Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Monday, May 24, 2010

PAS Tidak Harap Lagi Bukan Islam PKR, DAP

Jika anda membaca tajuk analisa yang dipetik dari MSTAR ONLINE ini, apakah yang anda dapat simpulkan selain niat jahat memecahbelahkan Pakatan Rakyat? Tajuk seperti memberi makna apakah jika bukan PAS tidak perlu PAKATAN RAKYAT? Saya belum nampak komen dimana mana lagi


PAS Tidak Harap Lagi Bukan Islam PKR, DAP
Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

HARI ini secara rasminya PAS melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dengan jumlah keahlian permulaan seramai 20,000 anggota di seluruh negara. Pelancarannya merupakan lembaran sejarah baru bagi parti Islam itu yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Banyak yang perlu dilakukan PAS untuk menjadikan DHPP itu satu kenyataan dan perjalanannya amat panjang. Sayap baru itu kini dipengerusikan oleh Hu Pang Chaw dan timbalannya, N. Balasubramaniam yang sebelum ini menerajui Kelab Penyokong Pas bagi kaum India.

Pang Chaw sebelum ini adalah Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan - yang bergerak secara bebas atas nama kumpulan penyokong.

DHPP akan bergerak sama seperti sayap sedia ada iaitu Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat. Sayap baru itu bakal memiliki anggota jawatankuasanya di peringkat pusat di samping akan digerakkan ke peringkat negeri selain menjadi wakil dewan dalam majlis-majlis rasmi parti.

Sejak beberapa siri pilihan raya umum lalu, komuniti bukan Islam atau bukan Melayu dilihat sebagai penentu kepada kemenangan mana-mana parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor dan Sibu baru-baru ini jelas menunjukkan kuasa pengundi bukan Islam atau bukan Melayu yang menjadi penentu kepada calon BN atau pembangkang.

Jika di Hulu Selangor, kaum India selain Cina menjadi 'sasaran' parti yang bertanding sementara di Sibu kaum Cina jelas menjadi penentu. Ini gara-gara perpecahan di kalangan pengundi Melayu/Islam kerana ada yang menyokong PAS atau Umno serta sedikit-sedikit calon Bebas, itupun jika calon itu seorang Melayu/Islam.

Berdasarkan pengamatan penganalisis politik, kaum Cina tidak bergantung hidup dengan parti (mungkin ini faktor mereka tidak terus menyokong MCA 100 peratus), amat berbeza dengan gaya politik orang Melayu. Tsunami politik kaum itu menjadi fokus kesemua parti ketika ini dan pastinya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. SETERUSNYA

No comments:

Cerita Dolu Dolu