Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 29, 2010

Lebih Banyak Buku Tentang Islam Perlu Diterbitkan: Rosmah

Banyak buku tapi tak hayati buat apa? Hayati yang ada tu dulu..... Ooooo.... mungkin boleh tulis buku baru Keharusan Judi Dalam Islam kot?

KUALA LUMPUR: Lebih banyak buku tentang sejarah dan masyarakat Islam di Asia Tenggara perlu diterbitkan bagi mewujudkan kesedaran generasi akan datang tentang perkara itu, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini. LAGI

Beliau berkata walaupun buku tentang topik itu telah banyak diterbitkan dalam pelbagai bahasa, namun ia juga perlu diterbitkan di negara ini bagi meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang warisan tempatan dan menangkis gambaran salah tentang umat Islam yang sering dipaparkan oleh media Barat.

"Oleh itu, industri buku Malaysia perlu memberi penekanan terhadap usaha menulis dan menerbitkan hasil penemuan tentang warisan tempatan dan asal usul budaya," katanya ketika melancarkan tiga buku tulisan penulis Pakistan di Muzium Islam di sini.

Buku berkenaan, 'Straits Muslims: Diasporas of the Northern Passage of the Straits of Malacca', 'Life of the Prophet Muhammad S.A.W (May Peace Be Upon Him)' dan 'Philosophy of the Quran', adalah hasil karya Allahyarham Hafiz Ghulam Sarwar.

Rosmah berkata tulisan Sarwar tentang sejarah Islam merupakan sumbangan yang tidak ternilai harganya kepada budaya dan warisan Islam tempatan.

Dilahirkan pada 1873 di Lahore, Pakistan, Sarwar menghabiskan usia mudanya di Pulau Pinang sebelum menyertai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu dari 1900 hingga 1928.

Pengarang beberapa buku tentang Islam dan perbincangan antara agama ini meninggal dunia pada 1954. - BERNAMA

Malaysia tumpu wujudkan ekosistem halal

TAJUK BERITA AKU : Industri kecil-kecilan tak layak dapat sijil HALAL.

Bagus tu bagus, tapi cuba pi settlekan kes pakcik yang bisnes dia dah takde termasuk pendapatan ibu tunggal kat tempat MENTERI PERTANIAN? Sebab produk yang walaupun dihasilkan lebih 20 tahun dek kerana takde sijil halal dari JAKIM, PLUS tak benarkan jual lagi dah di R&R. Itu memang bukan salah PLUS.
Kalau sapa kata itu kes terpencil, masuk selipar dalam mulut dia aje. Aku ingat lagi sepuluh tahun lepas ada kot, rakan aku cuba buat bisnis frozen food (apa ke nama kuih tu aku dah lupa tapi sejenis kuih di Tganu). Pasaran yang dia cuba masuk adalah TESCO serta GIANT, TETAPI tidak dapat sebab takde sijil HALAL. Bila dia pi JAKIM? Soalan standard agaknya...... ada kilang? Industri kecil-kecilan apatah lagi kalau buat kat rumah, tak layak dapat sijil HALAL lah agaknya.

Malaysia tumpu wujudkan ekosistem halal

28/05/2010 3:05pm

ALOR SETAR 28 Mei — Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih menumpukan kepada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat ekosistem halal dan tidak hanya hab halal bagi produk makanan.

Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, Malaysia boleh dikatakan agak ketinggalan dalam pengeluaran produk makanan halal kepada beberapa negara terutama Thailand tetapi kerajaan tidak mahu fokus halal hanya kepada produk makanan sahaja tetapi juga produk lain.

Beliau berkata, berbanding negara lain yang produk halal mereka adalah makanan, Malaysia turut memiliki produk-produk kosmetik dan farmaseutikal yang halal selain proses pembuatan produk halal adalah mematuhi syariah.

"Selain produk dan pembuatan produk, kita juga pastikan proses seperti pembungkusan dan logistik mematuhi syariah. Produk-produk halal kita adalah 100 peratus halal dalam aspek logistik...dari kilang sampailah kepada pengguna.

"Produk (halal) kita mempunyai piawaian yang tinggi dan diterima baik di seluruh dunia. Kerana itu pasaran halal kita berkembang dengan pesat,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Industri Halal Peringkat Wilayah Utara di sini hari ini. - Bernama

Lesen judi sukan: Jais minta Khalid jangan serang

Dah dua minggu semenjak isu JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA ni kecoh tapi takde lah pulak dengar khutbah sebut. Kalau takut sebut direct pun, kenen-kenen sikit pun takpe lah. Aku check kat dalam website JAIS untuk lihat Khutbah - contoh hari ini fasal Nikah Kahwin..... Imam baca khutbah tadi pun sejibik macam dalam website tu jugak. Isu nasional - itu statement mengelak namanya. Kurang-kurang pun keluar statement - " JAIS harap PBT tidak mengeluarkan lesen premis untuk judi Boal Sepak nanti" Atleast dah lepas lah jugak.... ni? mana? Janganlah sebut judi itu haram - budak kecik pun greti sebut. Bukan isu serang tapi mintak jelaskan pendirian JAIS yang bukan pendirian umum.......

Datuk Khusrin Munawi meminta mana-mana pihak termasuk Ahli Parlimen Shah Alam jangan sesekali menyerang Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung isu lesen judi sukan.

“Isu lesen perjudian ini isu nasional, jadi mengapa hanya nak serang Jais sahaja?

Bacalah lagi di sini.

Friday, May 28, 2010

Cabang PKR halang kemasukan ahli baru untuk kekal berkuasa: Syed Husin

Ini semua hati dan perangai UMNO masih kuat. Aku tahu perasaan apabila jadik AJK dulu dulu..... Ketua cabang semua ini hendaklah didedahkan dan PASTIKAN mereka ini tiada yang dipilih menjadi calon pada PRU akan datang. Kalau takde langsung letak tunggul jadi calon.

Cabang PKR halang kemasukan ahli baru untuk kekal berkuasa: Syed Husin

KOTA BAHARU - Demi mengekalkan kuasa dalam parti, terdapat pemimpin peringkat Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup menyekat kemasukan ahli baru.

Perkara itu didedahkan Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali yang mahukan kepimpinan parti lebih komited kepada rakyat dan parti.

Beliau berkata, perbuatan menyekat kemasukan anggota baru di dalam parti sekali gus menyekat perkembangan parti.

"Di peringkat cabang kita mahukan pemimpin yang tidak menyekat kemasukan anggota-anggota baru serta menahan perkembangan parti semata-mata kerana hendak menjaga kedudukan masing-masing.

"Kita mahukan pemimpin yang boleh memberi pimpinan dari segi idea serta kerja dan mampu menyatupadukan parti," katanya ketika berucap merasmikan kongres Angkatan Muda dan Wanita parti di sini malam tadi.

Syed Husin berkata, bagi melahirkan pemimpin yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk rakyat dan parti, PKR perlu memberikan latihan dan kursus kepada anggotanya.

Justeru beliau menggesa Angkatan Muda dan Wanita parti segera merancang dan melaksanakan program latihan itu.

