Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, February 02, 2006

Cuti-cuti Tahun Baru

Setelah hampir dua minggu tidak update blog akibat kesibukan hari ini saya hendak mengisi kekosongan yang telah terbiar. Bukan apa, kerja dua tempat jadi tak sempat nak jengah langsung.
Cuti Tahun Baru kali ini agak panjang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur. Belum kira lagi syarikat syarikat yang sapu habis sehingga hujung minggu ini. Saya sekeluarga berkira-kira hendak berjalan makan angin tetapi terpaksa kensel sebab tiada kekosongan bilik di tempat tumpuan. Rakan yang memberi informasi juga memberitahu, Langkawi penuh sesak dan ramai mengetahui bagaimana sesaknya jalanraya pada hari Sabtu. Ade ker dari Jalan Duta ke Tanjung Malim sesak (80 km tu...) dan mereka yang menuju ke Ipoh mengambil masa hampir 5 jam. Memberi gambaran yang agak mengerikan apabila teringat perlu menghantar anak kembali ke asrama pada 1hb Februari. Surprisingly, jalan agak tenteram dan mengambil masa sekitar 2 jam lebih sedikit sahaja berbanding hampir 6 jam pada Hari Raya Aidil Adha tempohari. Lebuhraya dikatakan amat sesak terutama dari Kuala Kangsar ke Taiping sehingga ke Kuala Lumpur. Dari pemerhatian saya, kesesakan oleh kerana pertambahan kenderaan yang balik ke kampung atau dari kampung serentak tetapi ianya ditambah lagi dengan mereka yang rasa orang lain tidur di jalanraya jadi terpaksa laluan kecemasan. Bila lah nak berubah. Semua orang nak cepat lah bang....
Buli Balik
Pada 31 Januari 2006 kami sekeluarga pergi ke TGV, Jusco Bandar Baru Klang untuk menonton Buli Balik. Oleh kerana tiada tiket untuk tayangan lebih awal, kami menonton tayangan 11:55 malam. Takdelah nak buat ulasan selari lah pulak. Sesiapa yang berminat nak baca ulasan cerita ini sila lah pergi ElKapitan punyer blog ker SM ke yer... atau nak update terkini pergi saja ke blog Tuan Punya Filem tersebut.
Anak-anak saya juga nampak terhibur dengan filem tersebut. Saya cuma rasa pada awal filem agak membosankan sedikit tapi selepas tu okay. Ini pemerhatian atau komen saya tentang cerita (bukan filem aaa....)
1 - Nurse kompiden jer si Roy tu Harapan Tipis!
2 - Kalau sapa nak lawan orang jahat kena mintak izin dari orang tua sure menang.
3 - Kalau nak tidur kena jauh-jauh dan pastikan pakai sepender.
4 - Hans Isaac tak berapa ngam feel sedih.
5 - Konpius bila Nordin kena tikam?
6 - Jangan buli orang, nanti satu kampung turun belasah ko!
7 - Huh, sekalik tengok dokumentari pasal penerangan dari nuero surgeon. Siap gambar semi itam putih.
8 - Nordin mati ke idak? Tunggu kuiz result dari Tuan Punya Pilem.
9 - Umie Aida? Orang umah kata kalo pelakon lain mungkin lebih sesuai kot? Macam tak ngam.
10 - Boring gak bila ada sekerat dua kat depan dan kat belakang gelak tak hengat donia.... sah dah tengok seken time kot. Gelak dulu pulak tu... disturbing betul lah. Sib baik aku tak baling ngan botol air mineral.
Finale, ini filem komedi? Entahlah, kelakar tu kelakar le tapi kurang dari Buli kot. Tanya anak aku, dia kata, okay la....
Haunting dan Seekers
Seekers ni aku pernah cerita dalam entry terdahulu. Sekarang ni hari Rabu Discovery Channel dok tayang cerita Haunting - kisah benar yang di olah kembali serta temuramah dengan individu terbabit. Minggu lepas pasal 3 roh yang mengganggu satu keluarga. Malam tadi kisah roh yang tidak pernah berhenti mengganggu dari tahun 1700 lagi. Kebetulan setelah selesai menonton Haunting, NTV7 ada tayang Seekers... dorang dah tukar hari ek? malam tadi tak sure kat mana tapi macam kat taman aja. Mungkin tempat tu dikenali sebagai tempat pontianak atau langsuyar kot? Memang paling surprise bila anjing putih dan hitam yang muncul entah dari mana dan lalu depan volunteer tu. Kalau orang suruh aku pergi? No, thank you. Aku percaya keujudan makhluk ghaib ini dan aku pernah nyaris accident semasa memandu waktu malam menuju ke Kuantan jam 2:00 pagi. Entah mana timbul dari gaung, lembu hitam, melintas depan kereta aku. Nasib aku baik aku masa tu tengah perlahankan kenderaan sebab ada cahaya di depan yang menggusarkan aku. Kalau aku laju? Terjun gaung lah jawabnya.
Cuma agak kecewa dengan persepsi masyarakat terhadap Seekers nih. Sekurang-kurangnya mereka melakukan secara saintifik dan bukan serkap jarang semata-mata. Penggunaan alat kawalan suhu dan sebagainya. Cuma harap diorang akan upgrade menggunakan infra red sensor serta laser sensor photo shot pulak. Oleh kerana aura makhluk halus ni berfrekuensi rendah maka suhu akan menurun dan kalau guna infra red selalunya kawasan tersebut berubah ke putih. Tunggu ajer lah. Apakah Seekers di anggap tahyul tetapi Discovery Channel pula benar? Rupanya melayu masih anggap tinggi Mat Saleh ye?
Pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris
Saya sememangnya kurang setuju dengan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini kerana yang paling utama juga adalah jurang perbedaan yang akan timbul antara pelajar luar bandar dan bandar yang lebih terdedah keopada penggunaan Bahasa Inggeris. Apakah bahasa Inggeris itu wajib untuk mempelajari ilmu tersebut? Contoh mudah, Algebra bukan bahasa Inggeris tetapi bahasa Arab. Sains - Biologi dipelopori oleh Ibnu Sina. Kenapa tak guna bahasa Arab? Tentu berbagai alasan akan kita dengar bukan? Bahasa Melayu jika di guna pakai dengan terjemahan yang bersesuaian pasti boleh meningkatkan lagi kaliber Bahasa Melayu. Saya bukan pelajaran lulusan dari negara-negara English Medium jadi saya lebih skeptikal tentang perkara itu kerana saya tidak nampak kekuatan dan keperluan tersebut. Teringat semasa interview seorang pekerja lepasan Ijazah dari USA. Tanya dia "Been to Japan before?" dan dia jawab "Only once during transfer". . . Aku dok pikir "amende dia ni nak cakap ni?" rupanya dia dok cerita pernah sekali ajer masa transit di Japan. Tapi aku agak terkejut dengan kenyataan anak aku. Dia kata, belajar Math dan Science lagi senang dalam bahasa Inggeris sebab straight forward untuk di fahami tak macam Bahasa Melayu agak berbelit-belit. Aku rasa mereka yang kat DBP kena faham benda ni lah. Kalau budak sekolah Tingkatan Satu boleh buat bandingan maknanya. . .

Cerita Dolu Dolu