Para panelis WACANA ILMUAN
Pada tanggal 22 JAN 2013, bertempat di Dewan MBSA, Jalan Pinang, Seksyen 18 telah diadakan program bertajuk : WACANA ILMIAH, AMANAT HAJI HADI anjuran PAS Cawangan Seksyen 18 dan MPP Zon 6. Ahli panel terdiri dari Dr. Mohd Asri (Mantan Mufti Perlis), Dr Khairuddin Attakiri dan Dr Azahar Yaakob serta moderatornya adalah Dr. Supyan Husin. Program yang dijangka bermula pada 9:00pm bermula 9:30pm kerana waktu Isyak agak lewat. Setiap panelis diberi masa untuk menghuraikan dan berhujah memberi penerangan kepada hadirin
Hadirin memenuhi Dewan MBSA
Dr. Azahar Yaakob.
1. Memulakan bicara dengan membaca sepotong ayat dari surah Al-Ma'un ayat 4 yang bermaksud : Celaka besarlah bagi orang-orang yang Solat" Ini adalah contoh bagaimana jika petikan sesuatu ayat tidak ditafsirkan dengan sebenarnya atau petikan diambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. (tafsiran ayat ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam ayat berikutnya iaitu golongan mendustakan agama yakni mereka yang mengherdik anak yatim, tidak menolong fakir miskin, riak (ingin dipuji sesama manusia) dalam solatnya, serta enggan menolong dengan barang-barang yang berguna.
2. Begitu jugalah permasalahan Amanat Haji Hadi, ianya menimbulkan kekeliruan apabila ayat petikan tidak diambil sepenuhnya.
3. Adalah penting amanat ini dihujah menurut Al-Quran dan Hadith bukannya melalui pandangan UMNO ataupun pandangan PAS.
4. Punca perpecahan apabila umat Islam tidak mahu kembali kepada Quran dan Sunnah serta fahaman Islam, sebaliknya mencari penyelesaian menurut pandangan sekular atau pandangan Barat.
Dr. Mohd Asri.
1. Tuan guru Hadi Awang (TGHA) tidak pernah menamakan kenyataan beliau sebagai AMANAT.
2. Pengikut PAS yang menamakannya sebagai Amanat dan digantung di markas. Malangnya ianya tidak mendapat bantahan mana-mana pihak dalam PAS sendiri.
3. Huraian amanat tersebut adalah belum tentu seorang muslim itu akan kekal sebagai muslim sampai bila-bila. Ada tindakan yang boleh menjadikan dia kafir. Ianya bukannya ditetapkan oleh sesiapa tetapi kufr atau mrtad disisi Allah.
4. Kita adalah dilarang dari mengkafirkan seseorang individu tanpa alasan yang jelas. Rujuk hadith berkaitan takfir - menuduh seseorang itu kafir.
5. Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) berpendapat boleh mentakfirkan secara umum tetapi bukan secara individu. Contoh : dalam hukuman pencuri - WAJIB dipotong tangan pencuri tetapi bukan semua kes kecurian mesti dipotong tangan..
6. Penyataan TGHA adalah umum. Malangnya pihak kerajaan dan TV seperti RTM tidak memberi ruang kepada beliau untuk memberi penerangan, ini adalah satu ketidakadilan.
7. Dari segi realiti, memang ada orang PAS yang mengkafirkan orang UMNO tetapi bukan pandangan secara ijmak
8. Amanat ini pada tahun 80an dimana di tanah Arab banyak kumpualn Islamist seperti Ikhwanul Muslimin yang mentakfirkan sesuatu golongan.
9. Tetapi tidak dinafikan pada zaman 80an ke awal 90an, tindakan dan ucapan pemimpin UMNO menjurus kepadaz takfir yang disebutkan tadi
Kesimpulannya, fenomena takfr ini ujud dalam pengikut PAS malangnya tiada kenyataan jelas dari pimpinan yang menafikan atau menjelaskan kepada awam.
Dr. Khairuddin Attakiri (Berasal dar Seberang Takir)
Terdapat 6 perkara pokok dalam amanat tersebut.
