Tengah tahun depan akan di laksanakan GST yang aku tak berapa clear camana implimentasinya. Maklumat yang jelas adalah 4%. Okay. Buat masa ini kebanyakan barangan yang di jual telah di masukkan cukai oleh penjual terutamanya yang import iaitu cukai jualan 10%. Bila GST nanati cukai jualan ni mansuh ke? Banyak juga kedai kedai mengenakan (mengena? terkena?) cukai perkhidmatan 5% walaupun kadangkala tak nampak pun sticker kastam - ni wajib tampal untuk perkhidmatan dercukai macam restoran yang penjualan tahunan melebihi RM250,000 kalau tak silap. Selain itu kita jugak ada duti import bagi barangan import dan duti eksais bagi barangan terkawal seperti kereta, rokok dan liquor.
Persoalannya. Apakah akan terhapus cukai jualan dan cukai perkhidmatan apabila GST di laksanakan? Aku tak jumpa maklumat yang jelas pasal tu.
Pengalaman aku kat Jepun masa dorang mula implement GST 3% tahun 1989. Sekarang dah naik 5% dari 2007. Barang yang biasa di beli katalah harga sebelum GST adalah 400 yen, selepas GST tetap 400 yen (Lepas 2007 aku tak tau). Maknanya harga barang telah jatuh jadi 388 yen dan di tambah GST 3% - 12 yen - Harga jualan adalah 400 yen. Macam tu ke?
Macam tak kena ajer sebab ade mentioned pasal barang keperluan tak kena GST. Bagaimana pula cukai jualan yang 10% tu? Kalau sebelum ini kilang-kilang perlu bayar 10% kepada kastam apakah harga barang akan turun dengan penghapusan cukai jualan?
Kebanyakan barangan keperluan pengilangan masih di import oleh kilang-kilang yang mengeksport kembali (cukai di kecualikan) tapi kalau barang tersebut di jual ke dalam negeri kena cukai jualan. Contoh kalau kita beli botol plastik sebelum ni harganya RM 30.00 + cukai jualan = RM 33.00. Apakah botol yang sama akan di jual oleh pembekal pada harga RM 31.20 (RM 30 + GST 4% 1.20) atau kena beli ikut harga lama RM 33.00 tambah GST 4% jadi RM 34.32?
Mekanisma penentu harga dan pemantauan harus di jelaskan supaya kurang keliru. Jika mekanisma penentu harga seperti contoh kat Jepun yang aku tunjukkan tu rasanya takde sapa yang nak bantah kot sebab harga masih sama. Penjual? kalau betul cara dorang tak rugi jugak. Entahlah. Tapi kalau GST kena, Cukai Jualan maintain, cukai perkhidmatan maintain memang hancing ler...