Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 30, 2010

UTUSAN - SENDIRI KANTOI apabila BERITA tak SELARI

Ini berita UTUSAN 27 September 2010









Ik

lim pelaburan: Richard Branson selar sikap Anwar







KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bilionair dan usahawan terkenal dunia, Sir Richard Branson menyelar sikap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perosak kepada imej dan iklim pelaburan negara.
Beliau yang juga pengasas Kumpulan Virgin berkata, iklim pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani agar tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing. - Utusan

Cuba baca yang saya hilite warna merah pula.

TPM yakin Branson tak niat campuri urusan negara

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson tidak berniat mencampuri urusan dalam Malaysia sebaliknya mahu membantu inisiatif Malaysia dalam konteks pelaburan.
Malah Timbalan Perdana Menteri percaya Branson melihat Malaysia sebagai salah sebuah destinasi pelaburan yang baik di rantau ini dan sesuatu harus dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur datang ke negara ini.
''Saya melihat dari sudut berbeza kerana saya yakin inti pati ucapan Branson semalam lebih menjurus ke arah membantu Malaysia meningkatkan jumlah pelaburan.
''Ini berdasarkan pada kedudukan Malaysia yang boleh dianggap oleh masyarakat pelabur sebagai destinasi terbaik pelaburan di rantau ini,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum Permulaan Dekad Baru: Pelaburan Alternatif di Asia di sini hari ini.

Branson ketika bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur semalam sempena forum tersebut berkata, perbicaraan liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

Ekoran daripada ucapan tersebut beberapa pihak membidas Branson kerana kenyataan beliau yang menyentuh beberapa isu dalaman Malaysia termasuk kes Anwar.
Dalam pada itu Muhyiddin juga percaya Branson turut maklum bahawa perbicaraan yang dilalui oleh Anwar ketika ini adalah berdasarkan sistem perundangan negara.
''Sememangnya diakui beliau berkata bahawa Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu.
''Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik tetapi hakikatnya kes ini berlaku maka kita perlu menerima fakta ini. Perbicaraan terpaksa dijalankan setelah didapati Anwar perlu didakwa atas tuduhan liwat.
''Sehubungan itu biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita,'' katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu