Tanggal 10 Januari 2006 adalah hari raya aidil adha atau hari raya korban. Surau Al-Husna Seksyen 20 telah menumbangkan 4 ekor lembu. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini ramai ahli kariah turun membantu. Mungkin sebab cuti yang pendek kerana 11 hb kerja ataupun, sebab poket dah nipis baru habis anak-anak ke sekolah... macam jiran aku cakap. Walaupun sepatutnya lebih 5 ekor, kerana takut tiada pembantu maka terpaksa di tutup dengan 1 ekor di simpan untuk hujung bulan kerana 7 bahagian aqiqah jadi masih boleh postpone lah kan.
Bermula dari jam 09:30 pagi setelah selesai solat Eid-Adha, kerja melapah, menimbang serta memasak selesai sebelum Zohor. Kira cepat juga. Saya juga mengambil bahagian kali ini dan untuk itu, kerja pegang tengkok lembu diberi pada saya. Tahun ini juga kelihatan ramai anak-anak muda yang baru lepas SPM turut serta belajar cara melapah. Alhamdulillah! Sudah ada penganti bagi kami golongan yang meningkat usia. Saya cuma dapat kerja mengarah - ha ha ha... tunjuk cara kepada anak-anak muda tersebut sebab dah tak boleh pegang dah, orang ramai walaupun setiap tahun selalunya saya turun tangan sepenuhnya.
Pada waktu tengahari setelah selesai, kembali kerumah untuk mandi-manda dan rakan-rakan datang ke rumah bertandang. Khusus untuk mereka yang tiada kampung atau malas balik kampung. Masakan hari itu adalah ketupat pulut, rendang daging, nasi impit berserta kuah lodeh dan sambal. Kek cokelat serta caramel pudding hasil air tangan orang rumah.
Pada jam 2:30 setelah rakan pulang, adik ipar dan ibu mertua pula datang. Masa tu dah sibuk untuk bersiap-siap menghantar anak pulang ke asrama. Bertolak ke Sabak Bernam jam 3:30 petang, sempat tiba di sana pada jam 5:30 petang.... jalan baru membantu walaupun dah perasan kereta menuju ke KL agak banyak hari itu. Jam 6:15 setelah solat di Petronas Sabak Bernam, bertolak ke Shah Alam. Jam 6:40 sudah tiba di daerah Sekinchan. Well, rasanya jam 8:00 boleh sampai Shah Alam kot? Rupanya, lampu isyarat di Tanjung Karang memberi impak kepada kehadiran kereta yang banyak. Jam 9:00 mlm baru lepas lampu isyarat di Pekan Tanjung Karang. Berhenti di KFC sebab dah lapar giler.... nasib baik berdua dengan Aiman saja. Selepas Kuala Selangor, cilok jalam ke Ijok.... pun jem jugak sebab jambatan belum siap di Pekan Ijok. Berhenti solat di masjid pada jam 11:00. Akhirnya pada jam 12:00 tengah malam, tiba juga di Shah Alam.... kena cari alternatif bila musim perayaan.... ada dua jalan pilihan..... kena try test dulu baru tau....
World Apart
Antara siri terbaru yang ditayangkan di AXN. Sudah beberapa siri di tayangkan. Ianya menunjukkan sebuah keluarga di Amerika bercuti ke suatu tempat di dunia yang terpencil. Di Malaysia, mereka tidak pergi ke tempat percutian di Langkawi atau Tioman tetapi duduk di rumah panjang, Iban dan hidup seperti mereka. Begitu juga ada yang pergi ke India, Mongolia dan banyak tempat lagi. Terbaru sekeluarga pergi ke Morocco (Maghribi). Dari Casablanca, mereka perlu bergerak ke perkampungan yang berusia ratusan tahun 5 jam menaiki kenderaan pacuan 4 roda, dan naik keldai 2 jam lagi selepas itu. Walaupun lewat sehari sebab jalan tidak boleh di lalui akibat hujan lebat. Kisah hidup mereka bersama keluarga host tersebut seperti kisah sebelum itu juga tetapi sesuatu menyentuh hati saya.
Bapa kepada keluarga ini merupakan superintenden Chicago Park yang sentiasa bergayut kat telefon.... bekerja 60~80 jam seminggu... masa untuk keluarga cuma pada hari Ahad tetapi itu pun masih terganggu oleh panggilan telefon. Perkara paling besar mereka pelajari selain lebih mengenali umat Islam (biasalah impression Americans ni pada umat Islam kan, terutama apabila melihat isteri host tersebut, Amina amat open-minded dan tidak terkongkong seperti gambaran mereka - gambaran salah mengenai Islam) adalah, bapa tersebut belajar mengenai family values - perlunya bersama anak-anak yang hendak membesar - before its too late. Sekembalinya mereka (dan ini rasanya pertama kali sebab sebelum itu habis begitu sahaja) sesudah 6 minggu, mereka masih rindukan keluarga di Morocco tersebut. Ibu (Pepsi addict) mendapat kerja dan bapa telah berhenti kerja dan mencari kerja lain yang lebih relax(?) untuk mendapatkan masa yang lebih panjang bersama keluarga.
Rakyat Malaysia amnya sudah mula cenderung ke arah tersebut. Kesibukan ibubapa dan tumpuan yang semakin berkurangan terhadap anak-anak merubah cara hidup. Apakah kita perlu tinggal bersama mereka yang serba kekurangan (di mata kita) untuk kita menyedari kekurangan sebenar kita?
Tinggal di Asrama
Apabila melihat anak saya tinggal di asrama, membuat saya mengimbau kenangan semasa saya berada di SAS. Sesuatu yang jelas, banyak kemudahan yang di rasai oleh anak-anak telah tidak dapat di rasai di asrama. No more PS, no more Astro. Jika dulu tinggal di asrama seperti kemewahan tetapi tidak lagi sekarang. Mungkin sebab itu ramai yang menolak untuk tinggal di asrama agaknya. Selain dari itu, kemudahan barang-barang juga memberi kemudahan kepada anak-anak. Dulu mana ada fitted bedspread, mana ada bed cover (anti dust mite), semua belasah aja apa yang ada. Isu HP boleh bawa ke sekolah juga memberi kesan. Saya setuju jika di benarkan pada sesuatu keadaan seperti disimpan oleh warden dan cuma digunakan dibawah pemerhatian warden atau guru. Ianya sekurang-kurangnya memberi rasa ketenangan kepada ibu bapa. Sudah tentu juga, saya akan lebih kerap melawat sanak-saudara saya yang berhampiran asrama anak saya... bak kata Wak saya semalam "Kalo ko beritau ko nak datang, aku pegi tangkap burung wak-wak untuk ko orang" .