Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, September 18, 2010

TERKINI KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI

Lelaki Tempatan Ditahan Bantu Kes Orang Hilang Di Banting
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan ditahan di Taman Wilayah, Selayang dekat sini pada Jumaat bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang ahli perniagaan rakyat India di Banting tahun ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata suspek berumur 34 tahun itu ditahan di sebuah kawasan di taman terbabit petang ini sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kira-kira pukul 8.20 malam.
"Kami percaya dia boleh membantu kami dalam siasatan kes itu," katanya menerusi laman web sosial di sini malam ini.
Beliau, ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu.
Khalid dilaporkan berkata terdapat dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. - BERNAMA

INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAAJI'UN - AL-FATIHAH untuk Allahyarham

M. Rajoli meninggal dunia



M.RAJOLI ditemani Hashimah semasa terlantar di rumahnya di AU3 Keramat, Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu.





M. Rajoli atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli @ Mohd. Rajab Mohamed yang hampir setahun terbaring di rumahnya di AU3, Keramat di sini, dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.
Menurut adik iparnya, Mohlis Mohd. Din, 47, keadaan M. Rajoli kritikal sewaktu dimasukkan ke hospital sehingga diberi bantuan pernafasan oleh doktor.
"Pihak hospital memaklumkan dia berada dalam keadaan nazak dan hanya mampu menunjukkan pergerakan mata dan jari," katanya ketika ditemui di hospital.
M. Rajoli meninggal dunia di sisi isteri pertamanya, Hashimah Mohd. Din dan anak bongsu, Mohd. Ariff, 23.
Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Hashimah dan Wan Chik Othman. Bersama Hashimah, M. Rajoli mempunyai empat orang anak iaitu Siti Zaleha, 34; Nur Muhammad, 33; Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff.
Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang dilahirkan pada 7 April 1945 itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat pada pukul 11 pagi ini.

Friday, September 17, 2010

Mufti saran hukum Qisas



ALOR SETAR - Masyarakat kini harus kembali kepada ajaran al-Quran dengan melaksanakan hukum Qisas atau hukum balas bagi kesalahan jenayah melampau yang disifatkan kejam dan di luar tabii. 

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, hanya hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada pesalah dan orang sekeliling dapat membendung jenayah kejam daripada terus berleluasa. 

“Hukuman sedia ada tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada masyarakat, tidak hairanlah jenayah makin berleluasa sehingga ada pihak sanggup membunuh warga emas, kanak-kanak mahupun membuang bayi tanpa ada belas kasihan,” katanya. 

Sheikh Muhamad Baderudin berkata, hukuman Qisas seperti yang termaktub dalam kitab suci adalah sesuai untuk semua zaman, malah Allah SWT telah menyebut bahawa hukuman ini dapat memberi kehidupan yang selesa pada masyarakat. 

“Apabila masyarakat melihat kesan daripada hukuman ini, contohnya mencuri hukumannya potong tangan. Mereka akan takut untuk melakukan jenayah itu kerana boleh menyebabkan mereka hilang anggota badan. Oleh itu mereka tidak berani buat begitu pada orang lain kerana hukum balas ini adalah supaya pesalah merasai keperitan mangsa,” katanya. 

Sheikh Muhamad Baderudin mengulas kejadian tragis yang menimpa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dipukul, dibunuh dan dibakar selain abu mayat kesemua mangsa dibuang ke dalam sungai, baru-baru ini. 

Tragedi yang turut memberi kesan pada masyarakat ialah insiden seorang warga emas wanita, Lian Osman, 74, yang tinggal bersendirian di Yan, mati dibunuh selepas disamun di dalam rumah sendiri pada 15 Ogos lalu. 

Kejadian lain membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun, Suhana Mohd Shariff dari Kota Tanah, dekat sini, yang ditikam rakan baiknya sendiri sebanyak tujuh kali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 17.8 sentimeter. Kejadian pada 2 Mei itu menggemparkan rakyat Kedah kerana dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan. 

Sheikh Muhamad Baderudin berkata, manusia menjadi semakin kejam apabila kehidupan mereka bertunjangkan duniawi sehingga sanggup berbunuhan demi harta kekayaan. 

“Banyak faktor yang menyumbang kepada kekejaman, antaranya tekanan hidup, gila harta dan kuasa. Sikap cintakan duniawi punca berlakunya kepincangan dalam masyarakat. Kita sudah hilang nilai-nilai murni dan agama yang sepatutnya dipupuk sejak kecil,” katanya. 

