Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, October 22, 2010

TAK TAHU PULA PUTRAJAYA TU UMNO PUNYA...

PETIKAN UCAPAN DS NAJIB DI PERHIMPUNAN UMNO.

MISI Putrajaya

“Kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”

INI AMARAN UNTUK UMNO DAN PERKASA KE?

Penegasan Najib

NAJIB Tun Razak dengan penuh semangat menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Izham Jaafar

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kedudukan orang Melayu serta bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain adalah terkunci kemas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Dewan Merdeka, PWTC semalam, beliau berkata, peruntukan Perlembagaan tidak dapat diubah walaupun mendapat majoriti dua pertiga dalam Parlimen, tanpa kebenaran sembilan raja Melayu.

Dari itu, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.

MELAYU PENERAJU
Kepada semua pihak hendaklah menyedari, bukankah apa yang Malaysia capai selama 53 tahun kemerdekaan adalah juga hasil usaha dan penerajuan bangsa Melayu? Lantas, kita menjadi lemas dan rimas dewasa ini, apabila kedengaran suara-suara sumbang yang cuba memperlecehkan pencapaian orang Melayu. Benar sekali, amat mudah bagi lidah tidak bertulang membuat nista. Mereka dengan suka-suka menuduh perkhidmatan awam sebagai lubuk ketidakcekapan.
Pesanan kepada ahli UMNO
ORANG UMNO tidak boleh hilang harapan atau bergundah- gulana. Ajaran agama Islam juga sangat melarang kita berputus asa. Kita sebagai ahli parti dan orang UMNO tidak mampu untuk terumbang-ambing di kubang kecewa dalam kekalahan, malah kita juga tidak semudah-mudah nak membiarkan UMNO musnah.
MELAYU ABAD KE-21
Melayu abad ke-21 harus gigih membina
keupayaan dan kemampuan, bukannya sekadar mendabik perabung-perabung dada bahawa
mereka harus berjaya kerana ia adalah hak mereka untuk berjaya. Mahu tidak mahu, Melayu abad ini harus berdepan realiti untuk meraih kejayaan.
MISI Putrajaya
“Kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”

KESIAN UTUSAN NAK KENA GANTUNG...

Gantung Media Cetus Api Perkauman Serta-Merta
KUALA LUMUR: Media yang sentiasa mencetuskan api perkauman menerusi laporan beritanya harus digantung serta-merta kerana ia mampu meruntuhkan semangat perpaduan di kalangan rakyat negara ini.
Wakil Kedah Datuk Othman Aziz berkata sekiranya isu penerbitan yang tidak bertanggungjawab ini dibiarkan berterusan dan tiada tindakan diambil ia akan menggugat kestabilan dan kesejahteraan negara, politik serta ekonomi.
"Kita mahu Kementerian Dalam Negeri yang diketuai Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein lebih bertegas mengenai isu ini.
"Penerbitan yang tidak bertanggungjawab hendaklah digantung serta-merta, tidak perlu lagi disiasat kerana kita sering cakap nak siasat tapi akhirnya kita diam, maka mereka lebih naik 'tocang' dan ini menyebabkan rakyat keliru dengan apa yang cuba dibuat oleh kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membahaskan Usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.
Menyentuh hal lain, Othman berharap agar pembinaan Menara Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2011 minggu lalu dapat diberikan seratus peratus kepada anak Malaysia.
Katanya tiada guna rakyat Malaysia berbangga dengan bangunan yang dibina, jika ia adalah hasil tangan mereka dari luar negara dan bukannya anak tempatan. - BERNAMA

TAPI OWANG KL MUNGKIN MELEPAS NAK TENGOK PESYEN MONACO

SEBAB DORANG MUNGKIN TUNJUK FESYEN YANG INI.... COVER LINE NAMPAK?

SAPA DESIGNER ISLAMIC FASHION KL?


Jika anda hendak mendapat lebih maklumat TERMASUK - JADUAL FASHION SHOW dimana yang paling terdekat SELEPAS PRK GALAS dan BATU SAPI iaitu pada 5 November 2010 di JW MARRIOT Hotel anda boleh layari sini http://www.islamicfashionfestival.com.my

Thursday, October 21, 2010

BIAR 3 PENJURU DARI MASUK BALIK KEMUDIAN....

Dapat kata sepakat tak berkempen menentang sesama sendiri pun dah ok dah. SAPP keluar BN merajuk takde jawatan. Kalau bagi laluan (berpakat dengan PR) lepas tu dapat jawatan dengan syarat masuk balik BN... bodo jer...

PRK Batu Sapi: SAPP bertegas akan tetap bertanding

21/10/2010 8:17pm

PENAMPANG 21 Okt. – Harapan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai persetujuan dengan Parti Maju Sabah (SAPP) agar Pilihan Raya Kecil (PKR) Parlimen Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN), tidak menjadi kenyataan apabila SAPP bertegas dengan pendiriannya untuk meletakkan calon sendiri.

Dua parti itu mengadakan rundingan selama sejam di sini hari ini, dengan PKR diwakili Bendahari Agung, William Leong Jee Keen dan SAPP oleh Presiden, Datuk Yong Teck Lee.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil pada 4 November itu boleh dijadikan “sumber rujukan” oleh parti pembangkang apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang.

SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala William Leong sekadar berkata, PKR akan mengumumkan calonnya “sedikit masa lagi”.

BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini. – Bernama

SAPA PERSENDA ISLAM SEBENARNYA?

Sebelum kita baca berita yang mengatakan Nik Aziz berkompromi dengan pihak persenda Islam, kita lihat gambar di bawah dan kita tengok siapa sebenarnya persenda Islam. Tepuk DADA tanya IMAN.

Nik Aziz Jual Islam - Wakil Kelantan
KUALA LUMPUR: Perwakilan Umno Kelantan mendakwa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang mempersendakan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana dendamnya dengan Umno.
Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.
"Kita perlu perbetulkan semua ini. Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz? Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.
"Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis.
Md Alwi menegaskan, pemimpin Umno perlu membuang sikap "sombong" yang ada dalam diri dan pada masa sama menyemai semula roh perjuangan parti dengan berlandaskan Islam.
"Umno perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam.
"Apa yang penting adalah kita perlu menjaga dan mempertahankan akidah," katanya.
Tambahnya, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.
"Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini.
"PAS ini celaru," ujarnya.
Md Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Ketereh berkata pemimpin Umno perlu turun ke padang untuk menemui rakyat bukan hanya duduk di atas sahaja.
"Umno bagi segala-galanya tapi adakah rakyat sokong kita?
"Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam.
"Saya tegaskan di sini bahawa kekayaan tidak menjamin kasih sayang. Jadi kita perlu mengubah persepsi ini, pemimpin perlu turun ke bawah menemui rakyat," katanya.
Perhimpunan Agung Umno 2010 bermula Selasa lalu dan akan tamat pada Sabtu ini.

HARAP KELUARGA INI BUAT SOLAT ISTIKHARAH

Reka cerita elak kahwin


ROZALIYA ditenangkan oleh Mat Lazim sewaktu dibawa pulang ke IPD Kuantan dari Kuala Lumpur malam tadi.


KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.
Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.
Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.
Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’
Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.
“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.
Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.
Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.
“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.
“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.
Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.
Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.
Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.
Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.
Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.
“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.
Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu.

BAJET S'GOR TAKDE DEFISIT - KALAU ADA BONUS?....MASAK LA...


Selangor says no deficit in its 2011 budget

October 20, 2010
SHAH ALAM, Oct 20 – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim today said Selangor’s 2011 Budget to be tabled at the State Assembly next month will not be a deficit budget.
The state government hopes that the allocations to be announced will meet the targets and bring benefits to the people, he told reporters after chairing a state government meeting here today.
Selangor’s budget theme will be “State Revenue for Citizens” he said.
Asked on whether there will be bonus for its employees next year, he said that if the state received a surplus it might announce a bonus.
He also said that the state government hoped to be able to work with the federal government in the development of the Klang Valley or the Greater Kuala Lumpur.
The state government will work with the federal government in terms of implementation of a more efficient system that would focus on public transportation including planning and building the Mass Transit System, he said.
“We also feel that urban redevelopment will be one way of a stimulus package in driving Malaysia’s economy, as we feel that direct foreign investments would decline due to the prevailing global economy.”
However, Abdul Khalid said the redevelopment of urban areas would have to be monitored so that the supply of properties would not exceed demand. – Bernama

MONORAIL SABOTAJ NAJIB - INFRA MAJU AMENDENYA?


Najib isytihar Melaka Maju 2010

October 20, 2010
KUALA LUMPUR, 20 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini mengisytiharkan Melaka Maju 2010 menerusi sidang video di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Perisytiharan bersejarah itu dibuat secara langsung terus ke Stadium Hang Jebat disaksikan kira-kira 50,000 orang termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Perisytiharan itu dibuat tepat pada pukul 8.10 malam ini atau jam 2010, pada tarikh 20.10.2010.
Najib ketika mengisytiharkan Melaka Maju itu berkata beliau amat berbangga kerana kepimpinan kerajaan negeri Melaka dan rakyat Melaka yang bekerja kuat untuk mencapai wawasan membangunkan negeri itu.
“Saya bagi pihak seluruh warga negara Malaysia dan Kerajaan Persekutuan berasa sangat berbangga di atas pengisytiharan tersebut,” katanya.
Mengikut Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Melaka dikira sebagai negeri maju selepas memenuhi lima aspek penting meliputi ekonomi, sosial, infrastruktur, alam sekitar dan pentadbiran.
Lima aspek penting itu meliputi 32 indikator yang tidak melebihi sasaran terendah ditetapkan oleh OECD.
Antaranya ialah berkaitan kadar inflasi, kadar pengangguran, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jangka hayat, kadar kematian dan kadar jenayah.
Turut hadir bersama Perdana Menteri ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M.Kayveas. – Bernama

Wednesday, October 20, 2010

HABIS TU BUAT APA SEBUT DALAM BUDGET? TAK PAHAM....

Macam ni lah ikut bahasa mudah.... Saya ada duit simpanan. Saya nak guna buat banglo, saya tak nak pinjam bank, saya tak nak pinjam duit koperasi kerajaan tiba-tiba bank beritahu kat semua orang saya akan membuat sebuah rumah banglo. Pelik ke tidak?
Pembinaan Warisan Merdeka Tak Akan Guna Wang Pelabur Atau K'jaan - PNB
KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB)- pemaju mercu tanda baru ibu kota - Warisan Merdeka yang akan dibina di tapak sekitar Stadium Merdeka dengan nilai kos pembangunan RM5 bilion tidak akan menggunakan wang pelabur unit amanah dan juga wang kerajaan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, sebaliknya, projek tersebut akan dimajukan menggunakan wang hasil tabungan mereka sendiri.
Bagaimanapun katanya, PNB sentiasa boleh mencari atau memperolehi pinjaman daripada sumber lain atau pasaran selagi mereka mampu memaksimakan pendapatan mereka.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan bagi menjelaskan kedudukan sebenar projek tersebut.
Sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkannya dalam pembentangan bajet di Parlimen Jumaat lalu, pelbagai pihak telah mempersoalkan dari manakah pihak PNB akan memperolehi dana bagi membangunkan projek mega tersebut.
Malah Najib sendiri telah menjelaskan bahawa projek tersebut bukanlah sebuah projek inisiatif kerajaan.
PNB yang merupakan sebuah agensi berasaskan pelaburan buat masa ini mengurus dana bernilai lebih RM140 bilion dengan memiliki kepentingan dalam lebih 300 syarikat yang disenaraikan dan juga syarikat persendirian.
Sebahagian daripada projek Warisan Merdeka itu adalah menara setinggi 100 tingkat yang bakal menjadi mercu tanda baru ibu kota.
Kerja-kerja pembinaan projek ini akan bermula awal tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2015.

