Beritahu rakyat jasa dan budi BN
AMPANG - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah sampai masanya Barisan Nasional (BN) memberitahu rakyat akan jasa dan budi yang dilakukan parti pemerintah itu selama ini untuk mensejahterakan kehidupan mereka.
Perdana Menteri berkata, kerajaan BN tidak banyak mengembar-gemburkan apa yang dilakukan untuk rakyat berbanding parti pembangkang walaupun mereka hanya membuat sedikit untuk rakyat.
"Kita buat banyak tetapi tidak riuh-rendah. Mereka buat sedikit tetapi riuh sekampung. Kita buat bangunan tidak gembar-gembur... kita buat setinggi gunung... (tetapi kadang-kadang) orang tidak hargai," katanya ketika berucap melancarkan Karnival Skuad Sayang Wanita UMNO di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang di sini semalam.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Najib berkata, walaupun kerajaan memberikan pengecualian pembayaran bil elektrik bagi pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 ke bawah kepada lebih kurang sejuta isi rumah di seluruh negara, ia tidak digembar-gemburkan seperti sebuah negeri di bawah Pakatan Rakyat yang memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu ke bawah.
No comments:
Post a Comment