Menurutnya, ajaran Islam tidak hanya mementingkan hukuman setimpal, sebaliknya sebelum pesalah dikenakan hukuman, mereka perlu diberi didikan. 

“Jika didikan tidak beri kesan, barulah dikenakan hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran. Ini termasuk gejala sosial seperti buang anak dan berzina,” katanya. 

Sheikh Muhamad Baderudin turut kesal kerana perbuatan kejam yang banyak dipaparkan di dada akhbar menunjukkan realiti kepincangan masyarakat kini. 

“Orang yang bertamadun tidak akan melakukan kekejaman yang melampau,” katanya.

TERKINI KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI

Polis hentikan operasi cari bahan bukti 


2010/09/17

KUALA LUMPUR: Polis menghentikan operasi mencari bahan bukti dalam siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting hari ini. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, anggota polis bagaimanapun masih berkawal di tempat itu dan ia masih ditutup kepada orang ramai.

TERKINI KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI

Pembunuhan kejam Sosilawati: Bertelingkah hasil jualan tanah RM29 juta


Oleh Hardi Effendi Yaacob, Rafidah Md Ruzki, Shaarani Ismail, Wan Faizal Ismayatim, Norakmah Mat Youb, Suhana Roslan, Nor Fazlina Abdul Rahim, Sukhairi Abd Thani, Syed Azwan Syed Ali, Mohd Zaky Zainuddin, Faridzwan Abdul Ghafar, Nor Azizah Mokhtar 
bhnews@bharian.com.my
2010/09/17

LOKASI kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.
LOKASI kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

KUALA LUMPUR: Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dikatakan dirancang rapi oleh suspek utama kes itu selepas timbul masalah wang hasil jualan sebidang tanah di Pulau Pinang milik mereka dan dua lagi rakan kongsi.



Tanah seluas 12 hektar bernilai RM25 juta itu dibeli secara kongsi oleh keempat-empat mereka pada 24 Mac 2008 dan dikatakan dijual kepada seorang ahli perniagaan di Selangor pada harga RM29 juta, tahun lalu.




Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama yang juga peguam dan bertindak sebagai broker berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang, terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah.


Seorang rakan kongsi tanah itu memberitahu Berita Harian, mereka membeli tanah tepi pantai berkenaan untuk tujuan pelaburan dengan Sosilawati menjadi pelabur terbesar.



“Atas persetujuan bersama, kami berempat termasuk suspek berkongsi membayar modal RM2.5 juta sebagai bayaran pendahuluan 10 peratus untuk membeli tanah itu. 



“Apabila tanah itu dijual pada 2009 dengan harga RM29 juta, kami sepatutnya berkongsi keuntungan RM4 juta, bagaimanapun kami tidak menerima pulangan yang dijanjikan daripada peguam terbabit sehingga kini, kecuali modal,” kata ahli perniagaan bergelar Datuk itu yang tidak mahu namanya disiarkan.



“Kami pernah bertanyakan hal itu kepada suspek, namun dia memberikan alasan proses penjualan tanah belum selesai... ada kaveat ke atas tanah itu menyebabkan proses menukar nama tidak dapat dilakukan tanpa perintah mahkamah. 

“Malah, suspek sentiasa menjelaskan kepada kami bertiga proses itu bukan mudah dan mengambil masa kerana membabitkan banyak prosedur mahkamah, selain meminta kami bersabar,” katanya.



Ahli perniagaan itu berkata, kali terakhir mereka berempat bertemu kira-kira dua bulan lalu bagi membincangkannya, bagaimanapun suspek memberi alasan urusan berkenaan belum selesai.



Beliau mengaku mereka berempat sebagai rakan kongsi selalu berhubungan melalui telefon.



“Saya terkejut membaca mengenai kehilangan Sosilawati, disusuli berita pembunuhannya yang dikaitkan dengan peguam kami. Lebih mengejutkan cara Sosilawati dibunuh bersama tiga yang lain,” katanya.



Sosilawati, pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages; pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Banting sebelum abu mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau, pada 30 Ogos lalu.



Sementara itu, seorang lagi ahli perniagaan bergelar Datuk berasal dari Selangor mengesahkan beliau yang membeli tanah berkenaan pada harga RM29 juta daripada mereka berempat, tahun lalu.



Beliau yang meminta identitinya dirahsiakan, bagaimanapun menjelaskan bayaran tanah itu masih belum selesai sepenuhnya berikutan prosedur mahkamah.



“Setakat ini, saya sudah membayar wang pendahuluan 10 peratus (RM2.9 juta) dan hanya menunggu proses kelulusan untuk bayaran penuh,” katanya mengesahkan sudah menerima beberapa dokumen daripada suspek berhubung pembelian tanah itu dan percaya semua proses mengikut saluran undang-undang. 

TERKINI KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI

Pembunuhan kejam Sosilawati: Tiga dakwa nyaris jadi mangsa


2010/09/17

ORANG ramai yang mengunjungi Ladang Soon Beng Longan Trading di Tanjung Sepat, di Banting sempena cuti umum Hari Malaysia semalam berputih mata apabila polis menutup laluan ke ladang itu sejak Sabtu lalu berikutan penyiasatan kes   pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi mangsa kerana ladang itu terletak bersebelahan ladang suspek utama.
ORANG ramai yang mengunjungi Ladang Soon Beng Longan Trading di Tanjung Sepat, di Banting sempena cuti umum Hari Malaysia semalam berputih mata apabila polis menutup laluan ke ladang itu sejak Sabtu lalu berikutan penyiasatan kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi mangsa kerana ladang itu terletak bersebelahan ladang suspek utama.
Peguam mahu jumpa ahli perniagaan, dua rakan di Banting Isnin lalu 

KUALA LUMPUR: Pembongkaran kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain serta kejayaan polis menahan sembilan orang berhubungnya berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga ahli perniagaan bergelar Datuk dari Selangor daripada menjadi mangsa suspek kes itu.

Ketiga-tiga ahli perniagaan itu sebelum ini dikatakan diminta peguam bergelar Datuk yang juga suspek utama kes pembunuhan Sosilawati menemuinya di Banting, Isnin lalu, untuk mendapatkan semula wang pendahuluan bagi urusan jual beli tanah.

Salah seorang ahli perniagaan terbabit yang enggan dikenali berkata, beliau dihubungi peguam itu sehari sebelum Aidilfitri dan me-mintanya ke Banting, Isnin lalu kerana mahu memulangkan wang pendahuluan RM1 juta bagi pembelian tanah seluas enam hektar di Butterworth, Pulau Pinang. 

Katanya, beliau terkejut apabila mendapat tahu peguam itu ditahan polis Sabtu lalu selepas disyaki menjadi dalang kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. 

“Dia (suspek) menghubungi saya dan bertanya di mana saya berada dan memberitahunya saya di Johor untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan dia minta berjumpanya pada hari raya keempat di Banting. 

“Saya bersyukur kerana belum berjumpanya. Jika tidak, saya juga mungkin menjadi mangsanya,” katanya ketika ditemui, semalam. 
Katanya, suspek pada mulanya memberitahu tanah di Pulau Pinang itu milik seorang lelaki berbangsa India, tetapi pemeriksaannya mendapati ia didaftar atas nama seorang lelaki Cina. 

“Saya kemudian tidak berminat membeli tanah itu dan meminta suspek memulangkan bayaran pendahuluan RM1 juta yang diserahkan kepadanya. Dia berjanji memulangkannya apabila bertemu di Banting, Isnin lalu,” katanya. 

Ahli perniagaan itu mendakwa dua lagi rakannya yang juga ahli perniagaan turut berurusan dengan suspek bagi pembelian tanah turut diminta ke Banting, Isnin lalu bagi menyelesaikan urus niaga mereka. 

Berikutan itu, beliau bersama seorang rakannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Selasa lalu. 

