Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, May 10, 2010

Sila dedah nama pegawai seleweng

Berita di bawah dipetik dari MSTAR ONLINE. Yang musykilnya, Benda ni Manikavasagam dah maklumkan pada Khalid Ibrahim tapi takde action sebab tu dia buat press statement ke dia buat Press Statement dulu baru MB tahu? Kalu MB tahu dari press statement, apa motif Manikavasagam buat macam tu?
Dia nak lompat jugak ke? Sikap seperti bukan MP Pakatan langsung.... ke dia MP bebas?

Maklumat terbaru yang dapat di korek.
Manikavasagam mengulangi bahawa kata dua itu bukan bertujuan mengugut atau menjejaskan imej kerajaan negeri tetapi mahu membetulkan “rumah sendiri” dalam usaha membanteras rasuah di kalangan pemimpin dan pegawai Pakatan Rakyat.

“Saya cuma mengambil kata-kata Ketua Umum (Pakatan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mana-mana pegawai dan pemimpin parti yang amalkan rasuah, walaupun menerima tanah suku ekar, akan diambil tindakan.
“Jadi, saya pegang pada kata-kata Datuk Seri Anwar. Oleh itu saya berharap Menteri Besar akan mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai beliau,” kata beliau.
Manikavasagam juga berkata, kata dua itu bukan bayangan beliau akan keluar PKR dalam waktu terdekat. “Tidak, tidak... saya tidak akan keluar parti. Saya tidak berlawan dengan Menteri Besar. saya cuma mahu membersihkan rumah saya (parti dan kerajaan) terlebih dahulu,” katanya.

BAGUSLAH KALAU CAMTU.

KUALA SELANGOR – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam, meminta Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, supaya mendedahkan nama pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang didakwanya menyeleweng dan mengamalkan rasuah.

Beliau berkata, Manikavasagam perlu mendedahkan nama pegawai berkenaan dengan segera dan membuat laporan polis agar Kerajaan Negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, Manikavasagam tidak harus bimbang untuk menyampaikan maklumat mengenai sebarang bentuk penyelewengan yang disyaki supaya Kerajaan Negeri dapat menjalankan siasatan.

“Kalau betul berlaku ada orang yang berlaku rasuah, terus sahaja buat repot kepada polis. Kerajaan Negeri juga akan mengambil tindakan. Tetapi perlu dibuat penyelidikan dahulu, Kalau kita kata orang tu salah, mesti kena periksa terlebih dahulu,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Motivasi Murid Sekolah Tamil Daerah Kuala Selangor di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar semalam yang memetik Manikavasagam sebagai berkata bahawa pegawai atasan KSSB mengamalkan terlalu banyak rasuah dan perkara itu perlu dibersihkan segera oleh Abdul Khalid.

Manikavasagam juga memberi masa 72 jam bermula semalam kepada Khalid untuk mengambil tindakan segera terhadap pegawai yang dimaksudkannya itu sebelum beliau mendedahkan nama pegawai yang terlibat.

Sementara itu, Abdul Khalid menafikan dakwaan bahawa abangnya, Abdul Rahman Ibrahim mempunyai kepentingan dalam KSSB dan berkata ia sebuah syarikat yang dimilki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri melalui syarikat Menteri Besar Incorporated.

“Kena cari bukti terlebih dulu,sekiranya betul, tangkap saja sebab ini penting kerana Kumpulan Semesta keuntungannya akan diberikan juga kepada ketua kampung dan JKKK. Dia (Manikavasagam) perlu keluarkan bukti sepenuhnya dan jangan tunggu-tunggu,” katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu