Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, April 06, 2012

CAN SOMEBODY PLS HELP ME TO DIGEST THIS

RON95 subsidy to remain KUALA LUMPUR: The price of RON95 petrol will remain at RM1.90 per litre for now as the Government has no intention of reducing or removing the subsidy, said Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. He said most Malaysians were not affected by the petrol price increase since only 10% used RON97, which is not subsidised by the Government. "Don't worry, we will still maintain (the subsidy) for now," he said after launching the Perfect Livin '12 exhibition here Thursday. The global rise in oil prices pushed the subsidy for RON95 petrol up by 10 sen to RM1.03 per litre in March.

Please let me make it clear. Is the actual price for RON95 is RM2.93 a liter in March and RON97 is RM2.80 a litre? If RON97 from April is RM2.90 a liter what is the actual price for RON95 or what is the actual subsidy being paid? REMEMBER that RON97 is not subsidized by the Government. Are we paying higher than we suppose to?

Thursday, April 05, 2012

KORANG NAK KELUAR, BERAMBUS AJE LAH.


Bukan menyokong membabi buta dan kata Azmin tu suci lepu tapi siapa yang menuduhlah yang harus membawa bukti bukan baling batu sembunyi tangan. Kalau benda ni 100% benar SPRM akan berdiam dirikah? Sedangkan kes kecil pun disiasat habis-habisan. Allah dah bagi cara dan contoh dalam kes membuat tuduhan ini. Qazaf adalah contohnya, bukan tuduh lepas tu buat tak tahu. "Saya katakan awak curi kereta saya yang hilang" Sedangkan dihari Qiamat Allah sertakan saksi untuk pembalasan. Kenapa? Allah tak boleh terus hantar saja manusia ke syurga atau neraka? Itulah adanya malaikat dikiri dan kanan yang mencatitkan baik buruk perbuatan manusia. PENTINGNYA BUKTI.
Ahli PKR minta Azmin keluar parti
WAN NASRAH ABDUL RAHIM
5 April 2012
Kanan,-Norma-Zainuddin,-Wahab-Mahfuz,-Mohd-Isa-dan-HM-Tan
KUALA LUMPUR - Sekumpulan ahli PKR termasuk masih memegang jawatan di peringkat cabang mengugut untuk keluar parti jika timbalan presiden parti itu, Azmin Ali gagal memberikan penjelasan yang memuaskan mengenai dakwaan pemilikan saham oleh beliau dan isterinya yang dikatakan bernilai jutaan ringgit.


Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd Isa Saidi yang mengetuai kumpulan itu berkata, Azmin tidak boleh lagi berdolak-dalik mengenai isu itu sebaliknya perlu memberikan penjelasan yang meyakinkan semua ahli bahawa beliau tidak bersalah.



“Buat masa ini, kami masih percaya beliau tidak bersalah, tetapi Azmin sendiri perlulah tampil buat penjelasan yang benar-benar memuaskan hati kami sebagai ahli bawahan yang mahu terus menghormatinya sebagai pemimpin kami. Jika dia sendiri tidak dapat jawab dakwaan itu, ia akan menggugat kepercayaan pengundi terhadap parti, termasuk ahli PKR sendiri.



“Ini yang kami tidak mahu kerana isu ini boleh menjejaskan parti terutama dalam keadaan kita nak hadapi pilihan raya,” katanya.



Sehubungan itu, kata Mohd Isa, jika Azmin masih tidak mahu menjawab isu itu secara telus, adalah lebih baik jika beliau keluar sahaja daripada PKR.



“Jika dia tak mahu keluar, kami sendiri yang akan keluar,” tegasnya pada satu sidang media yang turut disertai sekumpulan pemimpin akar umbi parti itu di sini, semalam.



Mohd Isa berkata, jika sememangnya beliau tidak bersalah, tiada apa perlu ditakutkan Azmin untuk menjelaskan perkara sebenar kepada orang ramai.



“Kalau tidak betul apa dikatakan itu, beliau boleh saman pihak berkenaan. Kami akan sokong jika dia berani bertindak,” katanya.



Timbalan ketua penerangan cabang, HM Tan pula berkata, Azmin perlu bertindak sebagaimana dimahukan ahli parti bagi buktikan kewibawaan dan integritinya sebagai pemimpin.



 “Apa yang kita perlu utamakan ialah sokongan rakyat kepada perjuangan PKR. Sebab itu nilai ketelusan perlu ada dalam parti,” katanya.



Baru-baru ini, Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, mendesak Azmin menjelaskan sumber kewangan­nya ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 dan bagaimana beliau mampu memiliki saham bernilai jutaan ringgit.



Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

Wednesday, April 04, 2012

INGAT BERITA UTUSAN 26 OKTOBER 2010?


Alor Setar - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Kes muflis: Adun Kuala Nerang buat laporan polis

Posted on the October 26th, 2010 under Berita Tempatan by Pinvader

Syed Sobri menunjukkan salinan laporan yang disiarkan The Malaysian Insider pada sidang media di sebuah hotel, di Alor Setar hari ini. — Foto Bernama
ALOR SETAR, 26 Okt —  Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita, The Malaysian Insider berhubung artikel yang dikeluarkan portal itu pada 20 Oktober lalu yang mengatakan beliau muflis.
Syed Sobri berkata tindakan mahkamah akan dibuat memandangkan portal itu sengaja ingin memalukan dan mencalarkan imej beliau selaku Adun Kuala Nerang dan Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap.
“Semua laporan itu tidak benar kerana saya tidak muflis seperti yang digembar-gemburkan selama ini dan segala hutang syarikat saya, bersama peguam yang dilantik menguruskannya dengan baik dan membayar hutang berkenaan secara beransur-ansur.
“Saya rasa mereka (The Malaysian Insider) sengaja membuat cerita rekaan bertujuan untuk menjatuhkan reputasi saya selaku wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Ini kerana tidak ada sebarang keputusan mahkamah dibuat yang mengatakan saya ini muflis dan saya tidak tahu dari mana sumber mereka perolehi sehingga boleh mengeluarkan artikel sebegini rupa.
“Berkemungkinan ada motif tidak baik daripada pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menghebahkan isu ini terutamanya ketika berlangsungnya perhimpunan Agung Umno baru-baru ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat bersama peguamnya hari ini terhadap The Malaysian Insiderbagi membersihkan nama dan imej beliau selaku wakil rakyat BN.
Beliau berkata The Malaysian Insider perlu dikenakan tindakan mahkamah kerana portal berkenaan adalah sebuah portal yang sengaja menabur fitnah dan membuat kekacauan terhadap rakyat dan sekaligus mencalarkan maruah Umno dan BN.
Pada 20 Oktober lalu, The Malaysian Insider menyatakan Syed Sobri diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu ekoran syarikatnya gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM700,000 dan sekaligus membuka ruang kepada pilihan raya kecil DUN berkenaan.
Syed Sobri berkata tunggakan caruman KWSP syarikatnya hanya RM150,000 dan bukannya RM700,000 seperti yang dinayatakan oleh portal yang tidak bertanggungjawab itu dan beliau telah membayarnya sebanyak RM50,000.
Mengenai isu akan timbul isu pilihan raya kecil di DUN itu, beliau berkata soal isu pilihan raya tidak akan timbul kerana beliau tidak muflis dan akan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kawasan itu dengan memberi khidmat bakti kepada rakyat seperti biasa.
“Saya selaku wakil rakyat akan menyahut seruan dan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak yang mahu Adun berkhidmat dengan baik terhadap rakyat bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Umno dan sekaligus memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.
Mengenai laporan yang menyatakan beliau dihalang masuk untuk mendengar ucapan Presiden Umno pada perhimpunan Agung Umno yang berlangsung 21 Oktober lalu ekoran status beliau yang muflis, Syed Sobri berkata ia juga tidak benar kerana beliau turut menyertai perhimpunan itu dan mendengar ucapan perasmian presiden pada hari berkenaan.
“Saya hadir pada persidangan Umno pada 21 Okt lalu dan tidak menyertainya pada 22 dan 23 Oktober disebabkan saya menghadiri majlis konvokesyen saya di Universiti Teknologi Malaysia, untuk menerima Diploma Pengurusan Eksekutif Pentadbiran Pejabat. Saya telah maklumkan kepada Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid,” katanya. — Bernama
Source: The Malaysian Insider

Beza Muslim Sister Club dengan Sisters In Islam


Wanita Canada buka kelab untuk jelaskan hal tudung dalam Islam

Posted on the April 3rd, 2012 under Luar Negara by admin
Dari kiri, Hayfaa Golapkhan, May Almohanna, Safiya Alshibani, and Lamyaa Alshenrifi, ahli TRUSU Sisters Club.
Bertujuan menjangkau masyarakat tentang bagaimana kepercayaan mereka, sekumpulan pelajar perempuan Islam di Kanada telah membentuk satu kelab untuk menjelaskan salah faham pada masyarakat berkaitan agama mereka.
“Ini bukan hanya untuk menunjukkan budaya kita sendiri, ini untuk berkongsi cara membantu orang,” kata Hayfaa Golabkhan, yang mempunyai idea untuk mendirikan Muslim Sisters Club, Kamloops Daily News melaporkan pada hari Isnin, 2 April.
Bersemangat untuk memaklumkan, mendidik dan mengajar orang tentang keyakinan mereka, sekumpulan mahasiswa di Thompson Rivers University datang dengan idea kelab setelah menghadapi insiden stereotaip yang berbeza dalam komuniti mereka.
Bertemu melalui melalui Himpunan Mahasiswa Muslim TRU atau Facebook, sekitar 35 ahli bergabung dengan kelab baru tersebut.
Salah satu anggota adalah Lamyaa Alshenrifi, seorang mahasiswa di TRU, yang dituduh oleh gurunya dari Britain bersikap kasar kerana menolak berjabat tangan dengan lelaki.
Kerana saat itu ia tidak fasih berbahasa Inggeris, Alshenrifi tidak dapat menjelaskan kepada guru bahawa dalam Islam wanita boleh berjabat tangan dengan wanita lain, tapi tidak dengan lelaki yang bukan keluarganya.
Mei Almohanna, sekarang ahli Muslim Sister Club juga mempunyai sikap yang sama. Menurutnya sebagai seorang mahasiswa, mereka dituntut untuk dapat memberikan penjelasan kepada masyarakat mengenai agama dan tata cara hidup dalam Islam.
Almohanna juga mengatakan bahawa ahli kelab ingin mengadakan acara yang lebih banyak untuk pemahaman lebih lanjut tentang apa ertinya menjadi Muslim dan seorang wanita.
Islam kira-kira 1.9 peratus daripada 32.8 juta penduduk Kanada, dan Islam adalah agama nombor satu non-Kristian di Kanada.
Menganjurkan acara pertama mereka, kumpulan mengadakan persembahan makan tengah hari tentang menjadi wanita Islam dengan peruntukan masa yang besar untuk menjawab soalan dan menjernihkan salah faham.
Pada kesempatan tersebut, dihadiri oleh kira-kira 30 orang perempuan Muslim bertemu non-Islam yang sangat ingin belajar lebih banyak tentang kehidupan sebagai seorang perempuan Islam yang hidup di Kamloops University.
