Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 19, 2010

KALAU IKUT HUKUM QISAS OK TAK? Kambing pun takut nak sebut

Permintaan tambah hukuman

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Hukuman tujuh tahun penjara ke atas dua suspek yang didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya disifatkan ringan, tidak setimpal dan tidak mampu mewujudkan rasa takut kepada orang lain.

Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah (Pencegah) Kuala Lumpur, Jeevan S. Ramamurthy berkata, beliau bimbang hukuman itu tidak mampu menjadi faktor pencegah kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan kesalahan sama pada masa depan.

Sehubungan itu, pihaknya telah menghantar surat kepada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria pagi ini memohon supaya keputusan itu disemak dan diteliti semula. "Hukuman ke atas mereka iaitu penjara tujuh tahun serentak bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan itu adalah ringan dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

"Kita memohon budi bicara supaya Hakim Besar Malaya meneliti pertuduhan itu dengan pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini. Jumaat lalu, kedua-dua tertuduh, K. Sarawanan, 19, dan U. Suresh, 26, mengaku bersalah atas masing-masing empat pertuduhan pada prosiding di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, Selangor.

Majistret Hurman Hussain kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan ke atas kedua-dua tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 9 September lalu. Hukuman itu diperintahkan berjalan secara serentak. Kedua-dua tertuduh juga memohon maaf kepada kesemua keluarga mangsa atas penglibatan mereka dalam pembunuhan ngeri itu.

Sebelum itu, Sosilawati, 47, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dan pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Ditanya jika permintaan itu dianggap menghina mahkamah, Jeevan menjelaskan, pihaknya hanya memohon Hakim Besar Malaya menyemak semula hukuman kes tersebut.

No comments:

Cerita Dolu Dolu