Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, May 14, 2010

Wee Choo Keong Isytihar Keluar PKR

Wee Choo Keong Isytihar Keluar PKR

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR Wee Choo Keong isytihar keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

-BERNAMA

Malaysia legalises sports betting despite Islamic concerns

BERITA AFP - SATU DUNIA DAH TAHU!!! MALU WEH.

Malaysia legalises sports betting despite Islamic concerns
Mainly Muslim Malaysia has legalised sports betting, a move supporters claim will curb illegal gambling and boost government coffers.
Ascot Sports, a company controlled by influential tycoon Vincent Tan, has been granted a licence that will allow it to offer odds in time for the hugely popular English Premier League season.
"Ascot Sports has been re-issued the sports betting licence by the Ministry of Finance which was first issued in 1987," gaming group Berjaya -- of which Tan is a major shareholder -- said in a statement late Wednesday.
Berjaya, a conglomerate with holdings ranging from lottery to casino operations, will acquire a 70 percent stake in Ascot Sports by paying Tan 525 million ringgit (164 million dollars).
The 1987 permit was quickly rescinded and an attempt to revive it several years ago failed because of opposition to gambling, which is forbidden in Islam.
Berjaya said that legalising sports betting will curb illegal bookmaking and bring huge revenues to the government.
"By some estimates, the illegal sports betting market in Malaysia is thought to be as much as 20 billion ringgit per annum," it said.
"This represents a tremendous loss of tax revenue to the Government which Ascot Sports hopes to be able to mitigate."
The company will launch products based on internationally popular sporting events including football, basketball, motor racing, tennis and golf.
(Final Thomas Cup boleh start betting ka?)
"Ascot Sports will also offer telephone betting convenience and only adults above 21 years old and non-Muslims will be allowed to open a telephone betting account," Berjaya said.
Malaysia's conservative Islamic party is among the groups that have criticised plans to award the sports gambling licence, which they fear could promote betting and increase debt.
Its youth wing will hold a protest outside a mosque on Friday in the capital Kuala Lumpur after afternoon prayers.
"There will be a big demonstration. We oppose the government's decision to award the sports gambling licence. We want the government to cancel the licence," Kamarulzaman Mohamad, secretary of the Pan-Malaysia Islamic Party (PAS) youth wing, told AFP.
Hatta Ramli, PAS treasurer said: "It is a social and religious sin to gamble. We cannot accept it. It will break up families and attract the young into this vice activity."
N. Marimuthu, president of the Federation of Malaysian Consumers Association, said the government should seek other ways to raise revenue.
"There are better ways to generate income for the nation. I do not believe we have to resort to legalising sports gambling," he said.
Government officials have said they plan to channel the revenue generated from legalising betting into sports development, but that the move will not eradicate match-fixing which has long blighted football in Asia.

GOOGLE MAP

Semalam pegi kat GOOGLE MAP dan tengok Japan. Rupanya kat Google Map Japan ada interactive map viewer. Sayangnya kat Malaysia tak ada. Singapore adalah. Maknanya belum ada gambar penuh jalan-jalan kat Malaysia ni lagi.
Semalam cuba-cuba dan pergi Universiti Saitama dan jugak University Agriculture and Technology, Tokyo tempat Mem belajar.
Ni gambar peta bird view Saitama University.

Ini pulak gambar interactive kat belah depan pagar masuk ke Saitama University


Suprisingly, aku dapatlah tengok apartment yang aku duduk dulu dan dapatlah "berjalan-jalan" pergi tengok SAKAWA JIDOUSHA - Used Car tempat aku bekerja part time dulu. Paling mengejutkan apabila pergi kejalan belakang, kawasan sawah padi dah di penuhi dengan rumah rumah. Apartmewnt yang dulu kat bawah ada Izakaya Shogun dah takde dan Supermarket MARUSHO tempat aku kerja dah terbiar. Tak pasti apa ada sebab kosong. Seven Eleven yang kecik dulu dah jadi Seven Eleven warehouse.

Wow!!! Harap aku ada rezeki untuk pergi melawat ke situ nanti.

Kenangan bersama Al Arqam


Al Arqam yang diasaskan oleh Abuya Ustaz Ashaari berpusat di Sungai Pencala. Aku pernah tinggal disitu selama 1 minggu kalau tak silap masa cuti sekolah tahun 1980. Apabila AL Arqam diharamkan aku no komen bila memikirkan bagaimana BTN memberi penerangan kepada pelajar-pelajar yang hendak keluar negara berkaitan dengan Kes Memali boleh faham sendiri lah.

Tahun 70an ke 80an Al Arqam di pandang serong kerana sifat keIslamannya. Zaman dimana masa itu ucapan salam bukanlah menjadi kebiasaan. Keujudan Al Arqam juga ujudlah HANTU KUM-KUM (ni untuk menakutkan sapa aku pun tak tahu - "kalau orang bagi salam jangan jawab - itu hantu kum-kum" itulah didikan yang telah diberikan kepada kanak-kanak zaman tersebut.
Juga pada masa tersebut jugalah ujudnya HANTU SETOKIN. Ini merujuk kepada muslimat pengikut Al Arqam yang memakai purdah. Hasil tarbiyah Al Arqam ramai golongan muslimat mula mendekati ajaran Islam dengan bertudung.

Bayangkan bagaimana sukarnya Islam hendak bertapak kukuh.

Pada zaman tersebut jugalah pengikut AL Arqam masuk kekampung orang asli dan tinggal di sana sambil mengamalkan cara hidup muslim dan akhirnya menarik ramai menganut ajaran Islam. Tiada masuk macam pegawai, suruh masuk Islam lepas mengucap, lepas tangan dan akhirannya ramai murtad kembali.

Mungkin ada segelintir yang nampak sebagai batu loncatan untuk jagi penguasa atau pemerintah samada dnegan niat baik atau tidak kita tidak tahu yang menjadi punca pengharaman Al Arqam tapi aku tak nampak Al Arqam sebagai pengajar ajaran sesat.

Wallahua'lam

Thursday, May 13, 2010

Innalillah - Al-Fatihah kepada Allahyarham

Bekas Pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh petang ini.

Walau apapun yang diperkatakan terhadap beliau, beliau mempolopori ekonomi Islam dengan penghasilan produk makanan halal pada tahun 80an.

Sumbangan bveliau sebenarnya banyak terhadap dunia Islam di Malaysia tapi apakan daya.

KES DI TUTUP - Kehilangan Rena Zalli

Berkaitan dengan kehilangan REENA ZALLI seperti yang telah saya maklumkan dalam entry saya disini, adlah dimaklumkan bahawa beliau telahpun ditemui.
Terima kasih atas mereka yang membantu dan memberi maklumat.

KES INI DI TUTUP

Judi Bola : Akhirnya Harussani bersuara...

Bersuara juga akhirnya dia..ingatkan dah bertukar menjadi Syaitan Yang Bisu..

Katanya meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak.
Sebenarnya bukan umpama menentang hukum Syarak, memang menentang hukum Syarak..

Dan kenyataannya ini juga menjelaskan kepada kita.. Najib telah melakukan sesuatu yang HARAM disisi Islam dan yang terlibat meluluskan lesen judi ini hukumnya syubahat. Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak.

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.“Saya dukacitalah, kerana kerajaan meluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya ini. Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya. Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam .“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.

Sumber

Pas bantah konsert 12 jam Pitbull

Berita di bawah dipetik dari SINAR HARIAN EDISI NASIONAL.

Pas bantah konsert 12 jam Pitbull

SHAH ALAM – Pas membantah keras permohonan artis R&B popular, Pitbull untuk mengadakan konsert 12 jam tanpa henti kerana akan melalaikan dan merosakkan moral generasi muda di negara ini.

Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa mendakwa konsert daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi yang dijadualkan pada 15 Mei ini telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert.

”Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi termasuk bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi,” katanya dalam kolumnya di sebuah portal berita.

Bukankah yang dibantah konsert dan juga Judi seperti disini?

Sahlah berita judi sukan telah kena GELAP

Menteri Pertahanan Paling Lama Tapi PM Yang Paling Singkat

Bayangkan dlam dua tahun lagi ada tajuk berita begini.
Sekadar perbandingan.

Menteri Kewangan Paling Lama Tapi PM Yang Paling Singkat

KOMENTAR mStar Oleh ROZAID A. RAHMAN

Ia tidak sepatutnya berakhir begini.

Gordon Brown berhasrat untuk menjadi perdana menteri sejak sekian lamanya.

Cita-cita untuk menjadi perdana menteri begitu kuat sehinggakan beliau sanggup menekan rakan karib yang juga bosnya, Tony Blair agar menyerahkan kerusi tersebut kepadanya belum pun sempat Blair menghabiskan penggal ketiganya sebagai perdana menteri dan pemimpin Parti Buruh.

Malangnya, selepas beliau berjaya memegang jawatan itu, Brown hanya sempat bertahan untuk tiga tahun sahaja - jauh lebih singkat daripada James Callaghan, pemimpin Parti Buruh yang terakhir untuk dilantik menjadi perdana menteri tanpa perlu melalui pilihan raya umum sepertimana Brown juga.

Ketika mula-mula muncul dalam hirarki politik Parti Buruh, Tidak ramai yang menyedari yang beliau menaruh cita-cita untuk menjadi perdana menteri.

Tetapi dari saat beliau terpilih sebagai ahli parlimen pada tahun 1983, hasratnya itu sangat jelas. Beliau mendaki tangga politiknya dengan begitu pantas sekali bermula sebagai anggota shadow cabinet di bawah pimpinan Neil Kinnock, bersama-sama rakan karibnya Tony Blair.

Demo aman bantah lulus judi, konsert esok

Dipetik dari HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR, 13 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengajak seluruh anggota Pakatan Rakyat, Barisan Nasional, NGO dan rakyat keseluruhannya, khususnya di sekitar Lembah Klang untuk menyertai satu demonstrasi aman di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, esok.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, demonstrasi aman selepas solat Jumaat itu diadakan bagi membantah sikap Kerajaan Malaysia yang enggan membatalkan kelulusan lesen judi Piala Dunia dan Konsert 12 jam Pitbull.

Katanya, walaupun pelbagai pihak telah menyuarakan bantahan, namun kerajaan berdegil untuk meluluskan dua agenda gejala sosial yang pastinya memberikan impak yang negatif kepada rakyat di negara ini.

Tegasnya, rakyat tidak boleh duduk diam dan memerhatikan pemimpin negara membuat keputusan yang jelas melanggar hukum Islam dan norma agama-agama lain.

“Kelulusan ini adalah satu penghinaan kepada nilai-nilai tatasusila rukun negara dan satu kebiadapan kepada perintah Allah SWT.

“Justeru itu, DPPWP mengajak semua pihak untuk hadir ke demonstrasi ini sebagai menunjukkan ketegasan rakyat menolak sikap buta tuli pemimpin negara,” ujarnya.

Beliau berharap semoga pemimpin negara mengambil sikap yang lebih serius terhadap pandangan rakya

Wednesday, May 12, 2010

PENTING - MAKLUMAT ORANG HILANG

DI HARAP DAPAT MEMBANTU


KEPADA SEMUA SAUDARA-MARA,RAKAN2...WALAU DIMANA JUA ANDA BERADA...SEANDAINYA TERLIHAT ATAU MENJUMPAI GADIS DIDALAM GAMBAR INI...TOLONG....TOLONG HUBUNGI SAYA SECEPAT MUNGKIN, INI KERANA MANGSA SETAKAT INI TELAH HILANG LEBIHKURANG 3 HARI...SEMOGA BELIAU SELAMAT KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGA ...AMIN.

SILA HUBUNGI AZRIN URID DI NO 017-2320641...TERIMA KASIH

YAYASAN LATIHAN INSAN ISTIMEWA

Baru sebentar tadi ada beberapa anak muda berketurunan Cina (bukan bangsa Cina sebab dah sah-sah bangsa Malaysia) datang mengutip derma bagi Yayasan Latihan Insan Istimewa.

Menariknya Yayasan ini terletak di Pasir Putih, Ipoh, Perak. No resit yang diberi adalah KL11904.

Tak kisahlah fasal resit tu cuma sampai datang jauh kutip derma tu ada tak sesapa boleh tolong check tempat ni dan maklumkan kepada Menteri Besar ke sesapa yang sepatutnya kalau memang memerlukan. Kesian lah pulak merayau jauh datang kutip derma idak gitu?.

Sekadar makluman.

PKR Ipoh Barat lumpuh

IPOH - Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat, Fauzi Muda, 51, semalam mengumumkan keluar parti dan mendakwa cabang berkenaan juga bakal dibubarkan apabila lebih dua pertiga ahli jawatankuasa (AJK) akan turut mengikut jejaknya.