Pemandu Cadang Naik Harga Petrol 15 Sen, Diesel 10 Sen

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin terpaksa menaikkan harga petrol dan diesel masing-masing 15 sen serta 10 sen bagi setiap liter untuk mengurangkan subsidi bernilai RM200 bilion yang ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Perkara tersebut dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala ketika membentangkan cadangan rasionalisasi subsidi pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurutnya, perkara tersebut dikemukakan setelah Pemandu menjalankan kajian terhadap impak subsidi ke atas ekonomi global.

“Kita mencadangkan agar harga petrol (RON 95) dinaikkan sebanyak 15 sen daripada RM1.80 seliter kepada RM1.95 seliter antara Jun dan Disember tahun ini.

“Manakala, bagi diesel pula, harga yang telah disubsidi ialah RM1.70 dan kita mencadangkan supaya harganya dinaikkan sebanyak 10 sen kepada RM1.80 seliter,” katanya.

Tambahnya, langkah yang tidak popular itu terpaksa diambil oleh kerajaan bagi mengelakkan bajet defisit yang ditanggung oleh kerajaan pusat.

MAHAZA SAID : Kenapa tak cari punca defisit. Takkan kerana subsidi. Alasan tak munaserawak betul.

Pada ketika ini kerajaan telah memberikan subsidi sebayak 44 sen bagi RON 95. “Kerajaan telah menampung subsidi diesel sebanyak 40 sen bagi setiap liter yang dijual di setiap stesen minyak di seluruh negara.

“Bagi Gas Petroleum Cecair (LPG) yang berharga RM24.50, pula kita harap agar ia akan dinaikkan kepada RM27,” katanya.

MAHAZA SAID: Gas naik juga - sah ler kedai makan naikan rega jualan - kos penghantaran naik (rega minyak naik) Kos makanan naik sebab kos memasak (rega gas) naik - kena tukar dapur kayu lah kot?

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, harga petrol patut dinaikkan 10 sen seliter secara berperingkat dalam tempoh setiap enam bulan sementara bagi harga LPG pula ia wajar dinaikkan sebanyak 20 peratus setiap tahun.

“Kita mahu rakyat yang berpendapat rendah benar-benar menikmati pemberian subsidi yang diberikan ini.

MAHAZA SAID: KAH KAH KAH KAH - Kalau rakyat berpendapatan rendah naik basikal, apa kena dengan rega petrol naik? Kalau pakai dapur kayu apa kena dengan gas naik? kalau rega barang naik dia tak kira miskin kaya dah. Lain ler KORANG yang banyak elaun itu ini....

“Oleh itu, kerajaan sedang merangka mekanisme terbaik agar langkah pengurangan subsidi bahan bakar ini tidak membebankan orang ramai,” katanya.

MAHAZA SAID: Kah kah kah kah - statement standard : tak membebankan orang ramai. Kenaikan harga petrol apatah lagi diesel menyebabkan kenaikan harga barang keperluan disebabkan isu kos (walaupun transporter boleh dapat subsidi khusus untuk diesel (tak tahulah kalau kali ni takde langsung). Turunkan harga minyak, harga barang tak turun dah..... ingat lagi bila minyak naik RM2.70 seliter? Apa jadi?

Idris berkata, pada ketika ini adalah masa yang sesuai untuk kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel memandangkan harga minyak mentah dunia agak rendah sekitar AS$71.65 (RM235.70) setong.

Jelas beliau, nilai subsidi bahan bakar yang ditanggung oleh kerajaan ialah sebanyak 5.0 hingga 44 peratus daripada defisit fiskal Malaysia dan jumlah tersebut adalah satu beban yang besar kepada negara.

“Malaysia menggunakan lebih banyak bahan bakar berbanding negara-negara lain di rantau ini dan rakyat perlu sedar yang kita adalah antara negara bersubsidi paling besar di dunia.

Kenapa kita guna bahan bakar tertinggi> Betul ke?

“Kita juga perlu tahu perbezaan antara harga di pam dan pasaran sebenar telah disubsidikan,” katanya.

Beliau berkata harga minyak mentah yang pada dijangka terus meningkat kepada AS$75.37 (RM247.96) tahun ini.

Oleh itu beliau menegaskan bahawa subsidi bahan bakar yang dinikmati oleh rakyat perlu disemak semula agar ia dapat memberikan manfaat terutamanya kepada kumpulan berpendapatan sederhana dan tinggi.

"Malaysia akan menjadi pengimport bersih produk petroleum menjelang 2011 dan jumlah subsidi akan meningkat kepada kira-kira RM200 bilion dalam tempoh 20 tahun," katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa semua langkah pengurangan subsidi bahan bakar yang dicadangkan oleh Pemandu belum dimuktamad dan dipersetujui oleh jemaah menteri.

“Harus diingat ini hanyalah cadangan daripada Pemandu dan mereka yang telah kita pilih untuk melakukan penyelidikan selama enam minggu di dalam makmal rasionalisasi subsidi.

“Kabinet belum lagi membuat keputusan untuk terima atau menolak cadangan ini. Pemandu hanya memberi cadangan dan menerima maklum balas daripada orang ramai mengenainya,” katanya.

MAHAZA SAID : Yelah tu. Kabinet belum tentu terima yer....

Selain pengurangan subsidi bagi bahan bakar, Pemandu turut mencadangkan pengurangan subsidi dalam sektor pendidikan, perubatan, makanan, kadar tol serta beberapa sektor yang lain.

Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi itu berlangsung pada pukul 9 pagi hingga 2 petang tadi.

Program tersebut diadakan bagi mendapatkan cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

MAHAZA SAID : Disebabkan FOMCA bersetuju jadi sebagai mewakili pengguna, semua rakyat setuju lah akhirannya - Minoriti pver Majoriti.

KHARGHHH PETWUI!!!!

Thursday, May 27, 2010

Kekayaan 40 Individu Terkaya Malaysia Naik 42 Peratus Kepada RM168 Bilion

SUMBER :

Apakah tahun hadapan orang no 9) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun; AS$1.6 bilion ini akan naik jadi no SATU?

Paling sahih rakyat ramai yang makin merosot kot dari menaik......... macam dorang nih semua....

SINGAPURA: Harta semua 40 individu terkaya negara kini bernilai AS$51 bilion (RM168 bilion), meningkat daripada AS$36 bilion (RM118b) tahun lepas, dan lebih tinggi daripada rekod sebelum ini iaitu sebanyak AS$46b (RM151b) yang dicatatkan pada 2008.

Menurut Forbes Asia dalam Senarai Terkaya Malaysia 2010 yang diterbitkan hari ini, kekayaan bersama mereka telah meningkat 42 peratus, didorong oleh pertumbuhan ekonomi negara.

Peningkatan keseluruhan kekayaan juga sejajar dengan kenaikan 32 peratus di Indeks Kompposit Kuala Lumpur dan kenaikan 11 peratus Ringgit Malaysia berbanding dolar AS sepanjang 12 bulan ini, kata Forbes.

Tempat pertama senarai masih lagi Robert Kuok Hock Nien yang memegang kedudukan itu semenjak 2006 apabila Forbes Asia mula menyenaraikan 40 individu terkaya Malaysia.

