Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 12, 2010

PKR Ipoh Barat lumpuh

IPOH - Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat, Fauzi Muda, 51, semalam mengumumkan keluar parti dan mendakwa cabang berkenaan juga bakal dibubarkan apabila lebih dua pertiga ahli jawatankuasa (AJK) akan turut mengikut jejaknya.

“Saya sudah tiada masa depan lagi bersama PKR,” katanya pada sidang media mengumumkan keluar parti berkenaan berkuat kuasa serta merta.

Fauzi berkata, beliau melaksanakan tindakan drastik itu berikutan perjuangan PKR pada hari ini dilihat sudah jauh menyimpang daripada tujuan asal termasuk mengamalkan politik kebencian hingga mengakibatkan wujudnya puak-puak tertentu di dalam parti.

Menurutnya, beliau sendiri telah dikhianati oleh kepimpinan PKR Perak apabila menerima surat yang menggantung status perwakilannya ke Kongres Nasional Tahunan Parti yang dijadualkan berlangsung di Kelantan kelak.

“Saya tahu, penggantungan ini mungkin disebabkan saya pernah menegur kepimpinan parti dan saya rasa perkara sebegini jugalah yang berlaku kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Changkat Jering dan terbaru, Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri.

“Ketika Mohsin mengumumkan keluar parti di sebuah hotel terkemuka di sini, saya amat bersimpati dengan beliau (Mohsin) kerana saya faham dengan apa yang dilaluinya.

“Justeru, saya mengambil keputsan untuk keluar parti biarpun terasa amat berat melaksanakannya. Saya pasti, tindakan saya ini bakal mengakibatkan rasa geram, marah serta kecewa kerana selama ini saya begitu setia kepada perjuangan parti, malah saya adalah antara pengasas penubuhan parti ini di Perak,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bebas, Mohsin Fadzli Samsuri.

Ketika mengulas hubungannya dengan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fauzi berkata, beliau tetap menyanjung tinggi kredibiliti Anwar sebagai pemimpin, cuma beliau hanya kecewa dengan barisan kepimpinan PKR di Perak.

Sementara itu, Fauzi berkata, bahawa beliau tidak akan terlibat dengan mana-mana parti politik setelah meninggalkan PKR dan bakal menyertai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang sedang dalam proses penubuhan, Pertubuhan Kebajikan Dan Tindakan Suara Rakyat Negeri Perak.

“Saya juga bakal mengumumkan pembubaran semua Jawatankuasa PKR Bahagian Ipoh Barat dalam masa terdekat, selain akan turun bertemu rakyat bagi merangkan perkara sebenar kerana saya rasa rakyat perlu diberi penerangan sebenar siapakah PKR yang sebenar,” katanya.

No comments:

Cerita Dolu Dolu