Semua ini terjadi akibat keadaan ekonomi rakyat marhaen semakin teruk akibat kenaikan harga barang hingga hilang nilai kemanusiaan. Bayangkan beras yang sedikit menjadi rebutan. Inilah hasil didikan dari sekolah yang tidak menerapkan nilai-nilai murni dan juga contoh yang buruk ditunjukkan oleh pihak yang berwajib. jika semua mengambil sikap "Ah! Dorang amik rasuah takpe..." susahlah jawabnya. Simpati dan takziah kepada keluarga mangsa.
Nota : Jika saya ada di sana semas kejadian bagaimana agaknya? Naluri saya melalui pengalaman sebelum ini lebih kepada membantu mangsa - mungkin didikan semasa sekolah dan sebagai Pengakap Di Raja menjadikan saya sebegitu TETAPI mungkin juga saya terbawa-bawa dengan sikap ramai dan tanpa sedar turut mengutip beras yang bertaburan tersebut. Entahlah - beras tu beb, jadi darah daging. . . . . . tu yang tak paham tu
Sikap kejam pencuri beras
IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.
Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.
Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.
No comments:
Post a Comment