Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, January 07, 2008

BERITA YANG MENGGANGGU PEMIKIRAN

Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak berita yang mengganggu pemikiran.

1 - Isu yuran sekolah
Walaupun yuran sekolah sebenar telah dimansuhkan tetapi yang dimaksudkan adalah yuran tambahan sekolah. Mungkin agak mengejutkan bagi sesetengah ibu-bapa tetapi sebenarnya tiada banyak perubahan ketara dengan tahun-tahun lepas. Yuran Kementerian Pelajaran cuma RM 4.50 dan RM 9.00 sahaja. Jika di kira secara positif, tahun sebelum ini ibubapa harus membayar yuran-yuran tersebut dan juga membeli buku-buku sekolah. Saya turunkan data terperinci pembayaran untuk anak saya di sekolah rendah.
Yuran tambahan sekolah : RM 132.00
Yuran PIBG dan KAFA : RM 122.00
Yuran makan Januari : RM 50.00
Duit buku latihan dan buku kerja : RM 120.00
Jumlah keseluruhan seorang RM 424.00
Tahun lepas untuk buku sekolah saya perlu mengeluarkan sejumlah RM200.00 (lebih kurang) untuk seorang iaitu buku teks KBSR dan buku teks KAFA.
Walaupun tahun lepas pembayaran untuk seperti di atas kurang sedikit. Lebih kurang RM 380.00 seorang tetapi pertambahan masih dapat menjimatkan saya sebanyak RM 200.00. Memang sedia maklum ibubapa akan perlu menyediakan wang dalam jumlah besar untuk persediaan ke sekolah tetapi sekurang-kurangnya telah dapat sedikit penjimatan.
Kenapa ibubapa sanggup pertikai bayaran yang di bayar setahun sekali sedangkan sanggup pula keluarkan wang untuk tuisyen - ada yang mencecah satu subjek RM 100.00 setiap bulan. Apa salahnya untuk berkorban sedikit demi sekolah dan anak-anak. Jika tidak puashati kenapa tidak di bawa ke mesyuarat PIBG yang biasanya di adakan pada hari Ahad?
2 - Minyak Masak dah kurang.
Saya pergi ke kedai-kedai berhampiran walaupun belum sempat singgah ke pasaraya besar seperti Giant atau Tesco. Memang di dapati minyak masak sentiasa habis sejak kebelakangan ini. Arahan Kementerian menghadkan belian minyak kepada 5 liter sahaja sekeluarga (?) agak pelik juga. Seisi rumah saya menggunakan minyak masak sebanyak lebih kurang 5 liter sebulan. Minyak mungkin perlu dalam kuantiti yang lebih besar jika anda berniaga. Jika tidak mungkin kita perlu mengubah tabiat permakanan dengan mengurangkan permakanan bergoreng yang tentu lebih berkhasiat.
Saya beri contoh yang kami sekeluarga laksanakan. Dahulu saya kerap membeli susu dalam kotak untuk sarapan anak-anak saya (cornflakes atau coco crunch) tetapi di sebabkan kenaikan harga susu kotak, saya menukar kepada susu tepung dari keluaran syarikat yang sama. Dengan memasukkan sukatan yang betul beserta air sejuk kedalam blender, susu yang di sejukkan mempunyai rasa yang tidak jauh berbeza dari susu kotak. Anak-anak saya pun tak komen apa-apa.
Susu tepung satu kilo berharga RM 10.00 ~ RM 11.00 dengan penghasilan sebanyak 1 liter bagi setiap 14 sudu ataupun mendapat sebanyak 8 liter susu sudah di bancuh. Jika membeli susu kotak saya hanya dapat membeli sebanyak 2.5 kotak sahaja. Maka saya telah dapat berjimat sebanyak 5.5 kotak atau RM 19.25 bagi jumlah yang sama. Bermakna saya boleh membeli sebanyak 3 kilo susu tepung untuk sebulan berbanding susu kotak sebanyak 10 kotak ~ 15 kotak sebulan.
Jika membuat kira dan di ambil setiap perkara secara positif tentu dapat penyelesaian. Cuba bertenang dan berfikir secara rasional tentu ada jalan penyelesaian.
Bagi kes susu dan juga kes minyak masak melibatkan harga pasaran dunia. Punca asal minyak masak naik harga akibat permintaan yang tinggi dan kenaikan harga sedunia. Susu menjadi mahal akibat pengurangan pengeluaran jagung (maize) yang menjadi makanan asas kepada makanan lembu ternakan untuk susu. Kenapa ini berlaku? Selain permintaan yang meningkat, bio-fuel juga memberi kesan kepada permintaan.
KATAKAN TIDAK KEPADA BIO FUEL?

Cerita Dolu Dolu