Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, April 18, 2012

HARAP POLIS DAN DBKL BERI KEBENARAN PADA PERKASA


Perkasa Mohon Permit Polis Adakan Perhimpunan Raja Berdaulat Pada 29 April
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini memohon untuk mendapatkan permit daripada polis bagi mengadakan perhimpunan 'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' pada 29 April ini, sama ada di Padang Merbok atau Dataran Merdeka.
Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata perhimpunan itu yang akan diadakan mulai 9.30 pagi untuk meraikan pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April lepas.
"Kita hendak meraikan bahawa Yang di-Pertuan Agong kini sudah mencapai bilangan ke-14, dan pada masa yang sama untuk mempertahankan institusi diraja," katanya kepada pemberita selepas mengemukakan permohonan permit di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Selasa.
Katanya perhimpunan itu dijangka disertai pelbagai kaum.
Beliau turut membidas sikap anggota Parlimen pembangkang yang didakwa terlibat dalam mempersendakan Raja-Raja Melayu dan pemimpin negara semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, dengan berkata tindakan mereka menghina Raja-Raja Melayu di dalam istana adalah menderhaka.
"Mereka sudah hilang kesetiaan kepada negara," katanya.
Sementara itu, Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) pula membuat laporan polis berhubung dakwaan pemimpin pembangkang menghina Raja-Raja Melayu di balai polis yang sama.
Presiden PVTM Mohd Ali Baharom, yang membuat laporan itu petang ini, berkata pemimpin pembangkang perlu tampil memberi penjelasan mengenai perkara tersebut yang dianggap seperti menghina orang Melayu.
"Kami juga memohon agar Suruhanjaya Diraja segera ditubuhkan untuk menyiasat kenyataan yang dibuat oleh pegawai perubatan itu," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Turut hadir bagi menyokong tindakan PVTM ialah Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah dan Setiausaha Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Mohd Jurit Ramli.
Pada 13 April lepas, sebuah akhbar melaporkan mengenai seorang pegawai perubatan, Dr Rahman Kadir, yang menerusi laman sosial Facebooknya, menzahirkan rasa kecewanya terhadap perbuatan biadap beberapa pemimpin pembangkang yang mempersendakan Raja-Raja Melayu. -BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu