Bayangkan dlam dua tahun lagi ada tajuk berita begini.
Sekadar perbandingan.
Menteri Kewangan Paling Lama Tapi PM Yang Paling Singkat
KOMENTAR mStar Oleh ROZAID A. RAHMAN
Ia tidak sepatutnya berakhir begini.
Gordon Brown berhasrat untuk menjadi perdana menteri sejak sekian lamanya.
Cita-cita untuk menjadi perdana menteri begitu kuat sehinggakan beliau sanggup menekan rakan karib yang juga bosnya, Tony Blair agar menyerahkan kerusi tersebut kepadanya belum pun sempat Blair menghabiskan penggal ketiganya sebagai perdana menteri dan pemimpin Parti Buruh.
Malangnya, selepas beliau berjaya memegang jawatan itu, Brown hanya sempat bertahan untuk tiga tahun sahaja - jauh lebih singkat daripada James Callaghan, pemimpin Parti Buruh yang terakhir untuk dilantik menjadi perdana menteri tanpa perlu melalui pilihan raya umum sepertimana Brown juga.
Ketika mula-mula muncul dalam hirarki politik Parti Buruh, Tidak ramai yang menyedari yang beliau menaruh cita-cita untuk menjadi perdana menteri.
Tetapi dari saat beliau terpilih sebagai ahli parlimen pada tahun 1983, hasratnya itu sangat jelas. Beliau mendaki tangga politiknya dengan begitu pantas sekali bermula sebagai anggota shadow cabinet di bawah pimpinan Neil Kinnock, bersama-sama rakan karibnya Tony Blair.
Lelaki pandu kereta tidak sengaja langgar bekas teman wanita
14 minutes ago
No comments:
Post a Comment