudah kucar kacir," kata Ismail Sabri.

Terkini : BEZA YAHUDI DAN ZIONISMA - ada Yahudi sokong Palestin juga

TERKINI : BOT KENA TAHAN JUGAK - ZIONIST BUKAN DIA KIRA YAHUDI KE ISLAM KE ATHIEST KE SEMUA DIA SAPU.






Israeli military intercepts activist boat to Gaza
Israeli naval forces have intercepted a yacht carrying 9 Jewish peace activists with relief supplies on its way to the blockaded Gaza Strip. The navy seized the yacht without incident and has taken it to an Israeli port.

The activists from Israel, the US, Britain and Germany had tried to deliver school textbooks, medicine and other supplies to Gaza in protest against the Israeli blockade of the Palestinian enclave.

The activists said they wanted to show that not all Jews support the Israeli blockade, which they called an inhumane act.

Their British-flagged catamaran, Irene, was surrounded by Israeli naval vessels about 20 kilometers from Gaza on Tuesday and was taken to the port of Ashdod in southern Israel.

The Israeli military says they seized the yacht without incident and violence and that no-one was injured.

The incident came after a fatal Israeli raid on an international flotilla in May in which 9 Turkish activists were killed.

Israel has vowed to maintain the 3-year-long economic blockade of the Gaza Strip, citing continued rocket attacks from the enclave aimed at Israeli territories.

On Monday, Israeli aircraft launched airstrikes on the Gaza, killing 3 Palestinian militants.



Aktivis Yahudi bidas Israel 



CYPRUS - Sekumpulan aktivis kemanusiaan Yahudi dari Israel, Jerman, Amerika Syarikat dan Britain memulakan pelayaran menuju ke Gaza, kelmarin. 



:Ketua Kumpulan Yahudi Menyokong Keadilan Bagi Palestin, Richard Kuper berkata, mereka mahu mendedahkan bahawa penduduk Yahudi sendiri tidak menyokong keganasan dan kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat. 



:"Kapal Irene yang kami naiki membawa bekalan makanan, alat permainan kanak-kanak, bantuan perubatan, motor bagi bot nelayan dan bahan bacaan untuk diedarkan kepada penduduk Palestin," katanya sambil membidas sekatan Israel ke atas Gaza. 



:Menurutnya, kapal yang berlayar menggunakan bendera Britain serta membawa sembilan aktivis dan krew itu tidak akan cuba melawan jika kapal mereka dihalang tentera Israel.

Tuesday, September 28, 2010

KALAU TAHUN DEPAN PRU - KENA BAGI PR MENANG JUGAK LA....


MB Rancang Pelan Tiga Tahun Selangor

PETALING JAYA 28 SEPT: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengajak rakyat untuk bersama-sama dengan kerajaan Pakatan Rakyat meneraju masa depan dengan memberi tumpuan keatas pelan yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Khalid berkata, beliau akan mengumumkan Pelan Tiga Tahun Selangor yang sedang dirangka oleh Pakatan Rakyat bagi meneruskan agenda pentadbiran di negeri itu dalam tempoh terdekat.
Dalam teks ucapannya, Khalid menekankan kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengambil ringan aspek kebertanggungjawaban awam, pentadbiran, bandar mampan dan pendekatan khusus kepada rakyat dalam melaksanakan dasar perubahan.
"Walaupun kita (Pakatan Rakyat) tidak mengawal polisi ekonomi negara namun kita tetap berusaha memperbaiki kehidupan rakyat dengan melancarkan program mikro-kredit yang lebih menguntungkan rakyat.
" Ini termasuk dana yang disumbangkan kepada Sekolah Agama Rakyat, guru-guru Kafa, sekolah Tamil dan Cina yang belum pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu," kata Khalid pada sidang media selepas melancarkan buku "The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor" di Petaling Jaya, malam tadi.
Khalid turut menyeru agar kerajaan Umno-Barisan Nasional lebih matang mengambil kira pandangan rakyat. 
Beliau juga turut mengulas penangkapan kartunis Zulkifly Anwar Ul-Haque atau  Zunar baru-baru ini mencerminkan corak diktator yang diamalkan kerajaan Umno-BN.
Tambah beliau, pembaharuan dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bagi mengubah pola pemikiran masyarakat yang telah dikongkong oleh kerajaan terdahulu kepada konsep ketelusan dan keterbukaan.  
"Anjakan pradigma tidak boleh berlaku dalam sekelip mata namun saya yakin dengan pendekatan baru kerajaan Pakatan, rakyat dapat memahami falsafah baru yang cuba diterapkan disebalik polisi dan program yang dilaksanakan.
"Tetapi saya menganggap sebagai kemenangan sekiranya berjaya meyakinkan penjawat awam dengan nilai pengaturcaraan berpusat yang dilaksanakan kerajaan Pakatan selama ini."
Antara kandungan yang dimuatkan dalam kandungan buku berkenaan ialah dasar-dasar utama dan pengaturcaraaan yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat termasuk melaksanakan polisi kebajikan masyarakat di bawah program "Merakyatkan Ekonomi Selangor" dan SELCAT.
Turut ditulis mengenai pengalaman dasar perubahan Selangor sejak mengambilalih kerajaan selepas Pilihanraya Mac 2008 selain empat aspek utama teras perubahan - politik, ekonomi, sosial dan budaya.
Khalid menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat bukan untuk memenuhi setiap kemahuan rakyat sebaliknya visi transformasi dan pembaharuan kearah kehidupan lebih berkualiti menjadi fokus utama.

SEBAB ITU SAYA LARANG BUKA ASTRO CERIA (ANIMAX TAKPE)

Animasi Jepun Paling Bahaya Untuk Tontonan Kanak-Kanak
KOTA BARU: Filem Animasi Jepun adalah antara cakera video digital (DVD) yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda.
Pengerusi Lembaga Penapis Filem, (LPF) Datuk Mohd Hussain Shafie berkata ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.
"Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.
"Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini hari ini.
Dialog berkenaan merupakan kali pertama diadakan LPF di negeri ini yang turut dihadiri wakil dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan dan menghimpunkan beberapa penerbit, pengedar dan penjual VCD dan DVD di negeri ini.
Tanpa menyebut jumlah animasi yang telah diharamkan katanya lebih membimbangkan apabila kebanyakan filem animasi yang dibawa masuk ke negara ini mempunyai beberapa siri atau episod yang panjang.
Ini menyebabkan pihaknya terpaksa membuat penelitian yang lebih bagi memastikan tiada kandungan yang tidak sesuai dalam setiap episod yang dikeluarkan, kata Mohd Hussain.
"Masalahnya, cerita animasi dari Jepun ini panjang sirinya, berpuluh-puluh episod, kadang-kadang dalam satu atau dua episod kandungannya yang kita tengok semuanya okey, tetapi masuk episod keenam baru ada adegan buka-membuka (baju), ini yang bahaya," katanya.
Sambil menyuarakan kebimbangan terhadap penghasilan animasi sebegitu beliau berkata pihaknya terpaksa mengambil tindakan mengharamkan animasi yang terlalu berisiko untuk ditontoni kanak-kanak dan didapati tidak dapat disunting.
"Kalau ada benda yang tak boleh dipotong maka kita akan haramkan kesemua siri atau episod berkenaan dari disiarkan," katanya.
Mohd Hussain bagaimanapun berkata, sikap segelintir ibu bapa atau penjaga yang terlalu mengambil mudah dan menggantikan kesibukan masa mereka untuk anak-anak dengan membelikannya pemain VCD dan cerita-cerita animasi untuk tontonan, menyebabkan ramai kanak-kanak yang masih terdedah menonton animasi yang boleh merosakkan minda.
"Apa yang terbaik adalah ibu bapa atau penjaga itu sendiri mengawal dan menjaga apa yang ditontoni anak-anak mereka, kalau beli animasi lihatlah dulu kandungan animasi itu sebelum berhasrat untuk membenarkan anak-anak menontonnya," katanya.
Selain itu Mohd Hussain menegaskan tapisan yang dibuat LPF bagi sebarang filem di negara ini bukan kerana mahu menyekat hak masyarakat untuk menonton filem-filem berkenaan tetapi ia lebih kepada menjaga kepentingan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama, golongan dan usia di negara ini.
Menyifatkan tapisan filem yang dibuat pihaknya seumpama undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi oleh semua pihak, beliau berkata ia dibuat untuk keselamatan dan kesan jangka panjang terhadap perkara baik dan buruk yang akan membentuk masyarakat daripada apa yang ditontoni. - BERNAMA

