Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Sunday, February 20, 2011

MANSUHKAN PRK TU CADANGAN YANG BAIK

SPR digesa kaji mekanisme PRU 

KOTA SARANG SEMUT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa mengkaji semula pelaksanaan mekanisme pilihan raya umum (PRU) yang didakwa berat sebelah dan tidak memihak kepada parti pembangkang.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan SPR sebelum ini pada pilihan raya kecil (PRK) lalu tidak menggambarkan ketelusan badan itu, sebaliknya dilihat lebih cenderung memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

“Ada tiga perkara utama yang perlu diberi kajian. Pengumuman PRK serentak dan pada waktu yang suntuk menyukarkan banyak pihak, terutama parti pembangkang. Adalah lebih adil jika diumum lebih awal supaya kita dapat membuat persediaan yang lebih sempurna,” katanya, kepada media selepas perasmian Himpunan Pemuda Pas 30K peringkat kebangsaan, semalam.

Menurutnya, walaupun pihaknya sentiasa bersedia dan telah membuat persiapan awal, namun pengumuman mengejut seperti itu seharusnya dielakkan untuk memberi ruang kepada semua parti berkempen dan mengatur gerak kerja.

“Gerak kerja terpaksa berpecah kepada dua apabila adanya PRK serentak. Sepatutnya SPR sediakan masa yang secukupnya dan selesa kepada parti yang bertanding, bukan umum mengejut macam ni,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, pihaknya juga kesal kerana kebanyakan PRK di negeri bawah Pakatan Rakyat (PR) kebiasaannya dilakukan pada hari bekerja dan situasi ini boleh menjejaskan peratusan undi.

“Jika mengundi pada hari bekerja peratusan keluar mengundi akan merosot. Tak kan pula mereka yang bekerja di Kuala Lumpur mahu pulang sehari sekadar untuk undi di Kedah,” katanya.

Menurutnya, perkara lain yang harus diberi perhatian ialah setiap kali berlakunya kematian wakil rakyat, SPR mengumumkan PRK diadakan untuk memilih calon baru, dan ini merupakan suatu pembaziran.

“Saya pernah cadangkan sebelum ini supaya parti yang menang di kawasan terbabit diberi tanggung jawab memikul tugas wakil rakyat terbabit sehingga diadakan PRU akan datang, tetapi cadangan itu tidak diendahkan,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, peruntukan lebih RM10 juta bagi mengendalikan 14 PRK sebelum ini seperti diumumkan SPR, adalah pembaziran sedangkan peruntukan itu boleh digunakan bagi tujuan lain yang boleh memberi manfaat pada rakyat.

“Malaysia harus kembali pada sistem politik yang lebih adil pada semua parti. Jika sistem ini dipertingkat pada masa akan datang, saya percaya tidak mungkin ada pengundi wakil rakyat yang menang di kawasan itu lompat parti,” katanya.

2 comments:

Penditakainsingkat said...

Pilihanraya adalah proses memberi hak kepada Rakyat untuk menggunakan suara mereka dalam menentukan kerajaan yang disukai.

Rakyat tidak memerlukan masa yang panjang untuk membuat keputusan kerana mereka telahpun membuat penilaian setiap hari tentang apakah yangtelah dilaksanakan oleh parti2 yg masuk bertanding.

Cadangan memansuhkan pilihanraya samalah dengan cadangan merampas hak rakyat untuk menyatakan pendapat mereka.

wallahua'lam

mahaza said...

Pendita - maksud disini adalah membatalkan Pilihanraya kecil - bermakna Parti yang menang sebelumnya menanggung/melaksanakan tanggungjawab menggantikan ADUN atau MP yang telah tiada. Cadangan ini pada say lebih bagus bukan menidakan 10% hak pengundi tetapi selain mengelak pembaziran ianya memastikan parti bertanggungjawab. Bayangkan jika (Dato AI yang menang di Tenang baru-baru ini dengar kata masuk hospital kerana sakit jantung) ditakdirkan Tenang akan ada PRK lagi sekali. Kan ke menyusahkan semua pihak termasuk pengundi.
Pengundi yang tinggal jauh juga selalunya tidak balik semasa PRK.
PRU masih perlu untuk rakyat melaksanakan tanggungjawab mereka

Cerita Dolu Dolu