Forbes berkata kekayaan Kuok meningkat kepada AS$12b (RM39b), peningkatan AS$3b (RM10b) sepanjang tahun lepas.

Ananda Krishnan pula kekal pada tempat kedua dengan AS$8.1b (RM27b), peningkatan AS$1.1b (RM3.6b) daripada tahun lepas.

Syarikatnya, Maxis Communications, pembekal perkhidmatan telefon mudah alih terbesar negara, disenarai awam tahun lepas dan mengumpul AS$3.4b (RM11b) dalam IPO terbesar negara.

Masih di tempat ketiga adalah Tan Sri Lee Shin Cheng dengan AS$4.6b (RM15b), lebih tinggi daripada AS$3.2b (RM10b) tahun lepas.

Jutawan berusia 71 tahun itu mengetuai IOI Group, salah satu penggendali utama penapisan minyak sawit. Syarikat itu dilaporkan melabur AS$300 juta (RM987j) untuk mengembang.

Forbes berkata bukan hanya tiga jutawan itu menyaksikan peningkatan pada kekayaan mereka, bahkan 27 orang lain dalam senarai itu juga mencatatkan pertumbuhan pada nilai bersih mereka, terutamanya jutawan teknologi Goh Peng Ooi, disenaraikan pada No. 16, yang mengalami peningkatan peratusan terbesar.

Kekayaannya meningkat kepada AS$425j (RM1,398j) daripada AS$112j (RM368j) sebelum ini, satu peningkatan sebanyak 280 peratus.

Forbes berkata tahun ini, nilai bersih minimum sebanyak US$110j (RM362j) diperlukan untuk layak memasuki senarai itu berbanding AS$90 (RM296j) tahun lepas.

Ia berkata bilangan jutawan juga telah meningkat dengan kini seramai 10 jutawan mempunyai nilai bersih sepuluh angka berbanding sembilan, tahun lepas.

Individu baharu yang memasuki senarai ini termasuk Datuk Shahril dan Shahriman Shamsuddin yang berkongsi tempat ke-23 dengan nilai bersih AS$270j (RM888j).

Kedua-dua mereka mempunyai kepentingan sama banyak dalam Sapura Group, yang diasaskan oleh ayah mereka.

Satu lagi wajah baharu ialah kontraktor Datuk A K Nathan, 54, yang disenaraikan pada tempat ke-24 dan bernilai AS$250 juta.

Syarikatnya, Eversendai, terlibat dalam banyak pembinaan di Timur Tengah termasuk Burj Khalifa di Dubai.

Forbes berkata tiga individu kembali tersenarai selepas terkeluar sebelum ini, iaitu Datuk Seri Nazir Razak, seorang ketua perkhidmatan kewangan di CIMB.

Beliau disenaraikan pada tempat ke-32 dengan nilai bersih US$145 juta.

Senarai 10 individu terkaya di Malaysia ialah: 1) Robert Kuok Hock Nien; AS$12 bilion 2) T. Ananda Krishnan; AS$$8.1 bilion 3) Tan Sri Lee Shin Cheng; AS$4.6 bilion 4) Puan Sri Lee Kim Hua; AS$3.9 bilion 5) Tan Sri Quek Leng Chan; AS$3.85 billion 6) Tan Sri Teh Hong Piow; AS$3.8 bilion 7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay; AS$2.5 bilion 8) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary; AS$1.7 bilion 9) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun; AS$1.6 bilion 10) Tan Sri Tiong Hiew King; AS$1.2 bilion

Senarai penuh individu terkaya Malaysia boleh didapati dalam terbitan Jun 2010 Forbes Asia yang telah mula dijual sekarang. - BERNAMA

KAJI SELIDIK FASAL SUBSIDI



Ni berkaitan dengan isu DISINI dan DISINI lah.

Malaysia Jimat RM103 bilion Jika Subsidi Dikurangkan

Nak buat camne, yang bercakap 'pakar' ekonomi. Kesimpulan mudah - rakyat susah takpe jangan negara muflis - tang tu betullah TAPI pembaziran yang punyalah banyak, berapa banyak boleh jimat???? Dah terantuk baru nak tengadah? Tu pun suruh orang lain yang tengadah. Ni nak sokong Be End lagi camni? Nak suruh semua cepat mampos adalah. Dorang? makin kaya; kita? makin kayap

Malaysia Jimat RM103 bilion Jika Subsidi Dikurangkan
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk mengurangkan subdidi kerajaan akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya langkah untuk mengurangkan subsidi tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut Malaysia akan muflis menjelang tahun 2020 kerana negara menanggung defisit sebanyak RM1,158 bilion.

Gol!, dan anda boleh jadi jutawan ! ! ! !

Gol!, dan anda boleh jadi jutawan - SUMBER
Oleh - Abd Jalil Ali

BOLD AKU YANG HILITE

Walaupun pasukan kita sejak sekian lama terus kempunan untuk menyertai sukan tersohor ini, sepak mula Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan bulan depan akan mencatat sejarah tersendiri buat negara.
Jika semua berjalan seperti yang dirancang, peminat bola di sini akan mendapat lebih dari sekadar keseronokan melihat jaguh-jaguh dunia beraksi menerusi TV. Kali ini tidak sahaja menonton, mereka juga boleh berjudi, secara ‘halal’.
Kerajaan telah bersetuju meluluskan lesen pertaruhan @ judi bola sepak kepada sebuah syarikat. Ertinya anda boleh membuat ramalan siapa yang akan menang pada setiap perlawanan, dan meletakkan pertaruhan tanpa had – mungkin RM juta-juta – atas ramalan anda itu.
Kalau nasib baik, anda boleh menjadi jutawan segera hanya menerusi satu perlawanan. Tentu seronok! Tetapi, patut baca juga berita tidak seronok mengenai judi bola sepak seperti yang disiarkan di akhbar dua hari dulu.

Berita itu menyebut perihal budak lelaki, anak seorang jutawan tempatan, yang mula bermain judi bola menerusi internet ketika berusia 16 tahun, akhirnya menanggung hutang RM8 juta pada usia 19 tahun. Ketagihan judi itu diwarisi dari ayahnya yang juga penjudi profesional. Perlu juga diingat seorang bekas Ketua Menteri yang menanggung hutang lebih RM7 juta kepada sebuah kelab judi di London.

Kita kecewa kerana selama ini gagal melahirkan pemain bola sepak profesional berkelas dunia, walaupun telah memiliki banyak stadium bertaraf antarabangsa. Apakah kita boleh berbangga sekiranya nanti berjaya mewujudkan penjudi-penjudi bola profesional? Tentu ini tidak termasuk dalam kategori ‘Malaysia Boleh! Tidaklah menghairankan sekiranya banyak suara-suara menentang – termasuk dengan mengadakan tunjuk perasaan – berhubung tindakan Kementerian Kewangan meluluskan lesen judi bola.

Ada yang menuduh parti-parti tertentu telah mempolitikkan isu ini, untuk meraih simpati. Di tempat kita akhir-akhir ini apa sahaja teguran, atau pujian, akan dianggapkan sebagai mempolitikkan isu. Pada hemat saya judi, tidak kira dalam apa bentuk pun, bukan soal politik. Baik yang dilesenkan mahu pun yang membiak tanpa lesen, judi patut ditentang oleh semua pihak. Lagi pun selain Islam yang memang mengharamkan pertaruhan @ judi, agama-agama lain pun tidak menyukai amalan ini. Tambahan pula kita sudah ada banyak judi. Sejak awal merdeka macam-macam bentuk judi telah dilesenkan. Untuk orang biasa yang tidak berduit ada judi 'ENE’atau empat nombor ekor.
Kedai judi jenis ini ada di mana-mana, lebih banyak dari kedai telekomunikasi atau kedai kopitiam. Bagi yang berduit, boleh berjudi di kasino atas bukit, atau berkasino dalam kapal. Tidak ada kajian, jadi tidaklah diketahui berapa ramai jutawan telah dilahirkan menerusi arena perjudian kita yang hebat ini. Tetapi apa yang jelas, seperti yang selalu disiarkan media, beribu-ribu telah menjadi papa kedana akibat judi. Ramai peminjam ceti haram @ ah long terdiri dari mereka yang berjudi. Ramai juga yang membunuh diri sebab kalah judi. Agaknya kita tidak ada kekuatan, jadi tidak sampai hati hendak menarik balik lesen-lesen judi yang ada sekarang. Al-maklumlah, judi turut menyumbang kepada perbendaharaan negara. Seperti yang diberitahu di Parlimen, pada tahun 2009 jumlah cukai perjudian dan duti pertaruhan yang diterima kerajaan daripada semua operator nombor ramalan (NFO) ialah RM1,199,574,646.73. Panjang angkanya, kalau diringkaskan menjadi RM1.2 bilion, lumayan juga! Tetapi kalau pun tidak sampai hati untuk memansuhkan lesen-lesen yang masih beroperasi sekarang, janganlah pula terlalu bermurah hati memberi lesen judi baru kepada mana-mana pihak. Memanglah kita masyarakat majmuk dan kena mengambil kira kehendak keturunan lain yang suka berjudi. Tetapi kena kira juga orang Melayu dan orang lain yang tidak suka judi. Konon dengan melesenkan judi bola sepak, kita dapat mengawal keadaan dan mengelakkan wujudnya judi haram. Apakah benar melesenkan dapat mengelakkan kegiatan judi haram? Hakikatnya tidak begitu. Walaupun ENE memang sejak sekian lama telah dilesenkan, masih ada beribu-ribu kegiatan ‘tikam ekor’ haram di seluruh negara. Judi haram terus membiak.
Menurut bekas Menteri Besar dan kini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, di negeri Selangor sahaja sekarang ada 4,000 pusat judi, termasuk ‘tikam ekor’. Itu bukti bahawa melesenkan judi tidak bermakna kita dapat menghalang membiaknya judi haram. Lebih-lebih lagi kita sentiasa tidak cukup kakitangan, dan tidak tegas dalam memerangi benda-benda haram. Kalau ada cukup kakitangan dan ketegasan, kita sepatutnya telah menangkap dan menghukum ramai orang-orang Islam atas kesalahan berjudi. Mungkin tidak cukup ruang untuk memenjarakan mereka. Perhatikan setiap kali (seminggu tiga kali) cabutan ENE, orang Islam berbaris di kedai ekor untuk membuat ‘pelaburan’. Tidak sedikit pun mereka berasa malu, seolah-olah mereka berbasis untuk membeli sup ekor.
Kalau ikut kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat, dan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam. Sekarang jelas ramai yang menentang kelulusan lesen judi bola. Harap-harap kerajaan mendengar suara ramai. Judi, sama seperti rasuah, mesti diperangi.

BERHATI-HATI APABILA MEMANDU

Aksi seks ketika memandu cetus bahaya

WASHINGTON - Tinjauan mendapati aktiviti seks turut termasuk dalam beberapa tindakan bahaya ketika memandu selain menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).
Hasil tinjauan mendapati 28 peratus responden dari enam negara mengaku menghantar SMS ketika memandu.
Seramai 72 peratus responden makan atau minum dengan kerap ketika memandu manakala 35 peratus lagi mengaku sedang bersiap atau menanggalkan pakaian.
(MAHAZA SAID : 35 % ni Geng Mr Bean)

Namun, fakta akhir tinjauan begitu mengejutkan apabila 29 peratus responden mendakwa sering bercium ketika memandu.
Lebih separuh daripadanya atau 15 peratus mengaku berasmara atau melakukan hubungan seksual lain semasa sedang memandu kenderaan.
(MAHAZA SAID : 15% ini bukan sahaja merbahaya kepada pemandu tersebut juga kepada pemandu lain yang ternampak mereka ini terutama bas dan lori yang lebih tinggi)

Mereka yang sering membetulkan gaya rambut atau mekap di muka pula membabitkan 23 peratus responden. Ni no komen :)

JAIS Diminta Nyatakan Pendirian Berhubung Isu Lesen Judi Bola

Apakah berita yang di petik dari SUMBER ini akan keluar di akhbar yang lain? Ni berita BERNAMA nih!

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta menyatakan pendiriannya berhubung keputusan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, JAIS harus mengutarakan pandangannya berhubung isu tersebut jika benar ia badan bebas.

"JAIS dan pengarahnya harus menyatakan pandangan mereka berhubung isu lesen judi bola ini untuk membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan kesetiaan politik," kata Khalid dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung sebelum ini berkata, Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak itu.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif di kalangan masyarakat. - BERNAMA

Wednesday, May 26, 2010

Hapuskan Subsidi Secara Sistematik

Bila baca kat bawah ni panas betul rasa hati nih. Tengok tang BOLD tuh! Sekali baca sifirnya mudah. Untuk mengelak pengilang dan warga asing mendapat keuntungan dari subsidi, seharusnyalah subsidi dihapuskan. Untuk mengelakkan warga Singapura dan Thailand beli dan seludup gasoline atau Diesel kita naikkan harga jualan di pasaran lebih tinggi dari Thailand atau Singapore. Subsidi yang dijimatkan boleh disalurkan ke projek yang lebih bermenafaat - WEH! Nak mintak projek pulak ke?

Ni pulak bagi cointoh gula - mintak maaf ya, aku sekeluarga sebulan 2 kilo pun tak habis tahu tak? Janganlah jadikan penggunaan gula = diabetes alasan untuk potong subsidi pulak.

Hapuskan Subsidi Secara Sistematik - FOMCA

PETALING JAYA: Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan menghapuskan pelbagai bentuk subsidi secara sistematik memandangkan ia "pembaziran" besar dan tidak memanfaat kumpulan sasaran.

Setiausaha agungnya, Muhammad Shaani Abdullah berkata, wang yang dijimatkan dari subsidi ini boleh disalurkan kepada projek lebih bermanfaat bagi faedah rakyat. Beliau menyentuh isu gula sebagai contoh.

"Subsidinya ialah RM3 sebulan berasaskan penggunaan purata tiga kilogram sebulan bagi setiap keluarga. Dengan enam juta keluarga dalam negara, ini menjadikan jumlah RM18 juta sebulan atau RM216 juta setahun, tetapi subsidi itu kini naik melambung ke RM1 bilion setahun.

"Selebihnya adalah pembaziran dalam erti ia disalurkan kepada pekilang besar dan warga asing.

"Pembaziran serupa dikesan pada produk makanan lain dan subsidi minyak," kata beliau.

Selain menghapuskan subsidi, katanya, kerajaan hendaklah juga menentukan dana pembangunan digunakan dengan betul dan berkesan.

Cuepacs, bagaimanapun, meminta kerajaan agar berhati-hati bila menghapus subsidi oleh kerana ini menjejas kakitangan awam berpendapatan rendah.

Setiausaha agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin berkata, kerajaan perlu menentukan golongan miskin tidak terbeban akibat harga yang tinggi, terutama bahan-bahan keperluan utama. - BERNAMA

Cari salah BN amalan pembangkang

Cari salah BN amalan pembangkang

KUALA TERENGGANU – Mencari kesalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah amalan biasa bagi pakatan pembangkang, demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail.

Mohd Zawawi berkata, semua perkara yang dilakukan kerajaan tidak disenangi Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) lalu bertindak mencetuskan pelbagai isu bagi meracuni pemikiran serta minda rakyat.

Beliau berkata, tindakan jahat itu dilakukan semata-mata untuk menanam rasa benci dalam hati rakyat terhadap kerajaan BN dan bagi menarik pengundi memilih mereka pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini perkara biasa bagi pembangkang, semua benda yang kita buat tidak kena pada mata mereka walaupun ia demi kepentingan rakyat. Ini tidak betul kerana mereka harus mengkritik secara sihat, bukan membuta tuli.

“Saya percaya, rakyat sendiri sudah faham dengan sikap pembangkang ini dan mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan taktik kotor seumpama ini,” katanya.

MAHAZA KATA :

Ya sheikh, kat Tganu PR = Pembangkang, kat Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan BN Pembangkang. Khir Toyo pun semedang memburukkan Kerajaan Negeri Selangor gak - ko settle kes judi tu dulu baru cerita.
Bukan semua bangkang totok tapi bangkang apabila ujud keraguan. Tu yang dok roboh kat Tganu tu kenapa? dah selesai? Tak siapa pertikai pembangunan tu tapi kenapa jadi camtu yang dipertikai. Aku doakan YB Zawawi Ismail ni menang bertanding PRU akan datang TAPI Pakatan Rakyat pegang Putrajaya dan negeri negeri lain termasuk Tganu. Masa tu kita tengok samada dia akan mengotakan katanya atau dia akan beranggapan dia bukan pembangkang?

Ichiro leads All-Star fan vote

Couple of years back, Ichiro grap the All-Star Game MVP award for his achievement for being the first ever player completed running homerun in All Star Game.

Ichiro leads All-Star fan vote

In Major League Baseball, Ichiro Suzuki of the Seattle Mariners leads early voting of the American League for the 81st All-Star Game.

On Monday Major League Baseball announced the results for the game between the American and National leagues. The game is scheduled for July 13th at the Angel Stadium in Anaheim, California.
Ichiro is leading the outfielders of the league, winning about 366,000 votes. If selected, it will be his 10th straight All-Star Game appearance.
Fellow Japanese batter Hideki Matsui of the Los Angeles Angels is in second place among the designated hitters in the American League, garnering, 298,000 votes.
Catcher Joe Mauer of the Minnesota Twins, with 640,000 votes, leads the players. Mauer is now the leading batter of the American League.
The final members of both leagues will be announced on July 4th.
2010/05/25 11:48(JST)
(JST: UTC+9hrs.)

INI LAH SARAPAN AKU.... HE HE HE



Sarapan aku hari hari. He he he.....

Berkaitan di sini

Tuesday, May 25, 2010

Jual AP Pengkhianat Negara - Tun M

NI MEH AKU NAK KABOR KEJAP, ESTIMA KER ALPHARD KER APASAL DARI MULA-MULA DULU ASEK DI JUAL DEK NAZA MOTOR? TOYOTA TAKDE AGENT (UMW TOYOTA TU HAPE?) KAT MALAYSIA DAN LANTIK NAZA MOTOR KE?
TU BELUM KIRA PUNYA SAKIT NAK DAPAT KAN AP UNTUK TOYOTA WISH (YANG MINTAK NI TOYOTA, NAK JUAL KERETA TOYOTA PUN SEKSA....)

KALAU NAK AUTA KAT ORANG LAIN BOLEH LER..... Aku dulu kerja part time kat kedai jual kereta jadi aku tau sangat ler kereta tu datang dari mana....

Jual AP Pengkhianat Negara - Tun M
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

Dr Mahathir Mohamad (kiri) melawat pusat servis Aiman Motor sebelum merasmikan Aiman Motor 4S Centre di sini, hari ini. Turut serta Che Azizuddin Che Ismail (kanan) dan Pengarah Urusan Suzuki Motor Automobil Sdn Bhd, Ibrahim Maidin (tengah). - Foto SAMUEL ONG
PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menggelar mereka yang menjual permit import (AP) sebagai pengkhianat negara.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, perbuatan menjual kemudahan yang dianugerahkan kerajaan itu dianggap perbuatan jahat yang tidak sepatutnya dilakukan.

"Orang Melayu diberi peluang memperoleh AP tetapi ada di kalangan mereka yang menjualnya.

"Sebenarnya orang Melayu boleh berjaya dalam pasaran automotif jika tidak menjual AP seperti yang dibuktikan Aiman Motor Sdn. Bhd. (Aiman Motor)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Suzuki 4S (jualan, servis, sistem dan alat ganti ) di sini hari ini.

Hadir sama termasuk Pengarah Aiman Motor, Che Azizuddin Che Ismail.

Pada majlis itu, Dr. Mahathir turut melancarkan laman web baru syarikat berkenaan yang lebih menarik dan memiliki ciri-ciri interaktif untuk kemudahan pelanggan mereka. Aiman Motor yang memulakan operasi pada tahun 2005 di Jalan Bangsar merupakan pengedar kenderaan jenama Jepun itu di negara ini.

Premis milik syarikat itu merupakan pusat jualan dan perkhidmatan Suzuki yang terbesar di negara ini. SETERUSNYA DI SINI

KAH KAH KAH KAH - AKU NAK GELAK GULING KE PON AKU TAK TAHU

NANTILAH ESOK-ESOK AKU KOMEN FASAL NI PULAK DALAM ENTRI YANG LAIN.

KAH KAH KAH KAH - TDM CERITA PASAL AP?

Remaja Rugi RM8 Juta Akibat Judi

Remaja Rugi RM8 Juta Akibat Judi
Oleh EDWARD R. HENRY Sumber

PELABUHAN KLANG: Seorang remaja lelaki yang terlibat dalam perjudian haram sejak umur 16 tahun dilaporkan mengalami kerugiaan terkumpul sebanyak RM8 juta.
Remaja tersebut yang kini berusia 19 tahun dikatakan mengikuti jejak bapanya yang juga seorang jutawan kaki judi dan akhirnya mengalami kerugian dalam pertaruhan bola sepak antarabangsa menerusi Internet.
Keberaniaannya bertaruh dalam jumlah yang besar telah membuatkannya dikenali sebagai 'Little Dragon'.
Semalam, pengerusi Barisan Nasional (BN) Klang, Datuk Teh Kim Poo berkata, pihaknya tidak berjaya memujuk remaja terbabit untuk tampil ke hadapan bagi mengaitkannya pesta perjudian melibatkan dirinya dan memberitahu punca utama remaja terbabit dalam kancah perjudian adalah disebabkan oleh pengaruh bapanya, seorang kaki judi tegar.
“Remaja ini membesar memerhatikan aktiviti perjudian bapanya dan ketika berusia 16 tahun, dia mula berjudi selepas ejen memberinya satu perakuan berjumlah RM100,000.
"Setiap kali dia dibebani hutang yang banyak, bapanya akan menjamin dia keluar. Dalam masa tiga tahun, sudah ada beberapa jaminan keluar dibuat,” katanya.

Teh menambah apabila jumlah kerugian terkumpul telah mencecah sebanyak RM8 juta, bapanya mula menyuruh anaknya berhenti berjudi.
Lelaki dalam lingkungan 50-an itu melarang anaknya dari berjudi dan memberhentikan anak lelakinya itu daripada meneruskan pelajaran di sebuah kolej. Dia kini bekerja dengan bapanya.
Menurut Kim Poo, remaja yang menjalani program ijazah Australia di sebuah kolej di Petaling Jaya itu dipercayai pernah menggunakan wang untuk membayar yuran pengajiannya bagi menyelesaikan hutang judi dan kad kredit yang digunakan.
Dia akan berbohong kepada bapanya dengan mengatakan perlu membayar yuran kolej bagi mendapatkan duit untuk dibayar kepada ejen perjudian.
Beliau berkata, rahsia remaja terbabit terbongkar apabila ada ejen perjudian yang menghantar Ah long untuk mengutip hutang dari bapanya.
“Kebiasaannya, ejen-ejen ini akan pergi ke ‘kolej mewah' dan mencari remaja kaya ini.” katanya.

Teh menambah, Kampung Baru Pandamaran di sini dipercayai telah menjadi tempat panas untuk kaki judi beroperasi dan berjudi serta menggunakan rumah kampung dikawasan itu yang dilengkapi kemudahan internet untuk aktiviti tidak bermoral itu.
Kelmarin, MCA Bahagian Klang dan Kapar telah melancarkan satu kempen “Anti Perjudian di Kafe Internet” kempen bagi mengumpul tandatangan di pasar Taman Eng Ann di sini.
Kempen itu mendapat perhatian apabila lebih 2,000 tandatangan daripada ibu bapa diperolehi dalam dua jam.


MAHAZA KATA : Bila ada JUDI 'HALAL' nanti takpelah kot....

Assistan Komisioner Moha-mad Mat Yusop menyeru orang awam untuk memaklumkan kepada pihak polis jika terdapat kafe internet yang menjalankan aktiviti perjudian melalui internet untuk tindakan pihak polis

'No, not just Muslims are against betting'

No, Vincent Tan. It is not only the Muslims who are unhappy - most non-Muslims are unhappy, too. We non-Muslims are with the Muslim groups asking the government to withdraw the betting licence.

Berikut di bawah adalah petikan dari MALAYSIAKINI komentar dari rakyat bukan Muslim yang juga membantah judi bola ini. Nak kena terjemahkan ke? "Kang bagi alasan mi no spik inglis" pulak kang

Dari MALAYSIAKINI
May 25, 10 8:10am
'No, Vincent Tan. It is not only the Muslims who are unhappy - most non-Muslims are unhappy, too. We non-Muslims are with the Muslim groups asking the government to withdraw the betting licence.'

Beetle:
All Malaysians, regardless of race and religion, must come together and condemn this issuance of sports betting licence to Vincent Tan for the sake of our society. Drugs and alcohol are already a major problem for our society. Gambling is as bad with empat ekor, slot machines clubs, horse racing, and casinos. They give false hope to the poor.

Instead of spending on their families, gamblers' money is spent on buying bets. Imagine if gambling was totally banned and the billions spent on gambling was thrown back into the economy. Then everyone gains instead of just benefiting a few cronies of the government.

Louis:
Vincent Tan was reported as asking why these Muslims groups are unhappy when the government has made it clear that Muslims are not allowed to bet.

No, Vincent Tan. It is not only the Muslims who are unhappy - most non-Muslims are unhappy, too. No sane non-Muslim will support your argument. We non-Muslims are with the Muslim groups asking the government to withdraw the betting licence.

Wira:
Pakatan Rakyat states can minimise this gambling ill by refusing to allow the issuance of trading licence by the municipal or local councils. This will force Vincent Tan's company to go online in Pakatan states.

Tan Che Wee:
This is serious issue, but betting is okay for non-Muslims. Even other issues are more important, such as drugs and Ah Longs, have not even solved. I agree that betting should be licenced, nothing wrong with that. It gains a lot of revenue.

Looi Hip Peu:
Perhaps some debunking of common myths are required:

1. 'Legalised gambling reduces illegal gaming and crime': Studies show that the opposite holds. Legalised gambling encourages people to gamble when they normally don't. It in fact gives impetus to the illegal gaming sector by promoting an expanded market;

2. 'Legalised gambling promotes the local economy': Again hogwash! Legalised gambling, especially when promoted amongst the local populace, is akin to economic cannibalism;

3. 'Legalised gambling is a significant source of revenue for the government': I really do not want to go into this... as perhaps most readers will be aware of the counter-arguments and spins on this issue.

Ja Min Ranjit:
There is no reason to license sports betting. Our youth should not be given the wrong impression. This government decision stinks. Look at the 4D betting operations. Gamblers now bet 4D on Kuda, Magnum and Toto.

Let these three companies operate and compete, but there should be only one result. Let these three companies rotate in organising the draw. Maybe Kuda on Wednesday, Magnum on Saturdays and Toto on Sundays. There should not be any more Tuesday special draws.

These draws are killing the hardcore punters, and it is not good for Malaysians. They're only filling up the government coffers.

StevenForMalaysia:
A level-headed PM should know what to do, or else the rakyat should exert pressure on him through demonstrations. We are not only against betting licence, but also against the issuance of the licence without bidding. Keep up the pressure PAS, you have - I'm sure - 100 percent of Christian Malaysians' support.

Cocomomo:
I do not think a petition to the rulers will help. The BN only fears losing power. This issue transcends religion and race and should be supported by all Malaysians. A super mammoth rally of all groups should send the message to those that seek to benefit from the greed of the gamblers.

Only the fear of losing at the polls, however much they cheat, is the only way to get the message to the corrupt.

DOC:
I bet the rulers will not intervene since Umno is spearheading this move to legalise sports gambling operations. I put my odds on 50 to 1 that the rulers will not intervene. I understand that the rulers are the defenders of the Muslim faith; but when faith and religion contradicts Umno's policies, then the rulers have to stay neutral.

Amaso:
PAS, go ahead, stop sports betting, which also means stopping interested parties from funding BN for the 13th general elections. We back your action.

Siasat dana masjid diseleweng

SUMBER = SINAR HARIAN

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Abdul Rahman Palil menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Exco yang menjaga portfolio hal ehwal Islam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali menyiasat penyelewengan dana masjid.