“Saya memilih untuk mengenakan apa yang saya kenakan. Saya memilih Muslim,” kata Alshenrifi, yang telah berada di TRU selama satu tahun.
Anggota Club berpendapat bahawa jilbab membuatkan wanita hilang dari padangan yang berunsur seksualiti.
“Saya memilih untuk mengenakan apa yang saya kenakan. Saya memilih Muslim,” kata Alshenrifi, yang telah berada di TRU selama satu tahun.
Anggota Club berpendapat bahawa jilbab membuat wanita dalam, menghilangkan unsur seksualiti.
“Seorang wanita Muslim mengharapkan rasa hormat dengan itu,” kata Almohanna pada penonton.
Anggota menjawab soalan dari peserta tentang agama mereka, dalam usaha untuk menjernihkan mitos dan salah faham.
“Jangan percaya Wikipedia,” kata Safiya Alshibani menambah.
P/S: Negara-negara barat sudah bangkit mempertahankan kesucian Agama Islam. Negara islam pula,, Malaysia khasnya bangkit mempetahankan yang diterapkan oleh puak-puak Yahudi Zionis. Jika anda pernah melawat negara-negara yang diperintah oleh Yahudi seperti Amerika atau Europe. Anda mesti hairan kenapa kebanyakkan mereka banyak mengamalkan sistem Islam dan Sunnah. Yang sebenarnya mereka sudah lama mengakui kehebatan Islam dan kebaikkan Sunnah.
Mereka menjajah negara-negara Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia, dan mereka bawa balik ilmu-ilmu dan adat-adat orang islam yang mulia itu untuk diguna pakai oleh mereka sendiri. Dan adat-adat yang jahat yang ada pada mereka pula itu ditinggalkan pada orang-orang islam. Sehingga kini negara kita masih mengamalkan sistem yang diajarkan oleh puak-puak Yahudi sedangkan mereka sendiri tidak mengamalkannya. Kerana mereka tahu sistem ciptaan manusia itu akan membawa kemusnahan dalam sesebuah negara. Tapi malangnya melayu-melayu di tanah melayu ramai yang tidak mahu mengambil tahu akan hal ini.
Contohnya, di England sendiri tidak pernah membenarkan wanita lebih tinggi pangkatnya dari lelaki. Kerana mereka tahu wanita tak layak untuk menjadi pemerintah walau dengan apa cara sekalipun. Malah kerajaan Britain menggalakkan wanita banyak menghabiskan waktu bersama keluarga dan anak-anak di rumah daripada bekerja. Dan banyak lagi contoh-contoh lain yang tak dapat saya huraikan disini.
Sedangkan di Malaysia pula sebaliknya. British mengajar kita supaya wanita perlu bekerja keras untuk bangkit memperjuangkan hak wanita biar sama taraf dengan lelaki. Sangat bodohlah kita jika masih tidak memahami tektik sebenar Yahudi. Wallahuaklam!

Tuesday, April 03, 2012

KENAPALAH UMNO PP TAK BERJURUS....


Bayan Mutiara: Ketua Pemuda Umno putar belit - Mujahid Yusof

Bayan Mutiara: Ketua Pemuda Umno putar belit - Mujahid Yusof
Saya amat hairan mengapa akhbar tradisi seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia sanggup membawa berita yang tidak tepat dari seorang yang kononnya menjadi juara orang Melayu Pulau Pinang.
Lebih buruk daripada itu berita tersebut tidak mendapat keadilan dari pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan.
Saya merujuk kepada berita tentang tanah Bayan Mutiara yang disensasikan mengikut selera perkauman dan agama yang sempit walaupun isu yang dibangkitkan lebih kepada soal pentadbiran dan undang-undang.
1. Faktanya ialah pelan pembangunan yang diluluskan oleh MPPP tahun 2006 adalah berdasarkan kepada penyerahan oleh syarikat sebelumnya yang gagal membangunkan tapak tersebut walaupun fasa 1 pelan telah diluluskan.
Semua sudah sedia maklum apabila tanah ini diambilalih oleh pemaju baru yang membelinya secara tender terbuka, satu pelan pembangunan baru mesti diserahkan kepada MPPP kerana pelan yang lama tidak diperakui lagi. Pelan baru belum diserahkan untuk pembangunan lagi.
2. Faktanya juga ialah ketika tanah yang diperuntukkan untuk tapak mesjid telah diluluskan pada ahun 2006, mengapakah kerajaan BN/Umno ketika itu tidak mengambil inisiatif untuk memecah lot itu dan menggazetkannya untuk diserahkan kepada MAIPP sedangkan mereka mempunyai masa 1 tahun lebih untuk berbuat demikian sebelum Pakatan ambil alih.
Tiba-tiba kerajaan hari ini pula disalahkan dalam isu tanah mesjid.
3. Faktanya juga tanah untuk mesjid diwajibkan sebagai syarat untuk lulus jika kawasan itu mempunyai rumah lebih dari 1,300 atau 1,500 unit.
Kaedah yang sama akan terpakai jika penyerahan pelan baru dibuat bagi pemaju yang membeli tanah tersebut hari ini.
4. Faktanya tidak ada pengazetan tanah tersebut di MAIPP untuk tujuan tapak mesjid dan kerana itu tidak timbul soal menjual tapak mesjid seperti yang didakwa.
Berdasarkan kepada fakta di atas khusus tentang soal tanah mesjid, saya menyeru kepada Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang supaya jangan bermain isu ini dengan niat menimbulkan sentimen kebencian seolah-olah kerajaan Pakatan di Pulau Pinang menidakkan hak orang Islam di Pulau Pinang.
Kami dari PAS berdiri teguh mempertahankan hak orang Melayu dan Islam sebagaimana kami terus membela kepentingan semua kaum seperti yang termaktub dalam tawaran kami kepada rakyat.
Kami juga berdiri teguh di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam usaha beliau bersama PAS membawa politik yang lebih adil untuk semua rakyat di Pulau Pinang.
Carilah modal politik yang lain seperti menawarkan manifesto yang lebih menarik kepada orang ramai untuk mendapat sokongan tetapi jangan sekali-kali bermain api kebencian kelak nanti akan membakar diri sendiri.
-Dr Mujahid Yusof
Penulis adalah Ahli Parlimen Malaysia kawasan Parit Buntar dan anak jati Pulau Pinang.

SURAU BUKAN SEKADAR TEMPAT SOLAT SAHAJA


Role of religious communities in enhancing transition experiments: A localised strategy for sustainable solid waste management in Malaysia


Zeeda Fatimah MOHAMAD a,c,e Noorshahzila IDRIS a,
a Department of Science & Technology, Faculty of Science, Universiti Malaya, Malaysia
b Centre for Waste Management, Universiti Malaya
E Sustainability Science Cluster, Universiti Malaya
*Corresponding author.
Tel: +6 0379677164; Fax: +6 0379674196
Address: Department of Science & Technology, Faculty of Science, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur, Malaysia
E-mail address: zeeda21@um.edu.my (Zeeda F. M.)


PETIKAN DARI ARTIKEL INI. 