TERKINI KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI

Dok terfikir satu perkara - kalau kena makan dek anjing rotweiller yang dikatakan ada 16 ekor macamana pulak. Tentu tak bersisa. Tulang pun entah ada atau tidak. Just Unimaginable.
Rahsia Ngeri Sungai Panchau
Polis menjumpai ratusan fragmen tulang manusia di dasar sungai
KUALA LANGAT: Sungai Panchau dekat sini kemungkinan memiliki lebih banyak rahsia mengerikan daripada yang dibayangkan.
Di sebalik air sungai yang keruh itu mengandungi ratusan fragmen tulang manusia, dipercayai dijadikan sebagai ‘kubur berair’ bagi mangsa bunuh.
Difahamkan, polis menjumpai lebih 300 fragmen tulang manusia dari dasar sungai yang terletak hanya antara empat dan lima kilometer daripada ladang berlakunya pembunuhan empat individu.
Menurut seorang pakar yang mengendalikan pembakaran mayat sejak 20 tahun, apabila badan manusia itu dibakar, ia akan meninggalkan kira-kira 20 sehingga 25 fragmen tulang yang dapat dilihat.
Setakat ini, polis sedang menyiasat pembunuhan ngeri jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dan mengesahkan sekurang-kuranya lapan laporan mengenai individu hilang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama ke berkenaan.
Selain Sosilawati, tiga individu lain adalah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu dan seminggu selepas itu cebisan mayat mereka dijumpai dalam Sungai Panchau dan beberapa sungai lain berhampiran Ladang Gadong.
Jumlah fragmen tulang yang banyak menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai mereka yang lain mungkin dibunuh di ladang terbabit sebelum Sosilawati bersama tiga individu.
Sumber yang mempunyai kaitan dalam penyiasatan itu berkata, fragmen tulang dianalisis oleh pasukan khas forensik dan jabatan kimia bagi mengenal pasti latar belakang mereka.
Pasukan polis forensik memulakan pencarian di sungai berkenaan sejak Ahad lalu dan menjumpai dua pisau, beberapa jam tangan dan barangan kemas.
Polis telah melantik dua pasukan khas manakala penyiasat melakukan tugas mereka sepanjang masa di lokasi kejadian.
Polis turut meneliti laporan kehilangan beberapa individu yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lalu bagi mengenal pasti terdapat kaitan dengan suspek utama yang merupakan adik-beradik peguam.
“Diharapkan, kita dapat menyelesaikan beberapa kes yang dibuka semula dengan petunjuk-petunjuk baru ini,” menurut satu sumber.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, satu pasukan khas kini menyiasat semua laporan kehilangan individu yang mempunyai kaitan dengan suspek.
“Tiada satu pun akan terkecuali dan semua laporan orang hilang akan disiasat,” katanya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pada Ahad, terdapat empat kes orang hilang yang disiasat semula berdasarkan laporan polis dibuat oleh keluarga yang mempunyai kaitan dengan adik-beradik peguam.
Satu sumber berkata, antara mereka yang hilang dipercayai ‘dihapuskan’ adalah seorang warga India, seorang wanita tempatan dan dua lelaki.
Difahamkan polis di bahagian pemalsuan wang akan memohon Majlis Peguam supaya aset dua peguam terbabit dibekukan.

ZAKAT DAN PEMBAHAGIAN - Salah beri zakat pada bukan Islam?

Ramadan yang lepas tentu semua telah membayar zakat fitrah masing-masing. Wang zakat adalah layak diberi kepada asnaf zakat (asnaf yang lapan). Untuk lebih lanjut mungkin boleh klik link di bawah. 
Saya hi lite kan ASHAF MUALLAF untuk tatapan kerana kita dengar gegak gempur semasa ada pendapat dan cadangan wang Zakat Selangor di berikan juga kepada bukan Islam semasa awal pemerintahan kerajaan PR. Ramailah pencacai-cacai yang perasan ularmak memberi komentar - dengan kata lain tindakan atau cadangan tersebut SALAH dari segi hukum agaknya? TAPI takde sapa pulak nak cerita fasal tafsiran seperti yang dicatatkan dalam laman web MAIWP ini ye? Kenapa? 
Antara ciri-ciri saya hi-litekan lagi sekali agar lembut hatinya kepada Islam DAN agar tidak jadi Kafir Harbi, jadi Kafir Zimmi. Tapi kena pastikan Muslim tak melarat dahulu. 
Saya pernah buat entry fasal ini lama dahulu.... (kena carik balik tak pasti mana....) Saham Security bukan asnaf yang lapan - period. 


MAKLUMAT DARI MAIWP


ASNAF MUALLAF

Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada dua iaitu: 
 
Beragama Islam
  • baru memeluk agama Islam
  • ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya
  • ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang yang di bawah pimpinannya
  • orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh Islam
Bukan Beragama Islam
  • boleh dipujuk supaya masuk Islam
  • boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam

TERKINI KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI

Ladang didakwa ada tempat pembakaran


ANGGOTA polis mengawal jalan masuk ke Ladang Gadong, Tanjung Sepat semalam.