“Saya sudah tiada masa depan lagi bersama PKR,” katanya pada sidang media mengumumkan keluar parti berkenaan berkuat kuasa serta merta.

Fauzi berkata, beliau melaksanakan tindakan drastik itu berikutan perjuangan PKR pada hari ini dilihat sudah jauh menyimpang daripada tujuan asal termasuk mengamalkan politik kebencian hingga mengakibatkan wujudnya puak-puak tertentu di dalam parti.

Menurutnya, beliau sendiri telah dikhianati oleh kepimpinan PKR Perak apabila menerima surat yang menggantung status perwakilannya ke Kongres Nasional Tahunan Parti yang dijadualkan berlangsung di Kelantan kelak.

“Saya tahu, penggantungan ini mungkin disebabkan saya pernah menegur kepimpinan parti dan saya rasa perkara sebegini jugalah yang berlaku kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Changkat Jering dan terbaru, Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri.

“Ketika Mohsin mengumumkan keluar parti di sebuah hotel terkemuka di sini, saya amat bersimpati dengan beliau (Mohsin) kerana saya faham dengan apa yang dilaluinya.

“Justeru, saya mengambil keputsan untuk keluar parti biarpun terasa amat berat melaksanakannya. Saya pasti, tindakan saya ini bakal mengakibatkan rasa geram, marah serta kecewa kerana selama ini saya begitu setia kepada perjuangan parti, malah saya adalah antara pengasas penubuhan parti ini di Perak,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bebas, Mohsin Fadzli Samsuri.

Ketika mengulas hubungannya dengan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fauzi berkata, beliau tetap menyanjung tinggi kredibiliti Anwar sebagai pemimpin, cuma beliau hanya kecewa dengan barisan kepimpinan PKR di Perak.

Sementara itu, Fauzi berkata, bahawa beliau tidak akan terlibat dengan mana-mana parti politik setelah meninggalkan PKR dan bakal menyertai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang sedang dalam proses penubuhan, Pertubuhan Kebajikan Dan Tindakan Suara Rakyat Negeri Perak.

“Saya juga bakal mengumumkan pembubaran semua Jawatankuasa PKR Bahagian Ipoh Barat dalam masa terdekat, selain akan turun bertemu rakyat bagi merangkan perkara sebenar kerana saya rasa rakyat perlu diberi penerangan sebenar siapakah PKR yang sebenar,” katanya.

BERJAYA akhirnya berjaya perolehi lesen judi bolasepak ?

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Seterusnya di sini
RAKYAT MARHAEN: 'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'..Tahniah Kepada Perdana Menteri 1APCO.

Kita nantikan pengesahan dan juga apakah ianya menjadi berita utama kumpulan akhbar terutamanya di Utusan Meloya dan Berita Hairan

Tukar Tiub: INI BUKAN AMARAN JENIS GENG SONGKOK TINGGI

Tukar Tiub: INI BUKAN AMARAN JENIS GENG SONGKOK TINGGI

MCA MINTA PEMIMPIN BN PULAUKAN PERHIMPUNAN 13 MAY - minsider

AMARAN DI BERI

The MCA today warned Barisan Nasional (BN) leaders against attending a May 13 rally in Kuala Terengganu, pointing out that it was nothing but a “dark reminder” of the past.

MCA president Dr Chua Soi Lek said the MCA was against such a gathering as “all Malaysians have learned from May 13 to be more multiracial.

Fwd: Rayuan dari YB Dr Siti Mariah - Sibu Sarawak.

KEPADA DERMAWAN-DERMAWAN PAKATAN RAKYAT BANTULAH SAHABAT-SAHABAT KITA DI SIBU UNTUK TERUS BERJUANG.HULURKANLAH SUMBANGAN ANDA.

Assalamualaikum wbth & Salam Perjuangan.

"Tolong masuk dalam Weblog dan Facebook saya, kami perlukan sumbangan kewangan dari Penyokong Pakatan Rakyat untuk kami buat program-program MESRA RAKYAT di lokaliti-lokaliti Melayu, juga untuk membiayai kos pengangkutan pengundi pada hari pilihanraya nanti (16 Mei 2010).

Nanti saya akan fowardkan No Akaun saya, tolonglah MERAYU.

Saya akan kemukakan jumlah yang di masukkah dalam akaun saya nanti untuk ketelusan ... Dr. Mariah"

NO AKAUN : MAYBANK : 5627 4005 1315 (SITI MARIAH BINTI MAHMUD)

Nota :YB Dr Mariah boleh dihubungi di talian 019-2361889

Mewakili beliau saya merayu semua pejuang dan penyokong PR untuk menyambut seruan ini dengan menyumbangkan wang anda untuk perjuangan ini.

Sekian untuk makluman.

Minta Sebarkan sebanyak mungkin pada yang lain. Kerjasama anda semua didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Nota : Lupa copy dari sapa ek?

Latest Development

Pagi tadi pi jumpa doktor. Secara umumnya doktor cakap protein level tu kira dah okay dah. Doktor masih susah hati fasal apa kena second stroke tu. Folic Acid mungkin elok rendahkan. BP pun tidaklah tinggi tapi patut kena turunkan lagi. Bulan depan pi jumpa doktor untuk decide sugar level.

Kesimpulannya, dinasihatkan berehat sebaik mungkin dan DILARANG pergi kerja (Bak kata guard kat opis tu masa melawat kat wad tempohari, Aku berbeza. Kalau kat opis memang nampak teruk macam ada benda tengek kat atas bahu, jalan pun berat semacam, membongkok jer - 背後霊? Kat luar ni memang aku lebih segar.

Bagaimanapun, kena banyak minum susu kalsium add macam Anelene tu sebab tulang pinggul kanan dah scratchy. Lately aku pakai tongkat bila jalan. Bukan tak boleh jalan kalau takde tongkat tapi untuk balancekan kiri dengan kanan yang dah wareoff. Lepas 3 kali urut ni okay lah jugak. Hujung minggu urut lagi.

Tuesday, May 11, 2010

Ketua Pemuda PKR Sibu Keluar Parti

Kan aku dah kata kat sini

SIBU: Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sibu, Jee Chang Peng, 42, semalam mengumumkan keluar parti. Katanya beliau bercadang untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional tetapi masih belum membuat keputusan untuk menyertai parti yang mana. Ketika ditanya Jee mendakwa beliau keluar dari parti itu disebabkan perbalahan dalaman dan keadaan parti yang kucar-kacir.

"PKR di sini kucar-kacir dan ramai ketua cawangan di sini yang berebut jawatan serta bergaduh setiap kali diadakan mesyuarat," katanya yang menyertai parti tersebut sejak awal penubuhannya. Bercakap kepada pemberita di sini, Jee mendakwa seramai 70 rakannya akan turut keluar PKR.


Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sibu, Jee Chang Peng melaungkan "1Malaysia" bersama-sama penyokong Barisan Nasional (BN) selepas sidang media pengumuman keluar parti bagi menyokong BN, di Sibu semalam. - Foto BERNAMA

Kredit berita dari MSTAR ONLINE

Modal ni dah tak lakulah. Buat malu jer. Terlampau ghairah jangan sampai jumlah ahli yang keluar lebih dari jumlah penduduk udah ler....

Monday, May 10, 2010

BEZA NORWAY DAN MALAYSIA?

NORWAY MENGHARAMKAN IKLAN ARAK SAMA SEKALI

Norway adalah negara sekular. Di dalam perlembagaan Norway, tiada peruntukan "Islam Agama Persekutuan" seperti dalam Perlembagaan Persekutuan. Norway pula hampir tiada orang Islam kerana bilangan orang Islam amat sedikit. Namun, soalnya sekarang mengapa negara Norway boleh mengadakan undang-undang arak yang JAUH lebih KETAT berbanding Malaysia di bawah pentadbiran UMNO?

Dan saya sengaja membawa contoh Norway kerana Norway adalah tergolong dalam negara maju dan berdaya saing. Malahan, daya saing Norway JAUH lebih tinggi dari Malaysia. Dan, Norway adalah negara yang jauh lebih kaya dari Malaysia. Norway juga antara negara dalam dunia pengeluar barangan teknologi tinggi. Misalnya, Norway mengeluarkan jenama barangan komunikasi "NERA". Malaysia sendiri mengimpot semua barangan telekomunikasi dari luar negeri.

ARTIKEL ASAL DARI BLOG TULANG BESI MALAYSIA WAVES

SILA BACA LANJUT DI SANA.

Ni yang aku ambik di tampal di sebuah kedai ternama (korang tengok sendiri je lah) dan cashier tu budak pompuan muda bertudung. Aku tak pi tanya dia ugama apalah kan...



Pembukak botol tu memang comel tapi kena beli 5 botol? baru boleh dapat. Ceh!!

Sila dedah nama pegawai seleweng

Berita di bawah dipetik dari MSTAR ONLINE. Yang musykilnya, Benda ni Manikavasagam dah maklumkan pada Khalid Ibrahim tapi takde action sebab tu dia buat press statement ke dia buat Press Statement dulu baru MB tahu? Kalu MB tahu dari press statement, apa motif Manikavasagam buat macam tu?
Dia nak lompat jugak ke? Sikap seperti bukan MP Pakatan langsung.... ke dia MP bebas?

Maklumat terbaru yang dapat di korek.
Manikavasagam mengulangi bahawa kata dua itu bukan bertujuan mengugut atau menjejaskan imej kerajaan negeri tetapi mahu membetulkan “rumah sendiri” dalam usaha membanteras rasuah di kalangan pemimpin dan pegawai Pakatan Rakyat.

“Saya cuma mengambil kata-kata Ketua Umum (Pakatan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mana-mana pegawai dan pemimpin parti yang amalkan rasuah, walaupun menerima tanah suku ekar, akan diambil tindakan.
“Jadi, saya pegang pada kata-kata Datuk Seri Anwar. Oleh itu saya berharap Menteri Besar akan mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai beliau,” kata beliau.
Manikavasagam juga berkata, kata dua itu bukan bayangan beliau akan keluar PKR dalam waktu terdekat. “Tidak, tidak... saya tidak akan keluar parti. Saya tidak berlawan dengan Menteri Besar. saya cuma mahu membersihkan rumah saya (parti dan kerajaan) terlebih dahulu,” katanya.

BAGUSLAH KALAU CAMTU.

KUALA SELANGOR – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam, meminta Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, supaya mendedahkan nama pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang didakwanya menyeleweng dan mengamalkan rasuah.

Beliau berkata, Manikavasagam perlu mendedahkan nama pegawai berkenaan dengan segera dan membuat laporan polis agar Kerajaan Negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, Manikavasagam tidak harus bimbang untuk menyampaikan maklumat mengenai sebarang bentuk penyelewengan yang disyaki supaya Kerajaan Negeri dapat menjalankan siasatan.

“Kalau betul berlaku ada orang yang berlaku rasuah, terus sahaja buat repot kepada polis. Kerajaan Negeri juga akan mengambil tindakan. Tetapi perlu dibuat penyelidikan dahulu, Kalau kita kata orang tu salah, mesti kena periksa terlebih dahulu,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Motivasi Murid Sekolah Tamil Daerah Kuala Selangor di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar semalam yang memetik Manikavasagam sebagai berkata bahawa pegawai atasan KSSB mengamalkan terlalu banyak rasuah dan perkara itu perlu dibersihkan segera oleh Abdul Khalid.

Manikavasagam juga memberi masa 72 jam bermula semalam kepada Khalid untuk mengambil tindakan segera terhadap pegawai yang dimaksudkannya itu sebelum beliau mendedahkan nama pegawai yang terlibat.

Sementara itu, Abdul Khalid menafikan dakwaan bahawa abangnya, Abdul Rahman Ibrahim mempunyai kepentingan dalam KSSB dan berkata ia sebuah syarikat yang dimilki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri melalui syarikat Menteri Besar Incorporated.

“Kena cari bukti terlebih dulu,sekiranya betul, tangkap saja sebab ini penting kerana Kumpulan Semesta keuntungannya akan diberikan juga kepada ketua kampung dan JKKK. Dia (Manikavasagam) perlu keluarkan bukti sepenuhnya dan jangan tunggu-tunggu,” katanya.

Sunday, May 09, 2010

Lesen Judi Piala Dunia Menyanggahi Fikiran Bertamadun

Dipetik dari - Minda Tajdid
Dr Mohd Asri Bekas Mufti Perlis.
Disiarkan pada May 09, 2010 dalam kategori Berita |

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa pihak Kerajaan Pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut;

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h:

“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud)

“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesankan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘taukeh’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

7. Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

* Tersiar dalam Malaysiakini pada 09 Mei 2010.

Cerita Dolu Dolu