Menurutnya, penyelewengan dana tersebut berlaku di salah sebuah masjid di Klang dan dipercayai wang dikeluarkan secara boros tanpa mempunyai garis panduan yang ditetapkan.

“Duit jemaah dan simpanan masjid yang digunakan mencecah RM200,000 dalam masa tidak sampai setahun.

“Difahamkan nazir dan bendahari tiada sefahaman dan tiada sebarang mesyuarat dilakukan serta penyata akaun tidak diaudit.

“Semasa Selangor di bawah BN dahulu, nazir hanya boleh mengeluarkan wang RM500 dalam satu-satu masa atas kuasa dan sekiranya lebih, mesyuarat perlu diadakan,”katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Baguslah kalau macam tu - tapi kalau YBK pun pelik semacam, malas nak komen

Ujar ADUN Sementa itu lagi, penyelewengan tersebut yang antara lain merupakan isu yang perlu diberi perhatian bukannya soal judi bola yang sedang digembar-gemburkan.

MAHAZA KATA :
Aku setuju penyelewengan ini harus di siasat secepat mungkin. Tang bukannya soal judi bola - tang ni sama jer bodoh piang. Langsung dua isu yang berbeza dan sama beratnya - judi tu lagi berat sebab melibatkan rakyat kesemuannya. Kes penyelewengan tu terus aje lah buat report POLIS dan SPRM amik tindakan apasal nak suruh JAIS lah, HASSAN ALI lah... tang ni aku tak paham - penyelewangan bukankah jenayah? Report lah dibawah jenayah komersil.

Kalau aku - satu aje - orang biasa buat jahat dia ingat semua orang sama jahat dengan dia - semasa dia jadi exco agama dulu pernah ada penyelewangan tak? Takde langsung? Sebab takde sapa report atau tutup kes?


Sambil menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Pesuruhjaya Pas Selangor berhubung pendekatan musyawarah dalam menangani isu-isu agama di negeri ini adalah kenyataan retorik semata-mata.

“Kenyataan tersebut disifatkan sebagai cuba menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dan menipu rakyat.

“Kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) perlu menyelesaikan isu agama sedia ada bukannya mengeluarkan kenyataan politik untuk mengaburi mata rakyat,”katanya.

Jelasnya, isu-isu kecil seperti inilah yang perlu diselesaikan oleh kerajaan PR dan Pas sendiri.

“Beliau kena lihat pada diri kerajaan PR itu sendiri. Apa yang mereka dah buat untuk mencegah kemungkaran itu sendiri. Kewujudan ‘Fun fair’ di Selangor yang tumbuh bagaikan cendawan.

“Rumah urut semakin banyak dan isu ajaran sesat yang tidak diselesaikan secara sistematik serta keadaan masjid dan surau yang mengalami kepincangan.

MAHAZA said : Kepincangan tu macamana? Satu kes? Masjid dan Surau yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang tak pernah ada sebelum ni tak pulak di luahkan.

“Masalah asas seperti ini yang perlu diselesaikan. Kenapa pemimpin PAS tutup mulut? Adakah takut pada Ronnie Liu,”katanya.

Baru lepas balik singgah mana?

Aku baru je lepas balik singgah satu blog pro UMNO. Seperti biasa ada pelbagai isu yang di utarakan. Percaya tak percaya terpulang kepada kita semua. Antara isu seperti Cabaran Tarik Lesen Judi di Negeri Pakatan - hek eleh (double standard katanya) Isu lesen boleh tarik balik ke haper ker lantaklah.

Aku terus turun lagi ke bawah dan tengoklah link yang di sertakan:

Ada link P*rn Jepun lah, N*ude Free lah...... inikah dia yang nak bagi ulasan dan nasihat pada khalayak? Selamba kodoks namanya tu (kodok? katak?) ooo ... geng PERKASA agaknya

Dua Lelaki Mengaku Bersalah Minum Arak Di Pahang

Mari kita lihat apa akan berlaku kepada bebudak nih. Kena rotan ke tak....

Dua Lelaki Mengaku Bersalah Minum Arak Di Pahang

KUANTAN: Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini terhadap pertuduhan meminum minuman keras pada Februari lepas.

Mohd Saifulnizal Zulkifli, 29, dari Sungai Isap di sini yang merupakan seorang buruh, dan Mohamed Rezzal Mohamed Yussof, 24, dari Pasir Putih, Kelantan, yang menganggur, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus.

Mengikut fakta kes, Mohd Saifulnizal didakwa melakukan perbuatan terbabit di kelab malam Horoscope di Sri Dagangan, Jalan Tun Ismail di sini, pukul 1.05 pagi pada 7 Feb lepas.

Tertuduh ditahan dalam Ops Taubat yang dijalankan Jabatan Agama Islam Pahang kerana disyaki meminum minuman keras.

Mohamed Rezzal pula melakukan kesalahan yang sama pada pukul 5.30 petang di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di sini, 13 Feb lepas.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987) dan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara dan enam kali sebatan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka yang tidak diwakili peguam merayu supaya hukuman diringankan atas faktor kewangan kerana masing-masing tiada pendapatan tetap sebelum Abdul Rahman menetapkan 1 Julai ini sebagai tarikh jatuh hukum.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Syarie Farhana Md Yusop. - BERNAMA

Monday, May 24, 2010

JADUAL PROGRAM SURAU AL-HUSNA

Berikut adalah jadual program Surau Al Husna
Semoga mendapat menafaat kepada semua. Semua di jemput hadir.
Aktiviti Mingguan :

Rabu - Tafsir Al Quran - Ustaz Takiyuddin.
Khamis - Majlis Thalil dan bacaan Yasin.

Aktiviti Bulanan :

Isnin Minggu ke 2 - Sirah Nabi - Ustaz Mohiyiddin Hashim

Selasa Minggu ke 3 - Pengajian Tajwid : Ustaz Saiful Khan

Sabtu Minggu ke 3 - Tafsir Al-Quran - Ustaz Idris Abdullah

Ahad Minggu Akhir Bulan - Tafsir Hadith 40 - Ustaz Mustaffa Jusoh

Semua aktiviti di atas adalah selepas Solat Maghrib.

Ahad minggu akhir bulan - Aktiviti Kitar Semula Surau Al-Husna

Intipati Kuliah Maghrib oleh Ust Badrulamin

Secara ringkasnya intipati Kuliah Maghrib oleh Ustaz Badrulamin Baharom adalah :

1 - Musibah yang turun kepada manusia bukan kerana lupa diri akibat pangkat, darjat atau harta TETAPI kerana lupa ALLAH.

2 - Budaya kebendaan dan faktor ekonomi - contoh; kes perceraian tinggi pada tahun 1999; 2000 kerana kegawatan ekonomi.

