Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, February 26, 2011

LEBIH KEJAM DARI ISRAEL TERHADAP PALESTIN.

Penduduk pertaruhkan nyawa



SEJUMLAH penunjuk perasaan mendengar khutbah Jumaat di Benghazi, Libya semalam.



BENGHAZI - Para penunjuk perasaan di ibu kota Libya, Tripoli mempertaruhkan nyawa mereka untuk menunaikan solat Jumaat semalam apabila mereka menjadi sasaran tembakan kumpulan yang setia kepada pemerintah, Muammar Gaddafi.
Pasukan keselamatan di Tripoli melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai yang meninggalkan beberapa masjid di sini selepas menunaikan solat Jumaat.
Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan bagi mengelakkan penunjuk perasaan berhimpun dengan tujuan mengadakan demonstrasi baru pada hari tersebut yang merupakan cuti umum di Libya.
Beberapa penduduk tempatan berkata, imam-imam di Tripoli dipaksa membaca khutbah yang disediakan oleh pihak berkuasa yang antara lain menggesa orang ramai tidak melakukan hasutan.
Bagi memastikan arahan tersebut dipatuhi, pasukan polis dan tentera dikerah berkawal di luar beberapa buah masjid sekitar Tripoli.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berhubung dengan pemimpin Britain, Perancis dan Itali bagi mencari kata sepakat mengenai tindakan segera yang perlu dilakukan bagi menangani kekejaman rejim Gaddafi.
Britain dan Perancis sebelum ini meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya menguatkuasakan sekatan di samping mendakwa anggota-anggota rejim Gaddafi di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Kira-kira lebih 1,000 orang maut dalam pertempuran melibatkan penunjuk perasaan dengan tentera upahan Gaddafi di Libya. - Agensi

Friday, February 25, 2011

Weta Auctions in support of The Red Cross Earthquake appeal

Berbelanja sambil menderma. Link ini saya dapat melalui FB Narnia. LODR, Narnia, Avatar dan Hobbit Film yang menjalankan pengambaran di NZ mengadakan jualan amal - auction untuk didermakan kepada Persatuan Palang Merah. Kepada yang berminat bolehlah lawati laman tersebut. Sambil menderma mungkin anda ada sesuatu yang menarik untuk dibeli sebagai kenangan.

IkutSukaAku - Isa:Lupuskan Kredit Kad Sebelum Anda Mati...!!!!

IkutSukaAku - Isa:Lupuskan Kredit Kad Sebelum Anda Mati...!!!!

BETUL KE RON95 TAK AKAN NAIK? SPEKULASI NIH.

Brent oil price soars close to $120 in London
The price of Brent crude oil has surged to its highest level in London in about two-and-half years over concerns that Libya's oil supply may decrease due to the current unrest in the country.

The price of Brent oil futures on Thursday rose at one point to nearly 120 dollars a barrel, the highest since August 2008.

Market sources say buy orders for oil increased following speculation that oil production was partly suspended in Libya and some of the country's ports were closed.

The sources also say oil markets are concerned that the political unrest may spread to other oil-producing countries.

Thursday, February 24, 2011 20:55 +0900 (JST)

Thursday, February 24, 2011

APABILA KEFAKIRAN MELANDA - ITS A DOG EAT DOG WORLD

Semua ini terjadi akibat keadaan ekonomi rakyat marhaen semakin teruk akibat kenaikan harga barang hingga hilang nilai kemanusiaan. Bayangkan beras yang sedikit menjadi rebutan. Inilah hasil didikan dari sekolah yang tidak menerapkan nilai-nilai murni dan juga contoh yang buruk ditunjukkan oleh pihak yang berwajib. jika semua mengambil sikap "Ah! Dorang amik rasuah takpe..." susahlah jawabnya. Simpati dan takziah kepada keluarga mangsa.


Nota : Jika saya ada di sana semas kejadian bagaimana agaknya? Naluri saya melalui pengalaman sebelum ini lebih kepada membantu mangsa - mungkin didikan semasa sekolah dan sebagai Pengakap Di Raja menjadikan saya sebegitu TETAPI mungkin juga saya terbawa-bawa dengan sikap ramai dan tanpa sedar turut mengutip beras yang bertaburan tersebut. Entahlah - beras tu beb, jadi darah daging. . . . . . tu yang tak paham tu

Sikap kejam pencuri beras


AHMAD ROZLIN yang dirawat di HRPB, Ipoh semalam menceritakan kekecewaannya dibiarkan selama sejam atas jalan oleh orang ramai.


IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.
Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.
Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.

ANWAR PEKENA NAJIB - DAH DEMAM KOT?

Kabinet Bayangan' Bukti Umno Akui PR Serius Tawan Putrajaya
23/02/2011   Share
 


PETALING JAYA 23 FEB: Cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mewujudkan satu kabinet bayangan merupakan bukti Umno perakui dan khuatir visi PR menawan Putrajaya akan menjadi kenyataan.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun beliau mengambil baik cadangan Najib tetapi ini juga menunjukkan Umno sememangnya serius dan mahu mengetahui barisan kabinet PR.
"Secara positif saya  melihat pertama kali pimpinan Umno, dulu hanya menolak saja kemungkinan PR mengambil alih Putrajaya, sekarang, pertama kalinya mereka akui ada kemungkinan PR akan ambil alih dan mereka nak tahu siapa barisan pimpinan kita dan menteri-menteri kita," kata beliau dalam satu  sidang media di ibupejabat PKR petang tadi.
Beliau menjelaskan, PR tidak akan menubuhkan kabinet bayangan kerana tugas tersebut telahpun dijalankan dengan amat baik dan lancar oleh Jawatankuasa Parlimen PR yanng telah lama ditubuhkan.
"Pilihan kita sekarang ialah membentuk jawatankuasa parlimen yang mengandungi tokoh-tokoh parlimen dan lain-lain bagi meneliti isu mengikut portfolio kerja dan juga institusi, dan ini telah berjalan, laporan telah dibuat dan beberapa aspek diketengahkan," jelas  beliau lagi.
Anwar seterusnya berkata, maklumbalas dan cadangan jawatankuasa inilah yang diteliti, digubal sehingga terbitnya Buku Jingga PR yang memperincikan program PR dalam 100 hari pertama selepas menawan Putrajaya.
Ditanya berkenaan kecekapan jawatankuasa ini, beliau menjawab Buku Jingga PR merukapan bukti kukuh kecekapan jawatankuasa ini kerana kesemua pelan dan saranan yang diterbitkan dalam Buku Jingga merupakan susunan program yang menyeluruh.
"Bagaimana kita mampu menerbitkan Buku Jingga? Ia merupakan satu pelan yang komprehensif digubal dengan maklumbalas daripada jawatankuasa tersebut, jadi kalau kata kerja mereka tak memuaskan tak benar," tegas beliau. 

Wednesday, February 23, 2011

SELEPAS ISNIN BERAPA BAKI? Aku bukan salah seorang KAH KAH KAH

Sebanyak 18 Juta Saman Kesalahan Lalu Lintas Belum Dijelaskan - Solah
PUTRAJAYA: Sebanyak 18 juta saman membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan sejak tahun 2000 hingga 2009, belum dijelaskan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan berkata semua saman itu dikeluarkan JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Daripada jumlah itu, PDRM mencatat jumlah saman tertunggak paling tinggi iaitu 15.6 juta, DBKL (1.8 juta saman) dan JPJ (608,070).
Sehubungan itu, Solah menasihati orang ramai supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk menyelesaikan saman tertunggak dan menikmati kelonggaran yang akan berakhir Isnin depan.
"Masalah tempat pembayaran tidak boleh timbul kerana saman polis dan JPJ boleh juga dibayar di lebih 600 pejabat pos di seluruh negara manakala. Jangan hanya tertumpu di ibu pejabat JPJ atau Ibu pejabat Polis Daerah untuk membayar saman," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.
Beliau turut memaklumkan sepanjang tempoh 11 hingga 17 Februari lepas, sejumlah 1,227 saman JPJ telah dijelaskan, PDRM sebanyak 113,447 dan DBKL (35).
Dalam perkembangan berkaitan, Solah berkata kadar baru kompaun bagi kesalahan lalu lintas yang berkuat kuasa pada 1 Mac depan, akan diseragamkan di ketiga-tiga agensi.
Beliau berkata kadar itu terpakai bagi kesalahan pada atau selepas 1 Mac, dan pesalah yang disaman JPJ serta PDRM akan disenarai hitam daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen.
"Di bawah Akta JPJ yang baru, senarai hitam ini hanya untuk JPJ dan polis. Buat masa ini, mekanisme ini belum ditetapkan untuk DBKL serta jabatan dan agensi penguatkuasaan lain," katanya yang tidak menolak kemungkinan pesalah trafik akan turut disenaraihitamkan jika saman jabatan dan agensi berkenaan tidak diselesaikan.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan kadar baru bagi empat kategori kesalahan dengan kompaun minimum RM40 dan maksimum RM300 bagi kelas kenderaan jenis motosikal 250cc dan ke bawah, serta kelas semua jenis kenderaan lain. - BERNAMA

DULU MBSA SELALU TARIK TU TAK IKUT AKTALAH YA?


Adakah kenyataan tersebut khusus untuk P.Pinang sahaja (warna merah dibawah)? Rasanya tidak. walaupun tak pernah kena tarik, apakah mereka yang pernah kena tarik kereta oleh MBSA dan dibawa ke Seksyen 17 dahulu saman MBSA kembali sebab mengambil tindakaan tidak menurut akta JPJ atau zon-zon tunda sepatutnya tidak ujud samada di Shah Alam mahupun di KL? Kalau MBSA kena saman balik - kerajaan negeri sekarang memang akan jadi mangsa la.....

Kerajaan negeri sambut baik pindaan akta pengangkutan jalan

February 22, 2011
GEORGE TOWN, 22 Feb — Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menyambut baik penguatkuasaan pindaan Akta Pengangkutan Jalan yang kini member kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengepit dan mengalihkan kenderaan yang menghalang lalu lintas.
Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Alam Sekitar negeri Chow Kon Yeow berkata, pindaan Seksyen 48(2) Akta Pengangkutan Jalan itu membolehkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengambil tindakan tegas terhadap pesalah trafik untuk menangani masalah kesesakan trafik di pusat bandar terutama di sini.
Chow dalam satu kenyataannya berkata, bagaimanapun satu kempen kesedaran mengenai pindaan undang-undang itu perlu dilakukan dahulu sebelum penguatkuasaan dilaksanakan.
Baru-baru ini, Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata, pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang telah diluluskan pada hujung tahun lepas telah dikuatkuasakan mulai 1 Febrauri ini.
Akta itu mengandungi 50 pindaan dan bidang baru dijangka dikuatkuasakan sepenuhnya hujung Mac nanti dan antaranya ialah memberi kuasa kepada Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis dan PBT untuk mengalih dan mengepit serta menahan kenderaan yang mengganggu lalu lintas.
 — Bernama

