My Mr. BolaSejarah Mr. Bola ku ini amatlah lama. Ianya bermula apabila senior mengajak aku dan rakan-rakan pi main bowling dengan special condition. Sapa yang main bawah 100 takleh main lagi. Dan yang paling tak bestnya itulah pertama kali aku pegang bola bowling. Dengan result 94 pin dah sahlah aku jadi penonton selepas itu.
Aku bukan jenis senang mengaku kalah jadi aku telah tanamkan azam untuk memperbaiki kelemahan aku itu. Dan bermulalah hidup aku ‘gila bowling’. Seminggu dua tiga kali pergi praktis sensorang. Bila dah mula okay, dan dah mula kenal pekerja kat bowling alley tu, aku disyorkan beli bola. Dan itulah Mr. Bola aku yang dibeli pada tahun 1987.
Keganasan aku untuk mempraktikkan dan meningkatkan kualiti permainan aku sudah semakin ketara. Seminggu aku pergi berlatih 2 ke 3 kali dengan setiap latihan aku bermain 10 game. Ada sehari tu entah macamana lepas buat adjustment pada lubang, aku telah dapat balingan yang amat secocok dengan aku ‘Backhand spin’. Aku tak tahu macamana aku boleh dapat padahal sebelum tu aku sibuk memperbetulkan spin throw aku.
Dalam berlatih untuk memantapkan lagi balingan baru aku, latihan aku semakin bertambah. Aku ingat satu hari tu, aku main 20 game siang dan sambung lagi 16 game pada waktu malam. Jari aku dah pecah dan berdarah dah masa itu. Berbaloi kerana purata balingan pun sudah meningkat kepada 180 pin.
Dalam masa tersebut adalah berbagai pertandingan aku sertai tapi yang paling aku frust masa pertandingan Christmas Event. Aku taklah main serius sangat kena pulak ada beberapa oldies dapat handicap. Aku target no 25 sebab hadiah paling best. Last-last aku dapat No 8. Itu pun selepas tolak HC walaupun gross aku patut meletakkan aku pada No. 2 dari 126 peserta.
Pertandingan yang paling menyeronokkan adalah apabila aku diminta menjadi wakil bagi pihak bowling alley tempat aku main untuk Pair Game bersama Pro Bowlers untuk rancangan TV. Tapi single throw untuk dapat hadiah tiket kapalterbang (sebab team aku menang, aku dapat chance tu) sebab pressure. Jatuh 9 pin aje.
Lepas balik ke Malaysia, Mr. Bola aku mula tidak aktif. Beg dan kasut tersadai di bawah tangga. Bila aku fikir nak mula balik, aku tengok kasut aku dah hilang. Rupanya adik aku buat kasut main bola. Semakin lembablah Mr. Bola aku. Kemudian adalah beberapa pertandingan bersama rakan-rakan sekolah dan sekerja. Aku terpaksa mengilap kembali Mr. Bola sambil cuba mengasah kembali karat tangan ku. ‘Backhand Throw’ aku dah hilang, jadi normal spinner aje. Tiba-tiba pada suatu hari aku dengan tak sengaja mendapat kembali balingan bertuah aku. Bermulalah episod menaik kembali balingan purata Mr. Bola ku.
Semenjak balik dari oversea aku sukar mendapat balingan purata 150 pin. Balingan maksima pun setakat 160 pin. Selepas balingan bertuah ku kembali, barulah senang sikit nak cecah 200 pin. Itupun tidak lah sehebat dulu yang main setiap minggu, cuma sekadar beberapa bulan sekali. Bola yang amat berjasa padaku setelah hampir 20 tahun bersama.... Sayang nak beli baru.
Bunuh rakan senegara, polis buru lelaki Indonesia
17 minutes ago