RASMI? BUKAN HARI TU TAK LULUS? update sikit maklumat.

Sila baca ENTRY ASAL sebelum ini. Antara sebab tak lulus adalah MASALAH KESELAMATAN iaitu TANGGA KESELAMATAN untuk penumpang turun jika berhenti tiba-tiba - Ni Ali Rustam cakap ni.... Aleh aleh ni berhenti kena turun pakai skylift... hamik kao... dapat cash..... bermakna dirasmikan tanpa kelulusan yang sah pada pendapat saya. Anda fikir bagaimana?

Monorel Melaka berhenti tiba-tiba 4 jam selepas dirasmikan

20/10/2010 8:08pm



MELAKA 20 Okt. - Tidak sampai empat jam ia dilancarkan, perkhidmatan monorail di Stesen Hang Jebat, Taman Rempah di sini terhenti secara tiba-tiba ketika orang ramai berada di dalamnya.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang tadi, sebaik sahaja pengangkutan awam termoden di negeri ini itu dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini pada pukul 1 petang.
Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam monorel tiga gerabak itu yang terhenti secara tiba-tiba kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah.
Tinjuan Utusan Malaysia di stesen tersebut pada pukul 5.15 petang ini mendapati sebuah jentera 'sky lift' sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembaikan di gerabak monorel tersebut yang masih berada dilandasannya. - Utusan
Bagaimanapun difahamkan, kesemua kira-kira 20 penumpang berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan 'sky lift' kira-kira pukul 4.45 petang.

LAKUNA MA TA TA? Bila Karpal Cakap Semua Melompat..... Sama aje.

Hanya Undang-Undang Inggeris Sesuai Diguna Pakai Di Malaysia - Nazri
KUALA LUMPUR: Hanya undang-undang Inggeris bersesuaian dengan keadaan dan suasana tempatan dan diguna pakai di negara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu Dewan Rakyat pada Rabu.
Mohamed Nazri berkata keadaan itu merangkumi sekiranya ada "lakuna" atau ketiadaan peruntukan undang-undang tempatan mengenai perkara yang dipertikaikan.
"Pemansuhan pemakaian undang-undang lazim England (Common Law England), undang-undang Inggeris atau kaedah ekuiti melalui Akta Undang-undang Sivil 1956 [Akta 67] tidak menjadi isu atau keperluan yang mendesak," katanya.
Beliau menjawab soalan Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) yang ingin tahu bila kongkongan undang-undang lazim England akan dimansuhkan melalui Akta Undang-undang Sivil 1956.
Mohamed Nazri berkata seksyen 6 Akta 67 mengecualikan pemakaian bahagian dua undang-undang Inggeris di bawah seksyen 3 dan 5 Akta 67 untuk perkara yang berkaitan dengan pemegangan (tenure), pemindahhakkan (conveyancing), jaminan (assurance of) atau pewarisan (succession) mana-mana harta tak alih atau mana-mana aset, hak atau faedah.
Berhubung dengan tatacara jenayah di Malaysia, beliau berkata kedudukannya adalah berbeza kerana undang-undang Inggeris tidak terpakai sekiranya terdapat lakuna sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Agung.
Mengenai pemakaian undang-undang Inggeris dalam hal komersil dan perdagangan di Malaysia, Mohamed Nazri berkata kebergantungan terhadap undang-undang itu adalah terhad meskipun sekysen 5 Akta 67 memperuntukkan pemakaian undang-undang perdagangan Inggeris di negara ini.
"Selain itu, usaha untuk mengadakan atau memperbaharui undang-undang perdagangan di Malaysia sentiasa berterusan melalui penggubalan undang-undang perdagangan seperti Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 [Akta 642], Akta Perdagangan Elektronik 2006 [Akta 658], Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] dan Akta Persaingan 2010 [Akta 712]," katanya.
Menurutnya berdasarkan rangka perundangan pada masa kini serta undang-undang kes Malaysia yang mewujudkan prinsip perundangan setaraf dengan undang-undang Inggeris, Malaysia tidak lagi bergantung kepada undang-undang lazim England dalam menangani sesuatu isu undang-undang.
"Tiada keburukan sekiranya peruntukan sedemikian dikekalkan memandangkan pada masa depan berkemungkinan terdapat keperluan untuk memakai peruntukan tersebut sekiranya terdapat lakuna dalam undang-undang berkaitan apabila mahkamah hendak memutuskan sesuatu kes," katanya.
Menjawab soalan tambahan Nasharudin sama ada kerajaan berhasrat mempunyai Malaysia Common Law, Mohamed Nazri berkata ia tidak boleh dilaksanakan kerana tiada budaya penyimpanan rekod sebelum negara mencapai kemerdekaan.
"Kita tidak boleh memakai Malaysian Common Law kerana tiada rekod menunjukkan 100 tahun dulu kalau berlaku perkara ini, maka inilah penyelesaiannya," katanya.
Nazri berkata Singapura, India dan Australia adalah negara komanwel lain yang menggunakan undang-undang lazim England. - BERNAMA

