Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 19, 2010

#2: INI KES KAT SEREMBAN.... PUN HARAP SELESAI....


Isu surau: Tiga remaja simbah cat dihukum denda

October 19, 2010
SEREMBAN, 19 Okt — Mahkamah Majistret Sivil Seremban hari ini menjatuhi hukuman denda RM2,000 terhadap tiga remaja lelaki atas tiga pertuduhan berasingan dalam kejadian menyimbah cat dan melempar botol minuman keras di sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat dekat Ogos lalu.
Ketiga-tiga mereka juga diperintahkan menjalani bengkel Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebulan sekali selama dua tahun.
Hukuman mengikut Seksyen 93 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 itu dibacakan oleh Majistret M. Mageshwary.
Remaja pertama berumur 17 tahun, kedua 15 tahun dan ketiga 16 tahun, berasal di sekitar Ulu Temiang dan Sikamat, di sini didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 3 pagi dan 4 pagi, 23 Ogos lepas.
Ketiga-tiga remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu ketika mereka dihadapkan di mahkamah pada 27 Ogos lepas.
Bagi pertuduhan pertama, ketiga-tiga remaja tersebut dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas dakwaan melakukan khianat dengan membaling botol di surau tersebut.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh kedua dan ketiga dikenakan bon sebanyak RM3,000 untuk berkelakuan baik serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas dakwaan khianat dengan menyimbah cat di surau yang sama.
Remaja pertama turut dikenakan bon sebanyak RM3,000 untuk berkelakuan baik serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas satu lagi pertuduhan iaitu bersubahat melakukan kesalahan menyimbah cat di surau terbabit.
Ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Datuk Lee Kong Fee manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah. — Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu