Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 19, 2010

KALAU KENA POTONG CAMNE PULAK?

Pemuda UMNO sokong boikot bil 


ALOR SETAR - Pemuda UMNO Kedah menyokong kempen memboikot pembayaran bil air yang dirancang oleh Ahli Dewan Undangan Neger i(ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim jika tindakan itu mampu menyelesaikan masalah air yang membelenggu sebilangan rakyat negeri ini. 

Ketuanya, Badrol Hisham Hashim berkata, pihaknya perlu mendapatkan maklum balas daripada pemimpin parti di peringkat akar umbi terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada hendak menyertai kempen atau tidak. 

Menurutnya, pihaknya tidak mahu sebarang program yang dijalankan hanya bersifat ‘syok sendiri’ di samping tidak memberi impak terhadap kesejahteraan rakyat. 

“Pemuda UMNO tidak pernah menolak sebarang kempen yang menentang dasar Kerajaan Negeri sedia ada jika tindakan itu relevan dan mampu membawa perubahan kepada rakyat. 

“Bagaimanapun, kami perlu meneliti dahulu kesesuaian kempen itu sama ada membantu rakyat ataupun tidak,”katanya pada sidang media di sini semalam. 

Kepada satu pertanyaan, Badrol berkata, pihaknya belum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan disiplin ke atas ahli UMNO terlibat dalam demonstrasi di depan Bangunan Tunku yang menempatkan ibu pejabat UMNO Kedah, Khamis lalu. 

Menurutnya, perkara itu sudah dirujuk kepada UMNO negeri dan pihaknya berharap agar tindakan sewajarnya diambil kerana perbuatan mereka ternyata memalukan parti. 

“Saya masih terkejut dan terkilan dengan desakan kumpulan berdemonstrasi diketuai Sobri Sudin (bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena) tempoh hari yang mendesak saya meletak jawatan, sedangkan isu yang diperjuangkan ialah isu kenaikan tarif air oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR). 

“Saya minta kesemua terlibat dikenakan tindakan sewajarnya kerana Pemuda UMNO tidak mahu mempunyai ahli yang tidak berkualiti dan berperwatakan seperti pembangkang,”katanya. 

Badrol turut membidas Syed Sobri yang dianggap tidak berpendirian tetap dalam memperjuangkan isu kenaikan tarif air. 

“Syed Sobri harus menyatakan pendiriannya sebenar sama ada membantah kenaikan tarif air atau tidak. Saya mahu nasihatkan beliau supaya tidak mengambil kesempatan dalam isu ini untuk memperjuangkan politik peribadi, bukan parti,”katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu