Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, July 23, 2009

Penyokong Umno berhimpun bantah pihak ganggu siasatan polis dan SPRM



KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 penyokong Umno bahagian Ampang, Pandan dan Gombak mengadakan perhimpunan berhampiran tempat letak kereta bersebelahan sebuah pusat membeli-belah di sini Rabu.

Perhimpunan bertujuan membantah tindakan beberapa pihak yang cuba mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis berhubung dakwaan rasuah terhadap beberapa anggota Exco kerajaan Selangor serta kes kematian setiausaha politik seorang anggota Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock.

Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata isu kematian Teoh tidak patut dipolitikkan.

"Saya nampak golongan tertentu cuba nak selewengkan isu ini seolah-olah mereka ingin melindungi perkara sebenar iaitu isu rasuah.

"Pemimpin mereka meminta supaya beberapa Exco negeri itu yang disiasat SPRM supaya jangan diambil tindakan sehingga siasatan kes kematian Teoh selesai sedangkan perkara ini adalah berbeza dan berlainan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau meminta SPRM meneruskan siasatan berhubung isu rasuah dan dalam masa yang sama siasatan kes kematian Teoh diteruskan oleh polis.

Ismail turut memberi amaran kepada pihak tidak bertanggungjawab supaya tidak menimbulkan isu perkauman berhubung kematian Teoh.

Perhimpunan yang bermula pada 4.30 petang itu disuraikan oleh polis kira-kira 20 minit kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan ketika ditemui pemberita berkata perhimpunan yang diadakan itu tidak mempunyai permit daripada polis dan pihaknya akan memanggil penganjur perhimpunan itu untuk siasatan. BERNAMA

ALAMAK !!! MAK AKU ADA !!!

No comments:

Cerita Dolu Dolu