Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 29, 2010

Malaysia tumpu wujudkan ekosistem halal

TAJUK BERITA AKU : Industri kecil-kecilan tak layak dapat sijil HALAL.

Bagus tu bagus, tapi cuba pi settlekan kes pakcik yang bisnes dia dah takde termasuk pendapatan ibu tunggal kat tempat MENTERI PERTANIAN? Sebab produk yang walaupun dihasilkan lebih 20 tahun dek kerana takde sijil halal dari JAKIM, PLUS tak benarkan jual lagi dah di R&R. Itu memang bukan salah PLUS.
Kalau sapa kata itu kes terpencil, masuk selipar dalam mulut dia aje. Aku ingat lagi sepuluh tahun lepas ada kot, rakan aku cuba buat bisnis frozen food (apa ke nama kuih tu aku dah lupa tapi sejenis kuih di Tganu). Pasaran yang dia cuba masuk adalah TESCO serta GIANT, TETAPI tidak dapat sebab takde sijil HALAL. Bila dia pi JAKIM? Soalan standard agaknya...... ada kilang? Industri kecil-kecilan apatah lagi kalau buat kat rumah, tak layak dapat sijil HALAL lah agaknya.

Malaysia tumpu wujudkan ekosistem halal

28/05/2010 3:05pm

ALOR SETAR 28 Mei — Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri lebih menumpukan kepada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat ekosistem halal dan tidak hanya hab halal bagi produk makanan.

Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, Malaysia boleh dikatakan agak ketinggalan dalam pengeluaran produk makanan halal kepada beberapa negara terutama Thailand tetapi kerajaan tidak mahu fokus halal hanya kepada produk makanan sahaja tetapi juga produk lain.

Beliau berkata, berbanding negara lain yang produk halal mereka adalah makanan, Malaysia turut memiliki produk-produk kosmetik dan farmaseutikal yang halal selain proses pembuatan produk halal adalah mematuhi syariah.

"Selain produk dan pembuatan produk, kita juga pastikan proses seperti pembungkusan dan logistik mematuhi syariah. Produk-produk halal kita adalah 100 peratus halal dalam aspek logistik...dari kilang sampailah kepada pengguna.

"Produk (halal) kita mempunyai piawaian yang tinggi dan diterima baik di seluruh dunia. Kerana itu pasaran halal kita berkembang dengan pesat,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Industri Halal Peringkat Wilayah Utara di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Cerita Dolu Dolu