Esok anak-anak aku bertambah umur mereka. Adli Aiman jadik 14 tahun dan Adli A Fayedh jadi 12 tahun. Oppss.... kena pergi pejabat pendaftaran buat IC nih.
Minggu ni agak kelangkalibut. Abang maid aku meninggal dunia - aku suspect stroke lah sebab dia jatuh kat bilik air, terus koma dan meninggal dunia semalam. Semalam dan malam ini kitorang buat tahlil arwah kat surau untuk allahyarham Marjuni Juli.
Semenjak duamenjak ni bila Subuh dah makin lewat, aku keluar rumah nak pegi kerja pun masih gelap. Paling di rasai - traffic jem yang teruk. Imagine keluar rumah pukul 07:10 sampai kat opis 07:30 ~ 07:35. Hari ni aku keluar sebelum 07:00 sampai opis 07:10. Ada gak bebudak yang sampai opis masuk surau solat subuh.... masih ada subuh lah.
Nampaknya akan berlanjutan hingga bulan Mac nanti situasi begini aku rasa kecuali masa cuti sekolah.
Bunuh rakan senegara, polis buru lelaki Indonesia
8 minutes ago