BANTING - Keadaan ladang milik peguam Datuk K. Patmanaban yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Ladang Gadong di sini dianggap sebagai pelik kerana didakwa mempunyai satu tempat pembakaran.
Perkara itu didedahkan oleh seorang lelaki yang mendakwa dia pernah memasuki ladang tersebut untuk menghantar haiwan ternakan yang dibeli Patmanaban empat bulan lalu.
Di ladang itu, lelaki yang enggan dikenali itu mendakwa dia melihat beberapa kepingan zink diletakkan bersebelahan tempat pembakaran di ladang itu.
"Dari luar ladang itu tidak nampak apa-apa kerana ia dikelilingi tembok setinggi kira-kira dua meter," katanya yang merupakan penduduk di sini.

KALAU DIA TEMBAK BUDAK TU? SALAH KE?

Pelajar 15 tahun langgar polis

ARIZAN yang patah kaki kiri dan tulang selangka kiri kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis cedera parah selepas dirempuh sebuah motosikal yang ditunggang seorang pelajar berusia 15 tahun ketika bertugas dalam satu sekatan jalan raya berhampiran Jalan Masjid Abidin di sini kelmarin.
Akibat rempuhan kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa Arizan Mohamad, 25, patah kaki kiri dan tulang selangka kiri di samping menerima 10 jahitan di kepala.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supritendan Abdul Halim Ishak berkata, ketika kejadian seramai 15 anggota dan pegawai polis terlibat dalam sekatan jalan raya bagi mencegah jenayah dan lumba haram itu.
Menurut beliau, pelajar itu bersama rakan berusia 25 tahun yang membonceng motosikal tersebut dipercayai bertindak demikian bagi melarikan diri daripada sekatan polis.
"Remaja terbabit dan rakannya yang melihat sekatan jalan raya cuba berpatah balik dan memecut laju sebelum melanggar mangsa," katanya ketika ditemui selepas melawat Arizan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalam.

TERKINI KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI - SAPA AHLI POLITIK ITU?

Kes bunuh Sosilawati:   Nyaris jadi mangsa kelima

Kes bunuh Sosilawati: Nyaris jadi mangsa kelima

KUALA LUMPUR: “Jika tidak kerana saya sudah berada di kampung kerana mahu menyambut Aidilfitri, mungkin saya juga senasib dengan Datuk Sosilawati dan tiga lagi rakan,” kata seorang rakan kongsi jutawan kosmetik itu dalam pembelian sebidang tanah seluas 30 ekar (12 hektar) di Batu Feringgih, Pulau Pinang pada Mac 2008.

Usahawan yang juga ahli politik bergelar Datuk itu berkata, suspek utama kes pembunuhan itu yang juga seorang peguam menghubunginya pada 9 September lalu dan memintanya datang ke pejabat bagi mendapatkan wang bayaran penjualan tanah berkenaan.


“Suspek minta saya datang tapi pada hari berkenaan saya tiada di Banting kerana berada kampung di Johor untuk menyambut Aidilfitri keesokannya. Ini menyebabkan dia menyuruh saya datang pada 13 September pula,” katanya ketika ditemui kelmarin.



Katanya, dia membatalkan niat untuk ke pejabat guaman suspek selepas media melaporkan Sosilawati ditemui mati dipercayai dibunuh peguam terbabit yang juga rakan kongsi pembelian tanah berkenaan.



“Saya, Sosilawati dan peguam itu sebelum ini kenalan rapat sejak tiga tahun lalu,” katanya.



Sebelum itu, katanya, dia menghubungi suspek bertanyakan mengenai Sosilawati yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, namun peguam terbabit menyatakan tiada apa yang perlu dirisaukan dan dia hanya perlu hadir ke pejabatnya mendapatkan wang keuntungan penjualan tanah berkenaan seperti dijanjikan.



“Dalam perbualan melalui telefon itu, dia juga mengaku sudah dua kali memberi keterangan kepada polis dan memaklumkan tiada apa yang perlu dirisaukan. Beberapa hari kemudian, saya mendapat tahu dia ditahan polis,” katanya.



Menceritakan mengenai urus niaga tanah itu, Datuk berkenaan mendakwa berkata, peguam terbabit memujuknya melabur bagi membeli sebidang tanah seluas 12 hektar di Batu Feringgi milik seorang warga tempatan pada harga RM25 juta dan perlu membayar deposit RM2.5 juta.