TEPUK AIR DI DULANG.... KAN DAH KENA BATANG HIDUNG


Kerajaan Umno BN Guna Hasil Judi Urus Negara

SHAH ALAM 27 SEPT: Ketika sibuk menuding jari kepada kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa memberi bantuan kepada rakyat menggunakan hasil judi, kerajaan Pusat juga melakukan perkara sama, kata Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook, hari ini.
Beliau menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengakui hasil judi dikategori sebagai hasil cukai kerajaan dan dimasukkan ke akuan hasil yang mengumpulkan hasil cukai lain, untuk mengurus perbelanjaan negara.
Ketua Pemuda DAPSY Negeri Sembilan itu berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek Husein juga mengakui kutipan cukai judi bagi 2009 digunakan untuk membayar  elaun dan gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri  Kabinet.
“Kutipan berjumlah RM2.3 billion digunakan untuk menampung pelbagai perbelanjaan dan turut  digunakan untuk membayar gaji dan elaun pimpinan Umno Barisan Nasional,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.
Siew Fook mengetahui fakta berkenaan berdasarkan jawapan kedua-dua pemimpin Umno itu hasil soalannya dalam Parlimen.
Sehubungan itu, beliau membidas kenyataan Reezal Merican yang menyatakan kerajaan Pulau  Pinang menggunakan hasil judi untuk memberi bantuan kepada umat Islam, sedangkan bantuan dari hasil judi hanya disalur kepada rakyat bukan Islam manakala bantuan untuk rakyat beragama Islam disalur dari sumber halal.
"Jadi, sebahagian perbelanjaan mengurus negara dan perbelanjaan pembangunan adalah dari sumber hasil perjudian.
Sama ada ia satu penghinaan kepada umat Islam dan pemimpin Umno,  terpulanglah kepada kebijaksanaan Reezal untuk membuat kesimpulan," katanya.

ALICE IN WONDERLAND VERSI MELAYU KE?

"Magika" Kutip RM1.3 Juta Selepas Empat Hari Tayangan
PETALING JAYA: Selepas empat hari ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia dan Brunei, filem Magika telah berjaya memperoleh kutipan sekitar RM1.3 juta.
Penerbit filem tersebut dari KRU Studios, Norman Abdul Halim (gambar), bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh penonton sekali gus membuktikan genre muzikal mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.
“KRU Studios berharap perolehan bagi Magika akan terus meningkat berdasarkan maklum balas yang amat positif di Facebook serta pengkritik filem.
“Kami menjangkakan jumlah ini akan terus meningkat pada minggu akan datang kerana faktor ‘hujung bulan’ dan selesainya perayaan Hari Raya.
“Dengan sambutan untuk sesuatu konsep yang baru seperti ini, kami percaya filem-filem yang akan dipasarkan kelak seperti ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ akan diterima ramai, kerana kelainan yang dapat diberikan kepada penonton filem tempatan,” katanya dalam kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, Isnin.
Filem arahan Edry Abdul Halim itu mula ditayangkan pada 23 September lalu.
Filem bercorak muzikal fantasi tersebut mengisahkan perjalanan Ayu dan Malik di dunia fantasi bernama magika selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi buta.
Sewaktu berada di alam Magika, mereka bertemu dengan watak-watak mitos yang sebelum ini hanya diketahui menerusi pembacaan sahaja.
Antara cerita dongeng rakyat yang di ketengahkan dalam Magika seperti kewujudan watak Badang, Nenek Kebayan, Puteri Gunung Ledang, Bunian, Pak Pandir, Pokok Bersaudara, Bawang Putih Bawang Merah, Awang Kenit, Mahsuri, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Nujum Pak Belalang dan Hang Tuah.
Magika menampilkan artis terkenal seperti Diana Danielle, M. Nasir, Ziana Zain, Ning Baizura, Mawi, Aznil Hj Nawawi, Fauziah Ahmad Daud dan Sharifah Amani.
Salah satu lagunya, Penyembuh Rindu nyanyian duet Mawi dan Diana Danielle sedang rancak dimainkan di corong-corong radio.
Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Gebang (Maya Karin), Asal Menjadi Cantik (Ning), Rahsia Awet Muda (Ziana), Kita Bersaudara (KRU), Mana Nak Lari (Aleya, Amani, Adibah dan Ziana) dan Naga Tasik Chini (M. Nasir, Mawi, Diana dan Fimie).

GAMBAR CCTV PROFILE FB? Ada kurang kat mana-mana lah tu.....

Ditangkap selepas mengaku rompak bank dalam Facebook


RYAN HOMSLEY mengaku di akaun Facebook miliknya bahawa dia merompak sebuah bank di Oregon, Amerika Syarikat.


PORTLAND, Oregon - Seorang perompak bank, Ryan Homsley yang menggelarkan dirinya sebagai 'Where's Waldo' ditangkap dua hari selepas dia mengaku melakukan jenayah itu dalam laman sosial Facebook miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Nama 'Where's Waldo' diberikan kepadanya yang diambil sempena watak ciptaan pelukis British, Martin Handford itu kerana dia sebelum ini sukar ditangkap.
Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menahan Homsley berusia 29 tahun selepas dia menulis: "Saya kini seorang perompak bank" di laman Facebook pada 22 September lalu.
Pengakuan itu ditulis hanya selepas beberapa jam dia merompak sebuah bank di Tualatin, dekat Portland, Oregon Amerika Syarikat (AS).
Homsley turut menjadikan gambarnya yang dirakamkan kamera pengawasan bank dan yang telah disiarkan media sebagai gambar profilnya di Facebook.
Satu klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) bank tersebut menunjukkan Homsley berdiri di hadapan sebuah kaunter dengan memakai baju belang dan cermin mata tebal. Dia memberitahu kakitangan bank bahawa dia membawa sebutir bom.
Namun, satu beg dan kotak kecil yang ditinggalkannya selepas melarikan wang itu sebenarnya tidak berbahaya.
Rakan-rakan Homsley memberitahu dia menghidap diabetes dan terdesak untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatannya. Homsley di tangkap semasa dia mendapat rawatan di sebuah hospital. - Agensi

Monday, September 27, 2010

MALAYSIA TAKDE? CUAK LA PLAK..... RELIABLE KE?


Japan to help Asia nations introduce nuclear power
Japan and South Korea will support other Asian nations planning to introduce nuclear power by offering their expertise in formulating safety standards.

This was decided at a meeting in Tokyo on Monday hosted by the International Atomic Energy Agency.

Attending were about 30 delegates from Japan, South Korea, and 6 Asian nations planning to build nuclear power plants, including Vietnam, Thailand and Indonesia.

The meeting agreed that Japan and South Korea will work with Asian countries to compile a set of safety standards in 10 years time for the storage of spent nuclear fuel and nuclear waste disposal.

A Thai delegate expressed hope for the support, saying her country still lags in nuclear waste management and can learn a lot from Japan's technologies.

The move comes as Asian nations increasingly look to nuclear power to sustain their rapid economic growth.

The IAEA wants these countries to promptly establish safety measures needed for operating nuclear plants, including safety standards and government oversight systems.

MENGARU KEPALA YANG TIDAK GATAL


Anwar issue damaging Malaysia, says Branson

E-mailPrint
KUALA LUMPUR: Malaysia's investment outlook is currently favourable overseas but some issues need to be tackled so as to not damage the country's reputation among foreign investors, says flamboyant British tycoon, Richard Branson.
He cited former deputy prime minister Anwar Ibrahim sodomy's case as "a thorn in the side", of Malaysia's otherwise good reputation.
Speaking to about 800 business leaders here, he said a country's image was still important as it allows the government to attract investors and at the same time, implement better policies that complement it.

"I think Malaysia has a good reputation but some issues like what's happening with your ex-deputy prime minister (Anwar), is damaging Malaysia," he said in a special session at the Invest Asia 2010 forum, organised by the International Herald Tribune here today.

Branson was responding to questions on whether Malaysia's current economic and investment policies would be sustainable for future growth and if the political climate can affect investments. He also said the current political climate was not affecting Malaysia in a major way but the government needs to take bold measures to tackle issues.

Good business sense

"Generally speaking, I think Malaysia has a lot to teach us, the West, and we look forward to learning a lot from you," said Branson, who is reportedly worth US$4 billion (RM12.4 billion).

He founded the Virgin Group as a mail order record retailer and successfully expanded into music, air travel, mobile, hotel, aerospace and others, with around 200 companies in over 30 countries.

The tycoon, who celebrated his 60th birthday recently, also pointed out the importance of doing humanitarian work for entrepreneurs, as they have enough financial resources and entrepreneurial skills to help others in need.

"With excessive wealth, comes excessive responsibility. I think business leaders have the ability and experience that a politician does not.

"It is also good business sense for a company to do more than just taking care of its shareholders," he said.

The special session was moderated by former CNN news anchor, Lorraine Hahn.

The two-day forum which began today is themed, "Dawn of the New Decade".

It will see deliberations from 19 internationally recognised experts, sharing their views on alternative investments in Asia and ways to strengthen investment portfolios. 
- Bernama

TERJEMAHAN JADI MACAM NI PULAK RUPANYA.


Ik

lim pelaburan: Richard Branson selar sikap Anwar

27/09/2010 4:10pm



KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bilionair dan usahawan terkenal dunia, Sir Richard Branson menyelar sikap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perosak kepada imej dan iklim pelaburan negara.
Beliau yang juga pengasas Kumpulan Virgin berkata, iklim pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani agar tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing. - Utusan

Cerita Dolu Dolu