Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, October 18, 2010

ADA YANG TAK KENA DALAM CERITA NI

Kalau ular sawa dengan saiz sebegitu makan seekor kambing paling kurang seminggu atau lebih dia tak makan dah. Kalau dapat 2 ekor mahu sebulan tak makan sebab kalau ikut saiz kambing biasa, ular sawa dapat dia senang-senang aje takyah makan setahun sebab saiz ular sawa tu pun bukan besar sangat (14 kaki). 
Secara umumnya seekor ular sawa memerlukan antara 2 minggu ke 10 minggu unutuk menghadamkan binatang yang ditelannya.
Kebarangkalian ada lebih banyak lagi ular sawa kat ladang dia tak pastilah pulak. Apa yang penting mungkin boleh dapatkan kerjasama Perhilitan untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan menyeluruh sebelum orang pulak kena ngaappp.


Dua sawa batik tewas 



KUALA NERANG - Pemilik dusun, Ramli Mat, 55, berjaya menewaskan dua ekor ular sawa batik yang mana setiap satunya dianggarkan mempunyai berat sehingga 120 kilogram yang selama ini menjadi misteri kehilangan 50 ekor kambing yang dipeliharanya di kawasan dusun durian di Kampung Rambutan, di sini. 

Menurutnya, petang kelmarin secara kebetulan ular sawa yang tidak dijangka berpasangan dengan seekor lagi yang ditembak awal minggu ini, cuba menelan seekor lembu miliknya ketika membawa binatang itu meragut rumput di kawasan dusun itu. 

“Kambing saya yang tinggal hanya tiga ekor sahaja. Sebelum ini, selang dua hari hingga tiga hari, seekor kambing saya hilang. 50 ekor kambing ditelan ular sawa ini. 

“Secara kebetulan petang ini, saya membawa lembu meragut rumput di dusun, dan ular sawa yang berada dalam semak cuba menggigit kaki lembu sehingga saya terpaksa menembaknya kerana ular itu bertindak agresif,” katanya kepada Sinar Harian, petang kelmarin. 

Menurutnya, dia langsung tidak menyangka misteri kehilangan kambing terbabit berpunca dari sepasang ular sawa itu. 

Ramli berkata, ular sawa yang dianggarkan mempunyai berat 120 kilogram dan panjang kira-kira 14 kaki itu bagaimanapun tidak pernah ditemui di kawasan dusunnya sebelum ini walaupun giat menjejaki di kawasan dusun berikutan kehilangan kambingnya yang menjadi misteri. 

Sementara itu, orang ramai dari kawasan sekitar mengambil peluang melihat ular sawa berkenaan yang diletakkan di tepi jalan sekali gus turut berlaku kesesakan lalu lintas kira-kira setengah jam.

No comments:

Cerita Dolu Dolu