1. Apa saja hukum haruslah dirujuk berpandukan kepada Al-Quran dan Hadith.
2. Ini bukantentangan antara PAS dan UMNO dari segi nama
- Alasan menolak peraturan Jahiliyah, apa saja dilakukan samada kita suka hendaklah kerana Allah dan benci kerana Allah
3. Kemungkaran BN yang disebut kerana beercanggah dengan Quran dan Hadith
4. Berhadapan dan berlawan adalah konsep jihad. Ianya dalah kenyataan motivasi untuk menentang kemungkaran. Kerana Hadith menyebut Jihad yang paling afdal adalah menyatakan kebenaran kepada pemerintah yang zalim, dan ianya dalah sebesar-besar jihad (Hadith At-Tarmizi)
5. Bergantung kepada Allah SWT dalam memperjuang menentang pemerintah yan gzalim kita adalh syahid (bukan syahid hakiki yang tidak perlu dikafankan) "Seorang lelaki yang bangun berdiri menegur pemimpin dan dia dibunuh, dia adalah syahid."
6. Kenyataan tak perlu masuk kristian, hindu , buddha untuk jadi kafir adalah kenyataan umum iaitu takfir bin nas - bukan menjatuhkan hukum.
Kesimpulan - ini adalah harga yang perlu dibayar oleh TGHA untuk menyatakan kebenaran walaupun tiada kata-kata dalam amanat tersebut TGHA menjatuhkan hukum takfir kepada aorang UMNO. Ianya tidak bercanggah dengan Al-Quran. Ianya adalah isu prinsip yang telah dijelaskan dalam Al-Quran sebagaimana Nabi Adam vs Iblis, Musa vs Firaun, Ibrahim vs Namrud.
RUMUSAN dan jawapan soalan penonton :
1. Tidak boleh mengkafirkan orang yang menyertai sesebuah pertubuhan atau organisasi
2. Tidak mungkin seorang yang berilmu seperti TGHA mengkafirkan individu dalam UMNO secara borong. Bahkan TGHA juga ada mengatakan jangan mengkafirkan mana-mana individu.
Perubahan pandangan PAS berbanding 80an - bergerak dalam kerangka Perlembagaan yang ada untuk memertabatkan Islam.
Melucukan apabila PAS telah berubah, ada pihak yang kata PAS telah lari dari landasan dan harus kembali kepada PAS yang asal tetapi dalam masa yang sama menghentam AMANAT HAJI HADI yang merupakan aliran PAS yang asal.
3. Isu Amanat Haji Hadi ini tiada niat untuk diselesaikan oleh pihak kerajaan. Ianya telah dijadikan sebagai momok yang akan keluar setiap 4 atau 5 tahun sekali. Ianya dibiarkan sebagai sentimen untuk mendapat political mileage.
4. Dasar perjuangan PAS tidak berubah tetapi strategi yang berubah. TGHA ada menulis kertas kerja bertajuk Batas-batas Iman dan Kufur yang menjelaskan berkaitan Amanat Haji Hadi ini.
5. Amanat ini sepatutnya dibincang secara telus iaitu antara TGHA dan Majlis Fatwa dari segi ilmiah dan menurut Quran dan Hadith.
6. Rumusan fatwa Negeri Melaka berkaitan amanat tersebut adalah amat tidak adil.
7. Gerakan Islam harus keluar dari kerangka amanat tersebut dan Ikhwanul Muslimin juga berpendapat sama dan mengambil contoh Raja Habshah, Najashi yang memeluk Islam secara sembunyi sedangkan kerajaannya memerintah secara kristian. Rasullullah tidak melarang atau menyuruh beliau merubah cara pemerintahan tersebut kerana mudharatnya lebih besar.
8. 80an semasa Amanat ini dibangkitkan merubah pemikiran umat Islam Malaysia dan menyucikan kekotoran aqidah yang mula parah dimana kata-kata hudud zalim dan seumpamanya turut diperkatakan di kedai-kedai kopi. Kesan dari itu kerajaan pada tahun 81 menerapkan Nilai-nilai Islam untuk mengendurkan gerakan Islam
Kesimpulan : Dalam zaman tanpa sempadan, adalah perlu untuk merubah kerangka pemikiran yang bersesuaian dengan zaman ini.
UMNO harus meletakkan noktah dari membangkitkan isu Amanat Haji Hadi ini.
GOMEN PLEASE LISTEN! bukan create issues.
RALAT : Isu KALIMAH ALLAH tidak dapat dihujahkan kerana kesuntukan masa.
Catatan mahaza : Yang baik dari Allah, yang buruk dari saya sendiri. Mungkin ada fakta penting yang saya terlepas pandang tetapi diharap dapat memberi sedikit pencerahan kepada yang hendak memahami apa sebenarnya Amanat Haji Hadi itu. Harap pihak penganjur akan memuat-turun video Wacan ini ke Youtube. Jika ada saya akan masukkan linknya disini. Wallahua'lam