Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 25, 2010

Jual AP Pengkhianat Negara - Tun M

NI MEH AKU NAK KABOR KEJAP, ESTIMA KER ALPHARD KER APASAL DARI MULA-MULA DULU ASEK DI JUAL DEK NAZA MOTOR? TOYOTA TAKDE AGENT (UMW TOYOTA TU HAPE?) KAT MALAYSIA DAN LANTIK NAZA MOTOR KE?
TU BELUM KIRA PUNYA SAKIT NAK DAPAT KAN AP UNTUK TOYOTA WISH (YANG MINTAK NI TOYOTA, NAK JUAL KERETA TOYOTA PUN SEKSA....)

KALAU NAK AUTA KAT ORANG LAIN BOLEH LER..... Aku dulu kerja part time kat kedai jual kereta jadi aku tau sangat ler kereta tu datang dari mana....

Jual AP Pengkhianat Negara - Tun M
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

Dr Mahathir Mohamad (kiri) melawat pusat servis Aiman Motor sebelum merasmikan Aiman Motor 4S Centre di sini, hari ini. Turut serta Che Azizuddin Che Ismail (kanan) dan Pengarah Urusan Suzuki Motor Automobil Sdn Bhd, Ibrahim Maidin (tengah). - Foto SAMUEL ONG
PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menggelar mereka yang menjual permit import (AP) sebagai pengkhianat negara.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, perbuatan menjual kemudahan yang dianugerahkan kerajaan itu dianggap perbuatan jahat yang tidak sepatutnya dilakukan.

"Orang Melayu diberi peluang memperoleh AP tetapi ada di kalangan mereka yang menjualnya.

"Sebenarnya orang Melayu boleh berjaya dalam pasaran automotif jika tidak menjual AP seperti yang dibuktikan Aiman Motor Sdn. Bhd. (Aiman Motor)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Suzuki 4S (jualan, servis, sistem dan alat ganti ) di sini hari ini.

Hadir sama termasuk Pengarah Aiman Motor, Che Azizuddin Che Ismail.

Pada majlis itu, Dr. Mahathir turut melancarkan laman web baru syarikat berkenaan yang lebih menarik dan memiliki ciri-ciri interaktif untuk kemudahan pelanggan mereka. Aiman Motor yang memulakan operasi pada tahun 2005 di Jalan Bangsar merupakan pengedar kenderaan jenama Jepun itu di negara ini.

Premis milik syarikat itu merupakan pusat jualan dan perkhidmatan Suzuki yang terbesar di negara ini. SETERUSNYA DI SINI

KAH KAH KAH KAH - AKU NAK GELAK GULING KE PON AKU TAK TAHU

NANTILAH ESOK-ESOK AKU KOMEN FASAL NI PULAK DALAM ENTRI YANG LAIN.

KAH KAH KAH KAH - TDM CERITA PASAL AP?

No comments:

Cerita Dolu Dolu