ISU PRK - SPR TERKANTOI DEK TIMB. PENGARAHNYA

Petikan : "Kita tak boleh buat perubahan lain kerana perkara ini termaktub dalam Perlembagaan. Selepas SPR mendapat notis kekosongan daripada Speaker, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Itu peraturannya," katanya.
Kenapa dalam kes PERAK (3 KERUSI), SEPUTIH dan PEL KLANG SPR tak ikut peraturan tersebut agaknya ya?
Tiada Lagi PRK Selepas 28 April Tapi...
Pegawai SPR membuat persiapan akhir sebelum melaksanakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor baru-baru ini.
PILIHAN Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum berakhirnya sesi sidang Dewan Rakyat dan DUN masing-masing pada satu-satu penggal. Bagi Parlimen tempoh akhir untuk mengadakan PRK adalah sebelum 28 April 2011. Selepas tarikh itu, sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan maka PRK tidak perlu diadakan.
Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa satu PRK perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen seperti mana yang termaktub dalam undang-undang.
"Tarikh akhir bagi PRK untuk kerusi Parlimen adalah pada 28 April ini kerana ia merupakan kali pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum ke-12," katanya kepada Mingguan mStar baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tempoh akhir bagi mengadakan PRK untuk DUN adalah berbeza kerana kali pertama DUN bersidang adalah berbeza mengikut negeri masing-masing.
"Sebagai contoh, Selangor pada 22 Mei kerana tarikh pertama sidang DUN sesi berkenaan adalah pada 22 Mei 2008. Pulau Pinang pula, pada 21 Julai. Selepas tarikh ini PRK tidak perlu diadakan melainkan ada keperluan khas untuk mengadakannya," katanya.
Wan Ahmad berkata, keperluan khas itu termasuk kepada kerusi Parlimen atau DUN yang menyebabkan kerajaan pusat atau negeri yang tidak mempunyai majoriti untuk memerintah negara atau negeri.
"Sebagai contoh jika negeri A berada dalam situasi 50-50 di mana tak ada parti yang mempunyai majoriti, maka Speaker boleh menulis kepada SPR supaya mengadakan PRK“Setakat ini, saya lihat Parlimen negara kita berada dalam keadaan selamat kerana kerajaan yang memerintah punya majoriti yang cukup. Cuma dibeberapa negeri kita akui ada kemungkinan perkara ini boleh berlaku," katanya.
Ditanya sama ada PRK boleh dielakkan dan digantikan dengan langkah alternatif lain, Wan Ahmad berkata: "Tidak ada. Kebanyakan kekosongan yang berlaku di luar jangka iaitu disebabkan oleh kematian, maka kekosongan itu perlu diisi dengan PRK. Melainkan kekosongan itu berlaku dalam tempoh tiga tahun mengikut sesi Parlimen atau DUN bersidang.
"Kita tak boleh buat perubahan lain kerana perkara ini termaktub dalam Perlembagaan. Selepas SPR mendapat notis kekosongan daripada Speaker, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Itu peraturannya," katanya.
Jelasnya, ada cadangan supaya parti yang menang menggantikan calon bagi menggelakkan PRK ia tidak boleh dilaksanakan kerana perkara itu tidak dibenarkan oleh undang-undang.
"Kalau kekosongan berlaku dalam tiga tempoh tahun PRK perlu diadakan. Namun sekiranyan kekosongan itu berlaku selepas tempoh tiga tahun maka PRK tidak perlu diadakan dan terpulang kepada parti untuk meletakkan wakil untuk menjaga kebajikan pengundi dan rakyat di kawasan tersebut," katanya. Tambahnya, perkara tersebut adalah hak parti yang menang dan SPR tidak mempunyai halangan mengenainya.
Ketika ditanya sama ada undang-undang boleh dipinda bagi menggelakkan PRK dijalankan, Wan Ahmad berkata SPR hanya sebuah badan yang melaksanakan dan memantau perjalanan pilihan raya.
"Hak untuk meminda undang-undang terpulang kepada kerajaan atau parti-parti politik. Sekiranya mereka mahukan pindaan perkara itu perlu di bawa ke Parlimen.
"Apabila sesuatu undang-undang itu diluluskan dan menjadi akta maka SPR akan melaksanakannya mengikut undang-undang tersebut. Setakat ini kita bertindak mengikut undang-undang sedia ada," katanya. Beliau turut mengesahkan bahawa SPR telah membelanjakan RM10.5 juta untuk mengadakan 14 PRK bermula dengan Permatang Pauh pada tahun 2008 hingga Tenang yang berlangsung Januari lalu.
Jumlah tersebut tidak termasuk kos perbelanjaan PRK Merlimau yang dianggarkan menelan belanja RM700,000 pada 6 Mac ini.
"Kos ini melibatkan beberapa faktor utama seperti demografi, jumlah pengundi, keluasan kawasan pilihan raya, logistik dan bentuk muka bumi.
"Setiap PRK melibatkan kos yang berbeza-beza. Bagi kawasan Parlimen sudah pasti jumlahnya lebih, sebagai contoh Parlimen Sibu kosnya hampir RM1.3 juta. Ini kerana bentuk muka bumi di kawasan tersebut memerlukan kita menggunakan helikopter untuk mengangkut peti undi dan peralatan logistik yang lain. Di DUN Galas, Manek Urai, Batu Sapi, Kuala Terengganu juga kosnya tinggi kerana ada kawasan mengundi terletak di kawasan yang sukar dihubungi melalui jalan darat," katanya.
Menurut beliau, SPR juga tidak mempunyai cadangan supaya setiap calon yang ingin bertanding perlu menyertakan sijil kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik.
"Kita tidak ada cadangan untuk mewajibkan perkara itu buat masa sekarang. Sebagai sebuah badan yang melakasanakan pilihan raya, SPR mengamalkan prinsip bebas dan adil.
"Selagi calon yang hendak bertanding tidak muflis dan tidak dikenakan hukuman penjara melebihi dua tahun, mereka layak bertanding. SPR tidak mahu melanggar prinsip demokrasi dan hak asasi dengan mengenakan syarat sedemikian," katanya. Beliau berkata, keputusan untuk memilih calon yang mempunyai tahap kesihatan yang baik boleh dibuat oleh parti yang bertanding.
"Parti punya hak untuk memilih calon yang mempunyai tahap kesihatan yang baik kerana keputusan memilih calon ditangan parti. Mereka patut memilih calon yang bukan sahaja boleh menang tapi calon yang sihat.
"Jika cadangan itu baik ia wajar diambil kira oleh parti-parti yang bertanding. SPR tidak boleh menghalang mana-mana individu untuk bertanding selagi ia tidak melanggar undang-undang," katanya.
Beliau turut mengakui kekerapan berlakunya PRK selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 menjadikan tahun 2008 hingga 2011 mencatatkan PRK yang banyak namun ia tidak dapat dielakkan kerana perkara itu termaktub dalam Perlembagaan.
"Namun 14 PRK tidak termasuk Merlimau dan Kerdau. Jumlah ini bukan yang terbanyak dalam sejarah PRK di Malaysia. Pada tahun 1990-1995, 17 PRK telah diadakan.
"Bagi saya PRK merupakan satu latihan yang bagus untuk petugas dan kakitangan SPR. Ia dapat melatih pegawai dan petugas kita untuk menghadapi PRU," katanya.
Katanya, sehingga kini hanya dua negeri tidak pernah mengadakan PRK iaitu di Perlis dan Wilayah Persekutuan.

KALAU SPR IKUT KATA SPEAKER MEMANG REKOD

Merlimau bakal menjadi PRK ke 16. Bayangkan kalau Seputih dan Pelabuhan Kelang diterima masuk dah jadi 18. Belum lagi kerusi-kerusi katak sebanyak 6 kerusi. Pergh jadi 24. Jadi kesimpulannya cadangan PRK dimansuhkan dan diberi tanggungjawab kepada parti yang menang menjaga kawasan tersebut patut difikirkan semula. Walaupun patut bagi kepada pihak yang kalah (jika lebih dari 2 penjuru yangkedua undi terbanyak) tapi mungkin kurang praktikal tapi apa salahnya? Kalau yang ini boleh diaplikasikan kepada katak sekali. Katak yang melompat keluar parti otomatik gugur dan parti yang kalah akan mengambil alih. Dengan itu dalam kes katak lompat mesra BN tak akan mendapat layanan istimewa dari BN lagi. Masalahnya karang ada lak yang jual kerusi - sekian-sekian juta dan terus menghilangkan diri.
Rekod 17 PRK Penggal PRU-8 Masih Kekal
PRK setiap penggal lazimnya memihak kepada parti pemerintah.
SEJAK Pilihan Raya Umum (PRU) pada 8 Mac 2008, negara tidak pernah sunyi dengan rentetan beberapa siri pilihan raya kecil (PRK).
Memasuki edisi ke-16 menerusi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, fenomena PRK dalam tempoh penggal ke-12 kali ini sangat mencuri perhatian bukan sahaja di kalangan ‘pemain’ arena politik tanah air, malah peminat dan pemerhati tempatan.
Namun catatan angka ‘16’ bukanlah rekod terbanyak siri PRK yang pernah dicatatkan di negara ini kerana ia belum mengatasi jumlah tertinggi iaitu sebanyak 17 PRK diadakan dalam penggal PRU ke-8 pada 1990.
Menurut data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 17 PRK berkenaan ialah di DUN Sipitang, Sabah; Sulabayan, Sabah (DUN); Bayu, Kedah (DUN); Jerlun, Kedah (Parlimen); Limbongan, Kelantan (DUN); Sungai Pinang, Kelantan (DUN); Seberang Prai, Pulau Pinang (DUN); Serkam, Melaka (DUN); Usukan, Sabah (DUN); Jerai, Kedah (Parlimen); Bukit Payung, Terengganu (DUN); Batu Kawah, Sarawak (DUN); Kampung Raja, Terengganu (DUN); Batu Talam, Pahang (DUN); Lundang, Kelantan (DUN); Sementa, Selangor (DUN) dan Shah Bandar Raya, Selangor (DUN).
Sungguhpun dua dekad lalu negara pernah berhadapan dengan 17 PRK dalam satu penggal pilihan raya, namun hakikatnya ia tidak memberikan dampak yang besar kepada landskap politik negara pada ketika itu.
Berbanding selepas PRU ke-12, kehadiran satu demi satu PRK cukup terkesan hinggakan ada yang sudah bosan malah tidak kurang juga yang mencadangkan supaya pindaan terhadap Perlembagaan dilakukan bagi menghalang lebih banyak PRK.
Bagi parti politik, PRK merupakan medan untuk menguji maruah serta mengukur sokongan semasa rakyat. Tetapi jika dilihat menerusi sisi yang berbeza, PRK mengundang perbelanjaan yang besar sama ada di pihak SPR mahupun parti politik.
Namun mengapa baru kini isu PRK begitu hangat diperkatakan? Mengapa baru sekarang isu bosan dibangkitkan sedangkan beberapa penggal PRU sebelum ini kita sudah berhadapan dengan situasi berkenaan?
Berdasarkan rekod, menerusi penggal PRU antara edisi ke-8 pada 1990 hingga yang ke-11 pada 2004, sebanyak 47 PRK diadakan.
Daripada jumlah itu 15 PRK diadakan sepanjang penggal ke-9 (1995), sembilan PRK dalam penggal ke-10 (1999) dan enam PRK menerusi penggal ke-11 (2004).
Jika dikaji dari segi situasi politik pada setiap edisi, ada beberapa faktor yang menyumbang kepada tahap kepekaan rakyat mengenai PRK.
Misalnya bagi edisi sebelum PRU ke-10 pada 1999. Walaupun begitu banyak PRK diadakan dalam tempoh berkenaan, namun ia bukanlah menjadi satu fenomena yang merisaukan atau merimaskan banyak pihak.
Dari satu sudut, kehadiran satu demi satu PRK ketika itu iaitu sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada September 1998 tidak begitu dirasai kerana gelombang kekuatan pembangkang tidak dirasai.
Begitu juga menerusi PRK dalam dua penggal PRU sebelum gelombang Mac 2008 berlaku.
Walaupun tiga parti pembangkang utama iaitu PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bergabung sebagai satu koalisi menjadi Barisan Alternatif (BA) pada PRU 1999, kehadiran mereka tidak memberi kesan kepada keadaan politik negara.
Justeru, kehadiran PRK pada setiap penggal juga tidak begitu menggemparkan kerana kebanyakan kemenangan akan berpihak kepada parti pemerintah.
Melainkan pada PRU 2008, secara kebetulan kekuatan pembangkang begitu meluap-luap hinggakan gabungan parti pembangkang berjaya menafikan penguasaan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen.
Secara kebetulan juga dalam penggal semasa kita berhadapan dengan 16 PRK - kurang satu untuk menyamai rekod yang berlaku pada penggal PRU ke-8.

Tuesday, February 22, 2011

IKHLAS CAKAP. TERIMA KASIH KEPADA SELANGOR DAN PENANG

Kerajaan Negeri Setuju Tampung Kos Pelajar Malaysia Pulang Ke Mesir
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) akan menanggung kos penghantaran pulang semua pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-111 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya pada Selasa.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengarahkan setiap negeri di bawah pimpinan BN supaya menggunakan dana negeri atau Baitulmal untuk menghantar pulang semua pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.
"Saya harap bahawa dana di peringkat negeri digunakan (untuk menanggung kos penghantaran pulang pelajar) supaya tidak ada lagi tohmahan dan menuduh mana-mana pihak bersalah dan sebagainya," katanya ketika berucap pada Majlis Silaturrahim bersama Pelajar-Pelajar Wilayah Persekutuan yang menuntut di Mesir di Masjid Wilayah Persekutuan pada Selasa.
Beliau berkata pada ketika ini adalah lebih penting jika semua pihak mengetepikan soal kepentingan politik sebaliknya menumpukan perhatian kepada soal menyelesaikan masalah penghantaran pulang para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.
"Masa ini bukan masa kita bercakap soal parti, tapi ini sepatutnya kita bincang soal anak-anak kita yang bukan ahli mana-mana parti tetapi mereka adalah pelajar yang perlu dibantu," katanya.
Jamil Khir turut mengesahkan bahawa semua Ketua Menteri dan Menteri Besar yang hadir pada mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menanggung kos penghantaran pulang semula pelajar terbabit dengan pergolakan yang berlaku di Mesir, Januari lalu.
"Di Wilayah Persekutuan kita juga mengambil tugas dan tanggungjawab yang sama di mana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menghantar kembali pelajar-pelajar ini ke Mesir beserta wang saku sebanyak RM500.
"Selaku Pengerusi (MAIWP) saya mengambil tanggungjawab dengan menggunakan dana Baitulmal untuk menghantar semua anak Wilayah Persekutuan ini seramai kira-kira 500 orang,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini, kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang juga telah bersetuju untuk menanggung kos penghantaran semula pelajar mereka di Mesir.
"Kalau ada mana-mana negeri yang tidak ada bantuan kewangan ini insya-Allah kerajaan Persekutuan akan membantu untuk mendapatkan sumbangan daripada Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau badan-badan korporat untuk menanggung kos tersebut,” katanya.
Beliau yang juga Menteri yang bertanggungjawab mengenai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jamil Khir berkata untuk mendapatkan maklumat mengenai penghantaran pulang secara percuma, para pelajar tersebut perlu menghubungi MAIWP atau melayari laman portal Jakim di www.islam.gov.my .
"Mereka boleh mendaftar nama dan butiran peribadi secara atas talian manakala bagi pelajar yang berasal daripada Wilayah Persekutuan mereka boleh hadir atau menelefon terus ke MAIWP untuk urusan tiket dan sebagainya,” katanya.
Mengenai tarikh kepulangan pelajar-pelajar ini ke Mesir, beliau berkata adalah bergantung kepada pemantaun yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
"Perkembangan universiti akan dibuka tidak sama dan ada yang dilanjutkan kerana mereka memgambil kira pelajar luar. KPT akan mencadangkan tarikh pergerakan awal untuk pelajar-pelajar ini pulang ke Mesir," katanya.
Ketika ditanya sekiranya situasi di bumi Mesir terus bergolak, apakah nasib para pelajar Malaysia yang menuntut di negara tersebut, Jamil Khir berkata perkara tersebut akan diteliti oleh Kementerian Pengajian Tinggi selepas berbincang dengan pihak yang berkenaan.
"Kita akan memikirkan supaya universiti tempatan untuk mengambil alih tempat pengajian pelajar-pelajar kita yang menuntut di Mesir. Perkara ini perlu dibincang secara terperinci sekiranya keadaan di Mesir menyebabkan mereka tidak boleh pulang ke sana," katanya.