MACAM KAT KEDAH GAK LAH .... CUMA UMNO SIBUK PERSIDANGAN

Agak kalau PR masih pegang kerajaan negeri apakah tindakan DEMO akan dilakukan oleh juak-juak yang sama? Kes bayaran tertunggak ni susah nak cakap. Bayar kenalah bayar. Bukanlah alasan rasanya tapi kena cari penyelesaian sendiri. Bila dah jadi macam ni (nak diambil balik, janganlah salahkan kerajaan negeri, cuma kot takde orang UMNO dok kat situ jadi lajulah sikit kot)


Panik Kerajaan Negeri ambil rumah 

HUTAN MELINTANG - Seramai 59 pemilik rumah di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Sungai Dulang, di sini panik apabila rumah yang dibeli mereka akan diambil oleh Kerajaan Negeri. 

Seorang pembeli, Razali Sabdin, 54, berkata, majoriti pemilik rumah tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri mengenakan tindakan ‘spray’ tanpa sebarang perbincangan dengan penduduk. 

Menurutnya, surat arahan supaya menjelaskan tunggakan itu diterima penduduk pada Jumaat lalu. 

“Bukannya kami tidak bayar langsung, cuma ada tunggakan sahaja tetapi mereka tak patut buat macam ini kepada kami. 

“Kami tidak mahu kehilangan rumah dan masalah ini perlu dibawa berbincang dengan penduduk yang terlibat,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, di RPA Sungai Dulang, di sini, kelmarin. 

Razali berkata, jumlah tunggakannya cuma RM7,411 dan kadar bulanan sebanyak RM137 masih terus dibayar. 

"Masih ada enam tahun lagi tempoh untuk melangsaikan bayaran rumah berkenaan yang akan tamat pada 2016," katanya. 

Tempoh terlalu singkat 

Seorang lagi penduduk, Tan Teck Chai, 52, berkata, tempoh yang diberikan oleh kerajaan terlalu singkat iaitu sebulan dan hujung bulan nanti penduduk diarahkan pindah. 

Menurutnya, jumlah tunggakannya RM7,000 tidak mampu untuk dibayar sekali gus kerana keluarganya bukan berpendapatan tinggi. 

“Saya cuma kerja kampung dan mana boleh dalam tempoh sebulan untuk bayar semua hutang yang tertunggak itu. 

“Penduduk di sini memohon Kerajaan Negeri menggunakan budi bicara untuk menyelesaikan masalah ini kerana kebanyakan penduduk berpendapatan rendah,” katanya yang turut mengadukan hal tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan, kelmarin. 

