Pembunuhan kejam seorang warga Nigeria dan yang tertuduh kes rogol Onachie Martins Nwanko, oleh tujuh orang anggota RELA di Kajang Selangor, bagai sebuah bom jangka yang tunggu masa untuk meletup.
Sukarelawan yang di beri latihan separa tentera ini merupakan gangguan besar terutama kepada pendatang asing. Tanya mana-mana pendatang dan mereka akan ceritakan, 99% cerita ini benar.
Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan 5 kali ganda dalam pertambahan anggota RELA dan tiba-tiba hari ini, kita ada 2.5 juta sukarelawan di negara ini- 20% dari nya ialah di Selangor sahaja.
Pasukan ini boleh menewaskan pasukan polis jika dilihat dari jumlah anggotanya, tapi persoalan samada mereka layak menganggotai pasukan tersebut ialah satu jawapan yang perlu diberi oleh pihak berkuasa.
Hanya pemegang kad pengenalan Malaysia yang sah melayakkan anda menjadi anggota RELA. Adakah ini saja memadai dan adakah di buat pemeriksaan latarbelakang? Setakat ini maklumbalas pihak berkuasa seperti “Tidak perlu, hanya seperti budak jaga kereta, kenapa kita perlu periksa latarbelakang?”
7 lawan 1 semangat jitu RELA
Bermakna kita ada 2.5 juta budak jaga kereta di Malaysia yang berkuasa menahan ‘pendatang asing tanpa izin‘ yang kita benarkan masuk ke negara kita secara sah pada mulanya.
Even the so called rapist is a 35-year-old student from Nigeria. Which College actually enrolled him? Indeed, Malaysia seems to be becoming the world's largest college-hub in the world, with schools in every nook and corner teaching almost every available subject under the sun. No wonder, it is easy passage into the country for moon lighters.
Tertuduh seorang pelajar berusia 35 tahun dari Nigeria. Kolej mana yang menerima nya? Malah, Malaysia mula kelihatan seperti hub kolej- kolej yang terbesar di dunia, dengan institusi pendidikan di merata ceruk, menawarkan semua subjek yang ada. Tidak hairan negara ini jadi negara laluan untuk pelbagai aktiviti tak bermoral.
Apa Onachie Martins lakukan hingga dia perlu dapat hukuman mati? Menurut lapuran berita, dia memeluk dan mencium dan menunjukkan kemaluan nya kepada seorang tukang cuci di tingkat 15 sebuah condominium di Kajang. Tukang cuci yang ketakutan memberitahu pihak pengurusan bangunan yang di dakwa menghantar anggota RELA untuk menyiasat. Tukang cuci itu lari ke arah anggota RELA dan beberapa minit kemudian, warga Nigeria itu juga turun ke tingkat bawah.
Anggota RELA menangkap warga Nigeria dan di pukul sebelum di ikat dan memaklumkan kepada pihak polis.Bila polis tiba, tertuduh tidak bergerak lagi dan polis menahan 7 anggota RELA. Bayangkan 7 lelaki memukul seorang dan mati. SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN, INI LAH PASUKAN RELA 1MALAYSIA ya.
Kejadian ini sangat memalukan, komuniti Afrika di Kajang memprotes kematian rakan senegara mereka. Seperti biasa, akhbar yang dikawal UMNO melapurkan bahwa warga-warga Afrika yang ganas kononnya cuba mencetuskan rusuhan. Jika rakyat Malaysia, bukankah mereka juga akan lakukan hal yang sama jika seorang rakyat Malaysia mati dipukul tanpa sebab munasabah oleh samseng yang di pakaikan pakaian seragam oleh kerajaan boneka diktator?
The buck stops with the cousins
Ini bom jangka yang sangat membimbangkan dan rakyat Malaysia prihatin telah mengingatkan kerajaan PM Najib Razak ia bakal berlaku. Tapi adakah beliau dan sepupu beliau, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussien mendengar?
Sudah tentu tidak. Malah, ketika Najib menjadi PM dan Hisham sebagai Menteri dalam negeri lah jumlah anggota RELA bertambah mendadak. Selagi mereka terus menutup mata dan telinga,, lebih banyak letupan bom jangka ini akan terjadi.
Pertambahan mendadak terhadap pengambilan anggota RELA menimbulkan spekulasi bahwa UMNO, parti politik terbesar di Malaysia, terlbat dan mempunyai niat jahat untuk menggunakan RELA bagi menjalankan semua spektrum perbuatan jahat, terutama di Selangor ketika pilihanraya umum ke 13 dijalankan.
Patut kah Pakatan Rakyat dan Bersih, badan pemerhati pilihanraya, melakukan sesuatu berkenaan RELA sebelum pasangan sepupu yang gila kuasa dan pati Umno-BN hilang kawalan?
Bolehkah kerajaan BN memberi justifikasi terhadap pertambahan mendaka anggota RELA sehingga 2.5 juta anggota dan bertambah saban hari? Perlukah pasukan ini selain polis bagi menjaga keselamatan rakyat? Parti-parti pembangkang telah bertahun menimbulkan hal ini, dengan menuduh kerajaan menggunakan anggota nya untuk menjalankanperbuatan jahat dan menimbulkan keganasan di pilihanraya akan datang.
Menghabiskan sumber negara
Persoalan disini, kerajaan dan polis perlukan jumlah besar sukarelawan yang tidak dilatih sepenuhnya untuk menjaga keselatan negara dari ancaman pendatang asing bila kerajaan yang sama pada awalnya membenarkan mereka masuk ke negara ini?
Di sebalik helah mengeluarkan kebenaran secara besar-besaran untuk membekalkan permit kepada pekerja asing, agensi pekerjaan mempunyai ribuan visa pelawat untuk pendatang ini. Dalam ertikata lain, kita sebenarnya yang mmebawa pendatang tanpa izin ini masuk dan dalam program 6P, kita seterusnya mendaftarkan 1.5 juta pendatang. Kemudian, untuk mengawal mereka, Najib dan Hisham mengambil 2.5 juta anggota RELA bagi melindungi negara.
Tidak hairan la pembangkang mensyaki sesuatu dan Idris Jala- menteri di Jabatan Perdana Menteri-meramalkan negara akan bankrup pada tahun 2019.
Malaysia Chronicle