JANGAN DIA HANTAR BORANG AHLI PKR SUDAH


'Sulu Sultan' resigns as Umno member
Mohd Akjan Ali Muhammad, who is at the centre of a controversy after being proclaimed Sultan of Sulu recently, today announced 
his resignation from Umno with immediate effect.

DOAKAN RAKYAT LIBYA - JAHANAM GADDAFI!!

Bukan sahaja kerajaan Libya menghantar pesawat pejuang untuk mengebom penunjuk perasaan yang merupakan orang awam yang mendapat bantahan dari KEDUTAAN LIBYA di MALAYSIA dan INDIA tetapi berita dibawah mengesahkan mereka juga membayar penembak-penembak tepat untuk menembak pendemo kerana askar Libya sendiri menyokong pendemo.

Man in Tripoli speaks to NHK
A Libyan man in Tripoli told NHK by telephone that demonstrators set fire to police stations in the city on Sunday.

He said black African men, who appeared to be mercenaries, fired at random and killed his friend.

The man said gas stations and supermarkets in Tripoli are closed and police have disappeared. He said that he cannot go outside because of the terrible security situation in the city.

Tuesday, February 22, 2011 01:10 +0900 (JST)
2 Libyan air force jets land in Malta
Two Libyan air force pilots fled and landed their Mirage fighter jets on the nearby island of Malta on Monday, apparently after being told to bomb protesters.

According to Reuters, the pilots told Maltese authorities that they decided to fly to Malta after they were ordered to attack civilians in Benghazi, the 2nd largest city in Libya.

The authorities say the pilots are seeking asylum in Malta.
Tuesday, February 22, 2011 12:47 +0900 (JST)

DORANG PATUT TUKAR WAHID DARI DULU LAGI. ha ha ha

Zizan (Raja Lawak) & Dira Pengacara Baru Melodi
Zizan Raja Lawak.
PETALING JAYA: Desas-desus mengatakan pengacara Fara Fauzana dan Wahid (Senario) akan meninggalkan Melodi rupanya benar apabila pihak TV3 mengesahkan Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar akan menggantikan kedua-dua pengacara itu berkuatkuasa April ini.
TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Selasa memberitahu, selari dengan tempoh tamat kontrak Wahid dan Fara Fauzana pada penghujung Mac ini, pihak TV3 dengan sukacita memperkenalkan gandingan Zizan dan Dira selaku pengacara ataupun pemangkin baru Melodi.
Sebelum dikenali sebagai pelakon, Dira telah pernah menjadi pengacara untuk program Beat TV, Pulus Mania dan Jom Ronda.
Dira Abu Zahar.
Dia juga pernah menjadi penyampai radio Xfress FM pada tahun 2007 manakala Zizan merupakan pengacara program Gelanggang Raja Lawak di Astro Prima (saluran 105).
Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, pihak TV3 tidak menafikan keserasian dan kehebatan Wahid dan Fara selama hampir enam tahun memikul tanggungjawab sebagai pengacara Melodi.
Namun, selepas perbincangan dalaman dan berdasarkan sesi pemilihan calon pengantara yang telah dilakukan beberapa bulan sebelum ini, pertukaran pengacara Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan.
“Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Dira kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan stail tersendiri dalam meredakan suasana setelah paparan panas dan sensasi dihidangkan.
“Kami juga percaya setiap pengacara dianugerahkan dengan bakat yang berbeza dan mempunyai kelompok peminatnya tersendiri.
“Bukan sekadar bertumpu kepada gurauan dan usikan semata-mata, jika diberi peluang, gandingan Zizan dan Dira mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton,” katanya.
Untuk makluman, Wahid dan Fara akan bersiaran sebagai pengacara Melodi buat kali terakhir di lokasi Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 Mac ini, manakala gandingan Zizan dan Dira akan mula mengambil alih pada minggu berikutnya bersiaran langsung di Arena of Stars Genting, sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (3 April).
Bagi peminat Wahid, anda masih boleh melihat telatah spontan serta mencuit hati pengacara berbakat ini sebagai pengacara baru program Ewah-Ewah bergandingan bersama Nabil yang akan mula ditayangkan di TV3 mulai April nanti.
Kejayaan program Melodi bukan sahaja meraih perhatian penonton dari segi kandungan terkini dan infomasi bermutu, malah program terbitan TV3 ini meletakkan perantara berkaliber sebagai platform untuk berinteraksi bersama penonton setianya.
Sejak mula diterbitkan pada tahun 1992, nama-nama seperti Dato’ Mahadzir Lokman, Fauziah Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali, Raja Azura dan gandingan serasi Wahid (Senario) dan Fara Fauzana merupakan sebahagian besar daripada anak seni tempatan yang telah diberi kepercayaan memikul tugas berat mengendalikan program popular ini.
Program Melodi masih mengekalkan waktu siarannya iaitu setiap hari Ahad, jam 12.30 tengahari.