“Saya bagaimanapun beritahu tiada wang sebanyak itu. Dia memberi idea supaya saya berkongsi dengannya, Sosilawati dan seorang lagi rakan bagi membayar wang pendahuluan berkenaan,” katanya.



Katanya, dia dan Sosilawati serta seorang lagi rakan bersetuju membeli tanah berkenaan selepas dipujuk suspek kerana dijanjikan tanah berkenaan memberikan pulangan lumayan kepada kami. “Pembelian tanah melalui syarikat Sosilawati itu diuruskan suspek yang mengambil masa enam bulan sebelum berjaya dijual kepada satu syarikat dengan harga RM29 juta,” katanya.



Katanya, semua nampak lancar apabila suspek menunjukkan dokumen perjanjian jual beli dan ketika itu tiada yang meragukan.


“Dia membayar kembali modal RM2.5 juta kepada kami dalam tempoh enam bulan selepas menerima bayaran deposit RM2.9 juta daripada syarikat yang membeli tanah berkenaan. Bagaimanapun, kami gagal memperoleh bayaran keuntungan RM4 juta seperti yang dijanjikan walaupun sudah dua tahun berlalu.


“Dalam tempoh itu, saya sering menghubunginya bertanyakan perkara berkenaan dan kadangkala marah dengan jawapan suspek kononnya ada masalah dalam pertukaran hak milik,” katanya.



Selepas dua tahun, dia dihubungi suspek menyatakan wang keuntungan berkenaan sudah diperoleh dan perlu hadir ke pejabatnya bagi mendapatkannya. Namun, takdir menyebelahinya apabila dia mendapat maklumat pada 12 September bahawa peguam itu ditangkap polis berhubung kes bunuh dan bakar Sosilawati dan tiga rakannya.



“Kemungkinan Sosilawati juga disuruh datang ke pejabat suspek bagi mendapatkan wang keuntungan berjumlah RM4 juta itu, namun kedatangannya dan tiga yang lain seolah-olah menempah ajal. “Jika saya tidak menyedari kes pembunuhan itu, saya mungkin turut menerima nasib sama. Malah, saya diberitahu pihak berkuasa bahawa suspek dipercayai mengaku sudah merancang bagi membunuh saya dan rakan pada hari itu,” katanya.



Beliau membuat laporan mengenai kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat (IPPDKL), Selasa lalu.



Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi semalam mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

Thursday, September 16, 2010

TAK LOGIK LANGSUNG INDONESIA JADI TUAN RUMAH

'Malaysia tidak gentar'

RAJAGOBAL turut hadir mewakili Malaysia pada majlis undian di Hanoi, Vietnam semalam.


MALAYSIA telah diundi bersama-sama Indonesia dan Thailand untuk saingan peringkat kumpulan pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 yang akan berlangsung di Jakarta dan Bandung dari 1 hingga 7 Disember depan.
Biarpun dihimpit isu keselamatan berhubung insiden gerakan anti-Malaysia oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang semakin menjadi-jadi di negara republik itu, skuad kebangsaan tidak gentar untuk terus beraksi pada kejohanan tersebut.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, soal penarikan diri daripada saingan di Indonesia itu tidak lagi difikirkan mereka apabila menerima seadanya keputusan majlis undian di Hanoi, Vietnam semalam.
"Setakat ini tiada hasrat untuk kita menarik diri kerana Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Timbalan Presiden FAM) sendiri menyatakan bahawa kita perlu teruskan saja penyertaan ini.
"Cuma Tengku Abdullah meminta pihak PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) supaya dapat memberikan jaminan keselamatan ketika pasukan kita beraksi di Indonesia nanti," kata Azzuddin ketika dihubungi Kosmo! di Hanoi semalam.
Selain Tengku Abdullah dan Azzuddin, turut hadir mewakili Malaysia pada majlis undian tersebut ialah jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal.
Mengulas peluang skuad kebangsaan, Rajagobal berkata: "Kami hormat semua pasukan. Tapi dalam bola sepak, tiada perkara yang mudah kerana kita perlu mengambil kira banyak faktor. Bagaimanapun kami tidak gentar berdepan sesiapa saja."
Kumpulan A dibarisi tuan rumah, Indonesia, Malaysia Thailand dan pasukan juara pusingan kelayakan manakala Kumpulan B menampilkan tuan rumah, Vietnam, Singapura, Myanmar dan pasukan naib juara pusingan kelayakan.
PENGARAH besar Suzuki Vietnam, Yoshiyuki Hakamata (dua dari kiri) membuat cabutan pada majlis undian Piala AFF Suzuki 2010 di Hanoi semalam.