3 - Pembuat dasar harus berubah - atau DI UBAH (Dah sah-sahlah pembuat dasar itu di PARLIMEN)

1 - Dasar Pelajaran - Kemana perginya kepentingan Pendidikan Agama Islam (tarak)

2 - Dasar Hiburan - contoh AF8 kenapa Shahir menang? pelajar UIA, bekas penyanyi nasyid.
Motif? Character Building supaya mengiakan budaya hiburan melampau tapi diterima oleh masyarakat terutama masyarakat Melayu /Islam.
Ustaz Badrulamin menceritakan kisah AF ARAB yang pemenang pertamanya budak Madinah - keluar fatwa budak tu murtad (tu kat Saudi ya, bukan kata budak AF semua murtad pulak.) Apakah ini juga perancangan APCO?
Contoh lain : Apa jadi dengan Akademi Nasyid? sekali ajer dah habis.

3 - Dasar Belia - kemana halatuju belia / remaja? Terbaru Belia 1Malaysia - berapa banyak
geran pulak? Kemana pergi rakan muda? Rakan Masjid apajadi? (Ni sambung kat Dataran upai tapi aku tak pegi)

Matlamat Selangor - seperti yang dah dibincangkan dengan Exco pelajaran - pelajar Islam masuk UNISEL wajib lulus pelajaran agama Islam - lulus bukan score. Contoh lulus - Al-Fatihah - jika boleh tulis dan terjemah - score; boleh baca - lulus. Tidak graduate jika tidak lulus.

Sampingan : Solat sebagai KPI di alam barzakh dan akhirat. Bagaimana kita? Surau Al-Husna dalam proses mendapatkan dana untuk membuat surau baru. Infakkanlah harta ke fiisabilillah ini.

Untung Saiful dalam kes Anwar; dia dapat soalan KPI in advance apabila Karpal tanya "Anda solat 5 waktu?"

Gambar belum dapat dari Raja Aziz lagi.

PAS Tidak Harap Lagi Bukan Islam PKR, DAP

Jika anda membaca tajuk analisa yang dipetik dari MSTAR ONLINE ini, apakah yang anda dapat simpulkan selain niat jahat memecahbelahkan Pakatan Rakyat? Tajuk seperti memberi makna apakah jika bukan PAS tidak perlu PAKATAN RAKYAT? Saya belum nampak komen dimana mana lagi


PAS Tidak Harap Lagi Bukan Islam PKR, DAP
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

HARI ini secara rasminya PAS melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dengan jumlah keahlian permulaan seramai 20,000 anggota di seluruh negara. Pelancarannya merupakan lembaran sejarah baru bagi parti Islam itu yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Banyak yang perlu dilakukan PAS untuk menjadikan DHPP itu satu kenyataan dan perjalanannya amat panjang. Sayap baru itu kini dipengerusikan oleh Hu Pang Chaw dan timbalannya, N. Balasubramaniam yang sebelum ini menerajui Kelab Penyokong Pas bagi kaum India.

Pang Chaw sebelum ini adalah Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan - yang bergerak secara bebas atas nama kumpulan penyokong.

DHPP akan bergerak sama seperti sayap sedia ada iaitu Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat. Sayap baru itu bakal memiliki anggota jawatankuasanya di peringkat pusat di samping akan digerakkan ke peringkat negeri selain menjadi wakil dewan dalam majlis-majlis rasmi parti.

Sejak beberapa siri pilihan raya umum lalu, komuniti bukan Islam atau bukan Melayu dilihat sebagai penentu kepada kemenangan mana-mana parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor dan Sibu baru-baru ini jelas menunjukkan kuasa pengundi bukan Islam atau bukan Melayu yang menjadi penentu kepada calon BN atau pembangkang.

Jika di Hulu Selangor, kaum India selain Cina menjadi 'sasaran' parti yang bertanding sementara di Sibu kaum Cina jelas menjadi penentu. Ini gara-gara perpecahan di kalangan pengundi Melayu/Islam kerana ada yang menyokong PAS atau Umno serta sedikit-sedikit calon Bebas, itupun jika calon itu seorang Melayu/Islam.

Berdasarkan pengamatan penganalisis politik, kaum Cina tidak bergantung hidup dengan parti (mungkin ini faktor mereka tidak terus menyokong MCA 100 peratus), amat berbeza dengan gaya politik orang Melayu. Tsunami politik kaum itu menjadi fokus kesemua parti ketika ini dan pastinya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. SETERUSNYA

Sunday, May 23, 2010

Kuliah Ugama oleh Ustaz Badrulamin Baharom

Tarikh : 23 May 2010
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Al-HUSNA Seksyen 20, Shah Alam.

SEMUA DI JEMPUT HADIR

TERIMA KASIH.

Program kuliah Maghrib ini diadakan sementara Ustaz Badrulamin solat sebelum menuju ke Dataran Tupai untuk Program Forum Perdana yang bertajuk - Remaja Berakhlak, Masyarakat Rukun.

Ringkasan intisari Kuliah Maghrib akan saya masukkan nanti/ Forum Perdana saya tak dapat pergi, tak larat dah. Karang tumbang sapa nak angkat? He he he

Semoga Adun Parit Raja pulih sediakala

How are the Johor vultures?

JOHOR BAHRU: Exco Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd Aziz Kaprawi, 51 dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam selepas mengadu sakit dada.

Serangan jantung itu dipercayai berlaku ketika Abd Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Raja menghadiri tinjauan mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Bazar JB semalam.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Ali Hassan, berkata Abd Aziz mengadu sakit badan dan dada semasa mereka berbual-bual selepas tinjauan mesra itu.
"Dia kata dia tak sedap badan. Saya tak sangka ia jadi macam tu," kata beliau.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Khairi Yakub ketika dihubungi hari ini tidak dapat mengulas lanjut mengenai kesihatan beliau.

Sumber - Bernama

ADUN Kerdau Kembali Kritikal

Marilah kita mendoakan agar kesihatan YB Datuk Zaharuddin kembali pulih.
Apabila dimaklumkan dia berkemungkinan mengalami strok - dalam tidur boleh aku bayangkan keadaannya. Dalam keadaan badan lemah, stroke kalau datang, tak dapat nak kawal dah. Itu pengalaman aku sebagai pesakit stroke.
Tentu ahli keluarganya rasa sedih kerana yang asyik bermain difikiran rakyat jelata melata - nak ada PRK lagi. dah ada yang nak lobi jadi calon, berkira-kira projek masyuk - harap masjid dan surau kawasan ADUM tersebut buat solat hajat dan bacaan yassin mendoakan kesihatan beliau kembali pulih - insyaallah.

ADUN Kerdau Kembali Kritikal SUMBER

KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei lepas kini kembali kritikal.

Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin, 63, tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh jururawat kira-kira pukul 6 pagi semalam.

"Saya dimaklumkan oleh salah seorang anaknya yang beliau tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh jururawat untuk diberi ubat pagi tadi. Saya difahamkan, kemungkinan beliau mengalami strok dan dia kini dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata, anggota keluarga Zaharuddin diminta datang ke hospital oleh doktor yang merawatnya kerana beliau berada dalam keadaan koma, dan doktor turut memaklumkan bahawa keadaan jantung serta paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah, dan beliau memerlukan perhatian serius.

Zaharuddin dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh pada 3 April lalu untuk menjalani pembedahan ulser usus setelah mengadu sakit di bahagian perut sebelum dirujuk ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya. - BERNAMA

Cerita Dolu Dolu