Katanya, harga setiap rumah di situ berbeza-beza dan nilai rumah yang dibelinya adalah bernilai RM41,000. 

"Rumah yang dibeli ini saya didiami bersama isteri, seorang anak dan bapa yang sudah pun uzur," katanya. 

Sementara itu, seorang lagi penduduk, G Pendamah, 59, berkata, dia kini menghadapi masalah untuk membayar sejumlah RM29,565 iaitu tunggakan yang dikenakan. 

Menurutnya yang juga merupakan ibu tunggal, dia sukar menjelaskan hutang itu selepas mengalami lumpuh separuh badan dan tidak boleh bekerja. 

"Saya cuma sempat membayar ansuran selama enam bulan sahaja sebelum penyakit berkenaan menyerang. 

"Selepas menerima surat arahan itu, keadaan hidup saya semakin tertekan kerana memikirkan cara untuk mendapatkan wang bagi membayar jumlah yang tertunggak itu," katanya. 

Ibu kepada enam anak itu berkata, mungkin dia akan meminta anak-anaknya membantu untuk menjelaskan tunggakan rumah berkenaan. 

"Dengan hanya bergantung kepada bantuan bulanan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) RM300, saya tidak mampu untuk membayar wang tunggakan itu," katanya. 

ADUN mahu bincang dengan MB 

Sementara itu, ADUN Hutan Melintang, S Kesavan yang menemui penduduk di situ berkata, beliau akan cuba mengadakan temu janji dengan Menteri Besar (MB) Perak bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi penduduk. 

Menurutnya, bayaran balik perlu dibuat mengikut kemampuan penduduk dan tidak boleh dibuat secara paksa. 

“Memang kita dah terima aduan ini sejak Jumaat lalu dan hari ini (kelmarin) saya sendiri datang bertemu penduduk untuk mengetahui masalah yang mereka hadapi,” katanya. 

Menurut Kesavan, kerja melabel dengan cat merah perlu ditarik balik kerana ia memalukan penduduk seolah-olah mereka langsung tidak membuat permbayaran ansuran bulanan yang ditetapkan. 

"Bagi masyarakat India yang akan meraikan Deepavali tidak lama lagi, masalah itu sesuatu yang memeritkan. 

"Bukan sahaja penduduk terpaksa mengosongkan rumah, tetapi mereka juga terpaksa menanggung malu apabila saudara mara datang ke rumah sempena perayaan kaum India itu," katanya.

ADA BERITA KATA ULAR SAWA TIKUS. ULAR BISA?

Ular sawa tikus adalah jenis ular penjerut (constrictors) dan boleh membesar sehingga 10 kaki panjang. Sebab dia dah dibenarkan pulang semalam bermakna memang tiada perlu anti-venom. 

Cuma agak menyedihkan sebab pemberita tak leh beza ular berbisa dengan ular tiada berbisa.

NOTA : Jenis ular tikus (Rat Snake) ni banyak dan merebak keseluruh dunia. Cuma ada beberapa jenis yang diragui samada mempunyai bisa atau tidak. Kajian menunjukkan mungkin ular tikus ada bisa tetapi tidak sehingga memudaratkan manusia. Masalahnya ULAR = BISA adalah pemikiran lumrah manusia.

MAKLUMAT : Jika anda mempunyai masalah tikus dirumah, dinasihatkan bela aje ular tikus jika racun dan perangkap tidak berkesan..... sorry, I JUST LOVES SNAKES.

Ibu Rozaliya dipatuk ular

KEMAMAN: Hasrat ibu kepada bakal pengantin, Rozaliya Mat Lazim, 20, yang hilang sejak seminggu lalu mencari anaknya di Kuantan tidak kesampaian apabila dipatuk ular berdekatan rumahnya di Bandar Cheneh Baru, kelmarin.

Sabariah Mansor, 42, dikejarkan ke Hospital Kemaman jam 10 malam selepas mengadu sakit dipatuk reptilia berbisa itu sebelum dimasukkan ke wad HK dan dibenarkan pulang semalam.

