Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 16, 2010

TERKINI KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI

Unit Forensik Temui Beberapa Lagi Objek Dari Sungai Panchau
BANTING: Unit Forensik Polis pada Rabu menemui beberapa lagi objek yang dipercayai bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki lain di Sungai Panchau di sini.
Polis yang memulakan operasi pada pukul 3.30 petang Rabu dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.
Usaha pihak media untuk menghampiri kawasan itu bagi melihat dengan lebih jelas operasi itu gagal berikutan kawalan ketat dan media hanya dibenar berada kira-kira 100 meter dari kawasan itu. Operasi itu berakhir pada pukul 5.30 petang.
Selain itu, polis juga memasang kain kanvas di tempat mereka beroperasi dan tindakan itu menyukarkan pihak media untuk melihat dengan jelas apa yang mereka lakukan dan objek yang dibawa naik dari sungai itu.
Turut kelihatan berada di lokasi operasi ialah Pengarah Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia Datuk Abdul Malek Harun.


Ahad lepas, unit forensik menemui beberapa cebisan tulang dari dalam sungai yang sama.
Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Polis mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu