Sebagai bekas pelajar sekolah berasrama penuh, kejadian ini amat menyayat hati. Kes ini berkaitan kes di sekolah berasrama dan yang lebih mengejutkan kerana ia berlaku di sekolah agama. Apakah ianya kejadian berkecuali sedangkan kita dikejutkan dengan berita pelajar dipukul hingga mati kerana tidak mahu meminjamkan cerek letrik juga berlaku di sekolah agama. Kenapa? Sekolah Agama menjadi tempat buangan samsengkah? Mentaliti sekolah agama telah berubahkah hingga pelajar tidak lagi boleh menentukan baik atau buruk? Bagaimana jika anak hendak masuk kesekolah asrama? Yes? No? Susah nak diberi jawapan yang tepat. Sekolah asrama seharusnya bukan sahaja mengajar pelajar lebih berdikari dan bertoleransi berbanding pelajar aliran biasa kerana hidup berjauhan dengan ibu-bapa tetapi juga lebih berdisiplin. Masalah disiplin pelajar sekolah agama telah menjadi perbualan semenjak dari zaman persekolahan lagi. Adakah kerana mereka pelajar yang kurang cerdik dan cerdas? Tidak mungkin kerana rata-rata pelajar sekolah berasrama adalah pelajar terpilih. Mungkin bukan pada tahap pilihan pertama yang lebih tertumpu kepada sekolah berasrama penuh ternama seperti Sekolah Alam Shah atau Kolej Melayu Kuala Kangsar dsb. tetapi masih merupakan pelajar yang berkualiti dari segi pencapaian akedemik dan pemilihan ke sekolah agama berdasarkan pencapaian PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama). Kita tunggu komen dan tindakan dari pihak kementerian.
Bunuh rakan senegara, polis buru lelaki Indonesia
17 minutes ago