Pusingan kelayakan secara liga satu pusingan membabitkan empat pasukan iaitu Laos, Kemboja, Filipina dan Timor Leste akan berlangsung di Laos dari 22 hingga 26 Oktober depan.
Malaysia akan memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2010 dengan bertemu Indonesia pada 1 Disember, Thailand pada 4 Disember dan pasukan juara pusingan kelayakan pada 7 Disember depan.
Saingan separuh akhir akan berlangsung secara timbal balik pada 15 dan 16 Disember serta 18 dan 19 Disember manakala aksi final juga berlangsung secara timbal balik pada 26 dan 29 Disember depan.
Pada edisi 2008, Malaysia gagal ke separuh akhir setelah hanya menang 3-0 kepada Laos tetapi tewas kepada Vietnam (2-3) dan Thailand (0-3) pada saingan Kumpulan B yang berlangsung di Phuket, Thailand.

MARI BELI ROBOT

New humanoid robot developed
Japanese researchers have developed a humanoid robot that features lightweight and smooth movement.

The robot called HRP-4 was developed by a joint team from the National Institute of Advanced Industrial Science And Technology and Kawada Industries. It was unveiled to the media on Wednesday.

Standing 1-point-5-1 meters and weighing 39 kilograms, the robot is approximately 20 kilograms lighter than previous models. Researchers say it can be handled more easily.

It has an increased ability to analyze information from a built-in camera and can measure the distance to a targeted object more accurately.

It also has an upgraded hearing device which picks up human voices and understands instructions. Its arms and legs move more smoothly and it can stand on one leg.

Kawada Industries in Tokyo says it plans to start selling the robot to colleges and research institutions from January next year.

A manager at Kawada, Isozumi Takakatsu, says he hopes the technology will lead to the development of a robot that can perform simple tasks as well as humans.

TERKINI KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI


Suspek utama bunuh Sosilawati ada 7 kes jenayah komersial

September 16, 2010
Khalid Abu Bakar memaklumkan suspek utama turut disiasat berhubung kematian warga India dan wanita tempatan. — Gambar oleh Choo Choy May
BANTING, 16 Sept — Suspek utama, seorang peguam bergelar “Datuk” kes  pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain turut mempunyai kaitan dengan kes orang hilang dan pembunuhan termasuk seorang wanita serta tujuh kes jenayah komersil di daerah Kuala Langat.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata berkata suspek utama itu yang merupakan seorang peguam turut disiasat berkaitan kes kehilangan seorang lelaki warga India di sini yang didakwa hilang sejak awal tahun ini.
Bagaimanapun, Khalid berkata laporan polis mengenai ahli perniagaan warga India itu baru dibuat pada 8 September lepas.
“Jadi macam mana kita tahu jika tidak ada laporan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Polis Bersama Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat yang dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Hussin Ismail, di sini hari ini.
Dipetik Bernama, Khalid berkata peguam tersebut juga didapati mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita di Banting tahun lepas.
Laporan akhbar menyatakan bahawa wanita itu T. Selvi, 44 isteri kepada seorang pemilik bengkel kenderaaan dipercayai dibunuh kerana perselisihan faham mengenai urus niaga pinjaman wang yang melibatkan peguam itu.
“Walaupun suami mangsa ada membuat pelbagai ulasan mengenai kes itu, saya tidak bercadang beri apa-apa komen kerana kes itu sedang disiasat,” kata Khalid.
 Beliau berkata polis mendapat petunjuk-petunjuk baru mengenai kes pembunuhan wanita itu selepas siasatan dijalankan ke atas pembunuhan Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohamad, 38.
“Kes ini tidak pernah ditutup dan kita akan lakukan risikan bagi mendapatkan lagi maklumat,” kata Khalid.
Beliau berkata pihaknya ada menerima tujuh laporan jenayah komersial terhadap peguam itu antaranya kes pecah amanah dan penipuan jual beli tanah sejak tahun 2005 yang melibatkan kerugian RM7.1 juta.
Ditanya sama ada peguam itu telah “membeli” polis-polis di Kuala Langat, katanya, jika sesiapa mempunyai maklumat sedemikian mereka boleh melaporkan terus kepada beliau, Bukit Aman mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kita tidak akan lindungi orang kita yang menyeleweng,” tegas Khalid.

Cerita Dolu Dolu