3.3.3. Islamic community of Surau al-Husna

Surau Al-Husna is a small mosque that has been established for the residential community of Section 20, Shah Alam in the state of Selangor. The surau has been built to provide a place for the Muslim community in the neighbourhood to conduct prayers and other religious rituals, share religious knowledge and to gather for religious activities. Surau Al-Husna started its recycling programme since July 2005, and this has become a permanent feature in the surau ever since. The recycling program was initially proposed by one of its committee member, Mazlan Idrus who has a professional background in environmental management. Mazlan also act as the coordinator of the recycling programme -- where he leads the coordination of related activities, from setting up of recycling facilities and collection schedules, to recruiting volunteers. The recycling programme also enjoys strong support from the imam and other members of the surau committee.
Activities of Surau Al-Husna recycling programme take place in the compound of the surau. The recycling bins were provided by the local municipality, while recycling operation are organised by the mosque committee members. Residents from the nearby areas, both adherents and nonadherents, are encouraged to donate their recyclable items by sending them to a recycling point within the surau compound. Accepted recyclable items include paper, plastic containers, metal items, books and electronic devices. Since the public are not asked to separate their recyclable items, the surau committee periodically organises a “gotong-royong” (collective social activity) with the community to segregate recyclables from the mixed waste and to sell them in bulk to a recycling company. Usually the gotong-royong is conducted on the fourth Sunday of every month. Flyers, banners and word of mouth are used as a way to promote participation in the recycling activities. This has proven to be effective as the recycling programme has received encouraging community support, even from nearby neighbourhoods. The mosque has also improved its recycling operations in many ways. For one, the recycling committee no longer has to send the recyclables to the recyclers. As their relationship with their recyclers strengthened, the recyclers themselves have agreed to collect recyclable items directly from the surau, saving time and money for its management. In addition, Surau Al-Husna has also increased the amount of collection by expanding its recycling operations to a nearby all-purpose community hall. A recycling company has been given permission by the surau to coordinate this extended portion of the recycling programme,20 with some portion of the proceeds to be donated to the surau. Other than this, with the help of the local municipality and a local politician, Surau Al-Husna has also diversified its recycling activities through the collection of used cooking oil. A special store room has been built for this purpose and the collected oil is then transported and converted into biodiesel by a private company. The proceeds from all of the recycling activities are used for the surau renovation and
repair work and also to fund various religious activities.

KISAH SEBENAR MASALAH BANJIR KILAT DI KLANG


Banjir kilat: Exco bidas Noh salahkan k'jaan S'gor
Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu menganggap sikap Datuk Seri Noh Omar menyalahkan kerajaan negeri ekoran banjir kilat di Klang baru-baru ini, menunjukkan mentaliti pemimpin Umno-BN yang didakwanya sentiasa mempolitikkan isu tetapi tidak memberi sebarang idea untuk penambahbaikan dan menyelesaikan masalah".

NONE
"Malaysia beriklim khatulistiwa yang menerima hujan lebat melebihi 2000mm setahun. Justeru,  masalah banjir perlu diatasi secara holistik oleh Kerajaan Pusat dan mana-mana kerajaan negeri," kata Ronnie dalam satu kenyataan semalam.



Pengerusi jawatankuasa tetap kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan negeri itu berkata, di Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertanggungjawab menyelesaikan masalah banjir.



"Namun begitu, JPS adalah jabatan persekutuan yang berada di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.  Oleh itu, dana dan peruntukan pengurusan dan pembangunan adalah datangnya dari kerajaan pusat.



"Peruntukan untuk JPS di Selangor telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) manakala kerajaan negeri hanya bertanggungjawab kepada pembayaran gaji pegawai dan kakitangan JPS yang bekerja di negeri ini," jelasnya.



Ronnie berkata, Ini bermakna semua urusan pembangunan dan pengurusan sungai adalah tanggungjawab kerajaan pusat termasuk kerja-kerja tebatan banjir.



"Walaubagaimanapun, menyedari masalah banjir adalah besar maka kerajaan negeri Sejak 2008, telah menguatkuasakan peraturan bahawa sebarang projek pembangunan perlu dibuat mengikut kejadian dataran banjir 50 tahun.



"Ini berbeza  dengan amalan  pentadbiran negeri terdahulu yang tidak mengikut dataran banjir 50 tahun," tambahnya.


NONE
Kerajaan negeri terdahulu juga, tegasnya, tidak mempunyai pelan pembangunan yang teratur. Justeru, tambahnya, banjir kilat baru-baru ini merupakan hasil dari produk pembangunan yang dilakukan oleh mereka.



"Kerajaan negeri Selangor sudah berbincang dengan JPS dan dimaklumkan JPS telah memohon RM1 bilion daripada kerajaan pusat bagi menyelesaikan masalah banjir ini termasuk menjalankan kerja-kerja pengurusan, pembersihan dan penyelenggaraan sungai.



"Peruntukan ini telah dimasukkan dalam RMK-10 tetapi apa yang mendukacitakan kita ialah permohonan ini bukan dianggap permohonan penting oleh kerajaan pusat malah permohonan ini dkategorikan tahap ketiga," katanya.



