SPR Pamer Senarai Pemilih Mendaftar Secara Berkelompok Guna Satu Alamat
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mempamerkan senarai pemilih yang mendaftar secara berkelompok menggunakan satu alamat di laman sesawang www.spr.gov.my selama 30 hari bermula Selasa.
Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said, berkata senarai itu bagi membolehkan pemilih berkenaan memberi maklum balas mengenai alamat mereka dan membantu SPR mengemas kini alamat sebenar mereka bermastautin.
"Kepada pemilih berkenaan, yang semasa pendaftaran dahulu tidak memaklumkan secara tepat alamat mereka kepada SPR, dinasihatkan menghubungi pejabat SPR berdekatan atau terus ke ibu pejabat SPR bagi membuat kemaskini alamat, katanya dalam kenyataan, Rabu.
Beliau berkata maklum balas juga boleh dibuat dengan mengisi maklumat di ruang kemas kini alamat di laman sesawang SPR.
Bagi pemilih yang berpindah dari alamat asal pendaftaran, Sabri berkata mereka boleh memohon memindahkan alamat mengundi mereka dengan mengisi Borang A (Pendaftaran Pemilih) yang boleh didapati di pejabat SPR dan semua Pejabat Pos. -BERNAMA
Cuma masaelahnya SEMAKAN DAFTAR PEMILIH ini akan memaklumkan penama yang beralamat di rumah nada jika anda tahu nombor kad pengenalannya dan bukan memaklumkan nama-nama yang menggunakan alamat anda. Hmmm. . . . susah juga tu.
Cuma masaelahnya SEMAKAN DAFTAR PEMILIH ini akan memaklumkan penama yang beralamat di rumah nada jika anda tahu nombor kad pengenalannya dan bukan memaklumkan nama-nama yang menggunakan alamat anda. Hmmm. . . . susah juga tu.