Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Friday, May 14, 2010

Kenangan bersama Al Arqam


Al Arqam yang diasaskan oleh Abuya Ustaz Ashaari berpusat di Sungai Pencala. Aku pernah tinggal disitu selama 1 minggu kalau tak silap masa cuti sekolah tahun 1980. Apabila AL Arqam diharamkan aku no komen bila memikirkan bagaimana BTN memberi penerangan kepada pelajar-pelajar yang hendak keluar negara berkaitan dengan Kes Memali boleh faham sendiri lah.

Tahun 70an ke 80an Al Arqam di pandang serong kerana sifat keIslamannya. Zaman dimana masa itu ucapan salam bukanlah menjadi kebiasaan. Keujudan Al Arqam juga ujudlah HANTU KUM-KUM (ni untuk menakutkan sapa aku pun tak tahu - "kalau orang bagi salam jangan jawab - itu hantu kum-kum" itulah didikan yang telah diberikan kepada kanak-kanak zaman tersebut.
Juga pada masa tersebut jugalah ujudnya HANTU SETOKIN. Ini merujuk kepada muslimat pengikut Al Arqam yang memakai purdah. Hasil tarbiyah Al Arqam ramai golongan muslimat mula mendekati ajaran Islam dengan bertudung.

Bayangkan bagaimana sukarnya Islam hendak bertapak kukuh.

Pada zaman tersebut jugalah pengikut AL Arqam masuk kekampung orang asli dan tinggal di sana sambil mengamalkan cara hidup muslim dan akhirnya menarik ramai menganut ajaran Islam. Tiada masuk macam pegawai, suruh masuk Islam lepas mengucap, lepas tangan dan akhirannya ramai murtad kembali.

Mungkin ada segelintir yang nampak sebagai batu loncatan untuk jagi penguasa atau pemerintah samada dnegan niat baik atau tidak kita tidak tahu yang menjadi punca pengharaman Al Arqam tapi aku tak nampak Al Arqam sebagai pengajar ajaran sesat.

Wallahua'lam

No comments:

Cerita Dolu Dolu