APA BEZA ARAHAN TERSEBUT DENGAN ISRAEL BOM RAKYAT PALESTINE?


Krisis Libya: Pesawat pejuang serang lokasi demo, lebih 100 lagi maut

February 22, 2011
Seorang juruterbang Libya berdiri di sisi pesawat pejuangnya Mirage F1 selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa di Valletta, Malta semalam (waktu Malta). — Foto Reuters
LONDON, 22 Feb — Pesawat-pesawat perang Libya, negara terbaru di utara Afrika yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak seminggu lalu, menggugurkan bom di banyak lokasi di Tripoli semalam, demikian menurut laporan stesen TV Al-Jazeera.
Perkembangan ini disaksikan susulan tekanan meningkat ke atas pemimpin mereka Kol Muammar Gaddafi, yang memerintah sejak lebih empat dekad lalu.
Libya merupakan negara jiran Mesir, yang presidennya Hosni Mubarak digulingkan awal bulan ini.
Kelmarin anak lelaki Muammar memberi amaran kerajaannya akan mempertahankan negara itu daripada demonstrasi sehingga peluru dan anggota pasukan keselamatan terakhir, malah memberi amaran perang saudara akan tercetus.
“Apa yang kami saksikan hari ini tidak dapat dibayangkan langsung. Kapal perang dan helikopter menggugurkan bom demi bom. Ramai, ramai yang terbunuh,” kata seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Adel Mohamed Saleh.
Ketika ditanya sama ada tindakan mengebom masih diteruskan, dia yang juga seorang aktivis dipetik Reuters berkata: “Ia masih berterusan, (serangan) berterusan.”
Laporan itu diperoleh awal pagi ini (waktu Malaysia).
Bagaimanapun tiada sumber bebas yang dapat mengesahkan kesahihan laporan itu.
Seorang lagi yang hanya dikenali sebagai “Victory”  memberitahu msnbc.com bahawa “kami boleh mendengar serangan bom setiap 15 minit. Kami tidak tahu dari mana.”

Dalam pada itu, satu lagi laporan Reuters dari Valletta pula menyebut, dua juruterbang tentera udara Libya telah membelot semalam dan menerbangkan pesawat masing-masing ke Malta dengan tidak mahu mematuhi arahan pihak berkuasa kerajaan.
Laporan itu memetik pegawai Malta menyebut mereka telah memaklumkan pihak berkuasa negara itu bahawa diarahkan supaya mengebom penunjuk perasaan.
Kedua-dua juruterbang itu, berpangkat kolonel, meninggalkan sebuah pangkalan tentera udara di Tripoli.

Salah seorang daripada mereka memohon suaka politik di Malta.
Malah laporan berasingan Reuters juga menyebut pertempuran di ibu negara Libya semalam menyebabkan seramai 160 orang terbunuh.
Menurut badan pemerhati Human Rights Watch semalam seramai 233 orang telah terbunuh sejak demonstrasi yang bermula awal minggu lalu.

Cerita Dolu Dolu