Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 23, 2011

ISU PRK - SPR TERKANTOI DEK TIMB. PENGARAHNYA

Petikan : "Kita tak boleh buat perubahan lain kerana perkara ini termaktub dalam Perlembagaan. Selepas SPR mendapat notis kekosongan daripada Speaker, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Itu peraturannya," katanya.
Kenapa dalam kes PERAK (3 KERUSI), SEPUTIH dan PEL KLANG SPR tak ikut peraturan tersebut agaknya ya?
Tiada Lagi PRK Selepas 28 April Tapi...
Pegawai SPR membuat persiapan akhir sebelum melaksanakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor baru-baru ini.
PILIHAN Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum berakhirnya sesi sidang Dewan Rakyat dan DUN masing-masing pada satu-satu penggal. Bagi Parlimen tempoh akhir untuk mengadakan PRK adalah sebelum 28 April 2011. Selepas tarikh itu, sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan maka PRK tidak perlu diadakan.
Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa satu PRK perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen seperti mana yang termaktub dalam undang-undang.
"Tarikh akhir bagi PRK untuk kerusi Parlimen adalah pada 28 April ini kerana ia merupakan kali pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum ke-12," katanya kepada Mingguan mStar baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tempoh akhir bagi mengadakan PRK untuk DUN adalah berbeza kerana kali pertama DUN bersidang adalah berbeza mengikut negeri masing-masing.
"Sebagai contoh, Selangor pada 22 Mei kerana tarikh pertama sidang DUN sesi berkenaan adalah pada 22 Mei 2008. Pulau Pinang pula, pada 21 Julai. Selepas tarikh ini PRK tidak perlu diadakan melainkan ada keperluan khas untuk mengadakannya," katanya.
Wan Ahmad berkata, keperluan khas itu termasuk kepada kerusi Parlimen atau DUN yang menyebabkan kerajaan pusat atau negeri yang tidak mempunyai majoriti untuk memerintah negara atau negeri.
"Sebagai contoh jika negeri A berada dalam situasi 50-50 di mana tak ada parti yang mempunyai majoriti, maka Speaker boleh menulis kepada SPR supaya mengadakan PRK“Setakat ini, saya lihat Parlimen negara kita berada dalam keadaan selamat kerana kerajaan yang memerintah punya majoriti yang cukup. Cuma dibeberapa negeri kita akui ada kemungkinan perkara ini boleh berlaku," katanya.
Ditanya sama ada PRK boleh dielakkan dan digantikan dengan langkah alternatif lain, Wan Ahmad berkata: "Tidak ada. Kebanyakan kekosongan yang berlaku di luar jangka iaitu disebabkan oleh kematian, maka kekosongan itu perlu diisi dengan PRK. Melainkan kekosongan itu berlaku dalam tempoh tiga tahun mengikut sesi Parlimen atau DUN bersidang.
"Kita tak boleh buat perubahan lain kerana perkara ini termaktub dalam Perlembagaan. Selepas SPR mendapat notis kekosongan daripada Speaker, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Itu peraturannya," katanya.
Jelasnya, ada cadangan supaya parti yang menang menggantikan calon bagi menggelakkan PRK ia tidak boleh dilaksanakan kerana perkara itu tidak dibenarkan oleh undang-undang.
"Kalau kekosongan berlaku dalam tiga tempoh tahun PRK perlu diadakan. Namun sekiranyan kekosongan itu berlaku selepas tempoh tiga tahun maka PRK tidak perlu diadakan dan terpulang kepada parti untuk meletakkan wakil untuk menjaga kebajikan pengundi dan rakyat di kawasan tersebut," katanya. Tambahnya, perkara tersebut adalah hak parti yang menang dan SPR tidak mempunyai halangan mengenainya.
Ketika ditanya sama ada undang-undang boleh dipinda bagi menggelakkan PRK dijalankan, Wan Ahmad berkata SPR hanya sebuah badan yang melaksanakan dan memantau perjalanan pilihan raya.
"Hak untuk meminda undang-undang terpulang kepada kerajaan atau parti-parti politik. Sekiranya mereka mahukan pindaan perkara itu perlu di bawa ke Parlimen.
"Apabila sesuatu undang-undang itu diluluskan dan menjadi akta maka SPR akan melaksanakannya mengikut undang-undang tersebut. Setakat ini kita bertindak mengikut undang-undang sedia ada," katanya. Beliau turut mengesahkan bahawa SPR telah membelanjakan RM10.5 juta untuk mengadakan 14 PRK bermula dengan Permatang Pauh pada tahun 2008 hingga Tenang yang berlangsung Januari lalu.
Jumlah tersebut tidak termasuk kos perbelanjaan PRK Merlimau yang dianggarkan menelan belanja RM700,000 pada 6 Mac ini.
"Kos ini melibatkan beberapa faktor utama seperti demografi, jumlah pengundi, keluasan kawasan pilihan raya, logistik dan bentuk muka bumi.
"Setiap PRK melibatkan kos yang berbeza-beza. Bagi kawasan Parlimen sudah pasti jumlahnya lebih, sebagai contoh Parlimen Sibu kosnya hampir RM1.3 juta. Ini kerana bentuk muka bumi di kawasan tersebut memerlukan kita menggunakan helikopter untuk mengangkut peti undi dan peralatan logistik yang lain. Di DUN Galas, Manek Urai, Batu Sapi, Kuala Terengganu juga kosnya tinggi kerana ada kawasan mengundi terletak di kawasan yang sukar dihubungi melalui jalan darat," katanya.
Menurut beliau, SPR juga tidak mempunyai cadangan supaya setiap calon yang ingin bertanding perlu menyertakan sijil kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik.
"Kita tidak ada cadangan untuk mewajibkan perkara itu buat masa sekarang. Sebagai sebuah badan yang melakasanakan pilihan raya, SPR mengamalkan prinsip bebas dan adil.
"Selagi calon yang hendak bertanding tidak muflis dan tidak dikenakan hukuman penjara melebihi dua tahun, mereka layak bertanding. SPR tidak mahu melanggar prinsip demokrasi dan hak asasi dengan mengenakan syarat sedemikian," katanya. Beliau berkata, keputusan untuk memilih calon yang mempunyai tahap kesihatan yang baik boleh dibuat oleh parti yang bertanding.
"Parti punya hak untuk memilih calon yang mempunyai tahap kesihatan yang baik kerana keputusan memilih calon ditangan parti. Mereka patut memilih calon yang bukan sahaja boleh menang tapi calon yang sihat.
"Jika cadangan itu baik ia wajar diambil kira oleh parti-parti yang bertanding. SPR tidak boleh menghalang mana-mana individu untuk bertanding selagi ia tidak melanggar undang-undang," katanya.
Beliau turut mengakui kekerapan berlakunya PRK selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 menjadikan tahun 2008 hingga 2011 mencatatkan PRK yang banyak namun ia tidak dapat dielakkan kerana perkara itu termaktub dalam Perlembagaan.
"Namun 14 PRK tidak termasuk Merlimau dan Kerdau. Jumlah ini bukan yang terbanyak dalam sejarah PRK di Malaysia. Pada tahun 1990-1995, 17 PRK telah diadakan.
"Bagi saya PRK merupakan satu latihan yang bagus untuk petugas dan kakitangan SPR. Ia dapat melatih pegawai dan petugas kita untuk menghadapi PRU," katanya.
Katanya, sehingga kini hanya dua negeri tidak pernah mengadakan PRK iaitu di Perlis dan Wilayah Persekutuan.

No comments:

Cerita Dolu Dolu