MAHKAMAH MEREKA HORMATI, PENDEKATAN KITA PULA?

Mahkamah Perth arah lelaki keluar, wanita Islam buka niqab bagi keterangan

20/10/2010 4:50am

MELBOURNE 20 Okt. - Seorang hakim mengarah lelaki keluar dari sebuah mahkamah di Perth bagi membolehkan seorang saksi wanita memberi keterangan tanpa memakai tudung muka atau `niqab’.
Bagaimanapun larangan terhadap wartawan lelaki dan beberapa yang lain di galeri awam itu tidak melibatkan 19 lelaki, termasuk 12 juri yang terus dibenarkan berada dalam mahkamah daerah berkenaan semalam, demikian menurut laporan The Australia on line.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Tasneem, membuka tudung di bahagian mukanya ketika memberi keterangan menerusi sambungan video dari sebuah bilik lain di kompleks mahkamah berkenaan.
Organisasi media merayu kepada Hakim Shauna Deane supaya membenarkan wartawan lelaki berada dalam galeri mahkamah, namun ditolak.
Hanya lelaki yang ada kaitan dengan perbicaraan itu sahaja dibenarkan berada dalam kawasan itu, putus hakim berkenaan. - BERNAMA

Tuesday, October 19, 2010

Ada Mana Mana MP Hilang? Nak Ada PRK Lagi Ke?

Rangka kes bunuh di temui di Semenyih
KAJANG -- Polis menemui rangka manusia tertanam di sebuah kebun kelapa sawit dekat Bukit Broga, Semenyih malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Shakarudin Che Mood berkata penemuan itu adalah ekoran pengakuan seorang suspek kes pembunuhan yang kemudian menunjukkan kepada polis tempat dia menanam mayat mangsa.

"Suspek yang berumur sekitar 30-an itu membawa polis ke satu lokasi berdekatan dengan kawasan perkuburan Cina dan setelah digali satu rangka manusia yang masih ada sedikit cebisan tisu ditemui.... namun belum dapat dipastikan sudah berapa lama mangsa mati," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Shakarudin berkata suspek turut menunjukkan lokasi sebuah kereta yang hangus dibakar, yang dipercayai milik mangsa kira-kira 3 km dari tempat mayat mangsa ditemui.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan rangka manusia tersebut milik individu berprofil tinggi namun beliau enggan mengulas lanjut dan katanya ia sedang disiasat.

"Kita tidak tolak kemungkinan ia kes berprofil tinggi tetapi kita kata kemungkinan.. tunggu sahaja keputusan bedah siasat dan ujian asid
deoksiribonukleik (DNA) nanti baru kita tahu identiti sebenar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata suspek lelaki itu ditahan baru-baru ini oleh pihak polis di tempat lain dan hasil pemeriksaan mendapati dia merupakan penjenayah dikehendaki di daerah Kajang dan kemudian diserahkan kepada IPD Kajang untuk siasatan. -- BERNAMA

BN Nak Masuk Syurgapun Ada Kuota - Ghapur Saleh

TH didesak ubah sistem kuota pilih bakal haji

19/10/2010 5:14pm

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Seorang anggota Dewan Rakyat hari ini mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan.
Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.
"Jadi orang Sabah kata, ini Barisan Nasional (BN) mahu masuk syurgapun ada kuota... dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji... jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana di‘control’ oleh kerajaan... siapa yang mahu tanggung dosa?
"Dalam televisyen kita nampak ramai rakyat diberi peluang untuk bersuara mengatakan mereka sudah empat, lima, enam kali naik haji... mereka ini tak pakai kuotakah?” katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya TH mengamalkan sistem tidak akan menawarkan peluang sama kepada individu yang telah mengerjakan haji di bawah TH dalam tempoh lima tahun, bagi membolehkan kuota itu diberikan kepada mereka yang tidak pernah menerima tawaran tersebut. - Bernama

Cerita Dolu Dolu