Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, July 24, 2009

Lanjutan kes demo UMNO Ampang sokong SPRM


GAMBAR NI MENUNJUKKAN DEMO UMNO AMPANG MENYOKONG SPRM YANG DI TUDUH BERTANGGUNGJAWAB ATAS KES KEMATIAN TEOH.


GAMBAR NI PULA DEMO MEMBANTAH SPRM MENYIASAT AHLI UMNO TERLIBAT DI SYAKI TERBABIT POLITIK WANG.

BETULLAH APABILA ORANG KATA KES INI DI POLITIKKAN - BUKAN OLEH PAKATAN RAKYAT SEMATA-MATA.

Thursday, July 23, 2009

Penyokong Umno berhimpun bantah pihak ganggu siasatan polis dan SPRM



KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 penyokong Umno bahagian Ampang, Pandan dan Gombak mengadakan perhimpunan berhampiran tempat letak kereta bersebelahan sebuah pusat membeli-belah di sini Rabu.

Perhimpunan bertujuan membantah tindakan beberapa pihak yang cuba mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis berhubung dakwaan rasuah terhadap beberapa anggota Exco kerajaan Selangor serta kes kematian setiausaha politik seorang anggota Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock.

Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata isu kematian Teoh tidak patut dipolitikkan.

"Saya nampak golongan tertentu cuba nak selewengkan isu ini seolah-olah mereka ingin melindungi perkara sebenar iaitu isu rasuah.

"Pemimpin mereka meminta supaya beberapa Exco negeri itu yang disiasat SPRM supaya jangan diambil tindakan sehingga siasatan kes kematian Teoh selesai sedangkan perkara ini adalah berbeza dan berlainan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau meminta SPRM meneruskan siasatan berhubung isu rasuah dan dalam masa yang sama siasatan kes kematian Teoh diteruskan oleh polis.

Ismail turut memberi amaran kepada pihak tidak bertanggungjawab supaya tidak menimbulkan isu perkauman berhubung kematian Teoh.

Perhimpunan yang bermula pada 4.30 petang itu disuraikan oleh polis kira-kira 20 minit kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan ketika ditemui pemberita berkata perhimpunan yang diadakan itu tidak mempunyai permit daripada polis dan pihaknya akan memanggil penganjur perhimpunan itu untuk siasatan. BERNAMA

ALAMAK !!! MAK AKU ADA !!!

Tuesday, July 21, 2009

Nyalakan lilin adalah budaya Cina

Ekoran dari kematian secara misteri yang menggemparkan seluruh negara ke atas Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor, dan membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang diadakan diseluruh negara termasuklah yang telah dianjurkan olah Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dihadari oleh DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan saya sendiri..

Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebutAkhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :- seterusnya

Nenek saya bukan melayu jadi kadangkala saya juga menggantung tanglung atau membakar colok (sekarang tak dah sebab asap makanan jin jadi elakkan) adakah saya sudah tidak islam? Saya rasa tidak kerana itu merupakan budaya dan bukan hal keagamaan.

Walhal banyak amalan Melayu yang lagi tak seharusnya di laksanakan seperti bersanding dsbnya.

Wallahualam.

Monday, July 20, 2009

BANYAK SPEKULASI ??

Dipetik dari MSTAR ONLINE

Isnin Julai 20, 2009
SPRM: Henti tuding jari, tunggu hasil siasatan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta semua pihak berhenti menuding jari kepada agensi itu sebagai punca kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, kerana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata sejak insiden itu dilaporkan, banyak pihak telah mengeluarkan pelbagai kenyataan dan komen hingga menimbulkan spekulasi dan mengganggu siasatan yang dijalankan.

"Biarlah polis siasat dan selesaikan dahulu kes ini. Janganlah keruhkan keadaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, pada 1.30 tengah hari Khamis lepas.

Bila ini berlaku saya teringat siri US police videos yang kadang kala di tayang di AXN atau di Star World.

Antara yang saya ingat lagi adalah isu seorang polis di dakwa mencabul (meraba?) pesalah semasa pesalah tersebut di tahan di tepi jalan disyaki memandu dalam keadaan mabuk. Video yang di pasang di kereta peronda (cannot be tempered) telah menyelamatkan polis tersebut.

Ini harus di laksanakan untuk menyelamatkan kedua-dua belah pihak. Kita tidak harus ketinggalan tetapi cuba menggunakan teknologi di tempat yang tidak perlu.

Cerita Dolu Dolu