Lebih malang lagi, tegas Ronnie, meskipun ada seorang menteri dari Selangor iaitu Noh (menteri pertanian dan asas tani) tetapi beliau gagal menekankan kepentingan dana RM1 bilion diturunkan ke negeri Selangor.



"Beliau bukan sahaja gagal memastikan peruntukan disalurkan, malah beliau cuba menyalahkan pegawai dan kakitangan profesional JPS.



"Persoalaannya, bagaimana JPS mampu melaksanakan tugas dengan baik  jika kerajaan pusat  menyekat peruntukan ini dan Noh pula tidak melihat peruntukan ini penting kepada rakyat Selangor khususnya di daerah Klang," tegas Ronnie.


NONE
Sambil menegaskan bahawa memperkecilkan kakitangan JPS bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah banjir, Ronnie berkata, malangnya, apabila berlaku musibah seperti bencana alam seperti ini,  pemimpin BN tanpa usul periksa menyalahkan kakitangan kerajaan.



Oleh itu, katanya, Noh tidak jauh beza dengan mantan menteri besar, Dr Khir Toyo yang didakwanya menuduh Unit Perancang Ekonomi (UPEN) menyerahkan konsesi air kepada Puncak Niaga sedangkan seluruh negara tahu keputusan ini dibuat oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri ketika itu.



"Noh Omar tidak perlu berdolah-dalih dalam isu ini. Jika beliau jujur untuk membantu rakyat Selangor, beliau perlu mendesak kerajaan pusat menyalurkan segera peruntukan RM1 biliion kepada JPS supaya masalah banjir dapat diatasi segera," tambah Ronnie.

Majikan perlu lapor Perkeso dalam tempoh 48 jam


Majikan perlu lapor Perkeso dalam tempoh 48 jam
WARTAWAN SINAR HARIAN
2 April 2012
KOTA TINGGI – Setiap kemalangan yang berlaku terhadap pekerja, majikan perlu melaporkannya ke Perkeso dalam tempoh 48 jam sebelum tindakan undang-undang dikenakan, kata Pengarah Perkeso negeri, Ismail Abi Hashim.

“Kita juga faham jika majikan mengalami masalah namun jangan sampai masalah tersebut menyebabkan pekerja terbeban. Malah majikan juga boleh dikenakan tindakan jika tidak menjalankan tanggungjawab tersebut.

“Jika kes tersebut dilaporkan, kita boleh siasat dan seterusnya membantu dari segi bayaran serta bantuan peralatan yang bersesuaian agar dapat meringankan beban mereka yang terlibat,” katanya

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan bantuan bencana kerja kepada Mohammad Nor Johar, 30, yang telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panti, Datuk Baderi Dasuki.

Dalam pada itu, Ismail turut memohon khususnya kepada kepimpinan masyarakat setempat tampil melaporkan sebarang kejadian kemalangan kerana terdapatnya kes-kes tertentu yang tidak dilaporkan oleh majikan.

“Walaupun pegawai kita juga turut sama melakukan sia­satan dan lawatan, namun ada di antara kes perlu dilaporkan terus kepada Perkeso.

“Ini kerana pihak kami pernah menjumpai kes-kes sebegini yang tidak dilaporkan. Di sinilah perlunya masyarakat memainkan peranan mereka," katanya.

Terdahulunya, Moham­mad Nor kini hilang upaya selepas terlibat dengan kemalangan di Jalan Lombong, Kota Tinggi ketika hendak pergi ke tempat kerjanya.

Dia yang baru sahaja bekerja sebagai pengawal keselamatan turut terlantar tidak sedarkan diri selama 40 hari sebelum menerima bantuan daripada pihak Perkeso.

Ayah kepada dua anak berusia satu setengah tahun dan juga enam tahun itu turut menerima bantuan wang bernilai RM3,224 serta bantuan peralatan.

Cerita Dolu Dolu