Satu Lagi Bayi Dibuang Di Selangor
PETALING JAYA 14 SEPT - Seorang bayi perempuan dijumpai di hadapan pusat jagaan anak yatim Orphan Care di Kampung Tungku dekat sini kira-kira jam 5 petang tadi. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan perkara ini menerusi laman 'facebook'nya sebentar tadi. Menurut Khalid terdapat satu nota yang ditinggalkan bersama bayi yang dipercayai baru dilahirkan ini menyatakan bayi ini beragama muslim.
Kes pembuangan bayi semakin meningkat saban tahun di negara ini dipercayai berpunca dari kebejatan sosial remaja di negara ini. Polis Diraja Malaysia (PDRM) merumuskan bahawa lebih 80 peratus mereka yang didakwa terlibat dalam kes pembuangan bayi terdiri daripada orang Melayu. Malah 14 kes hampir 70 kes sepanjang tahun ini telah pun masuk proses pendakwaan di mahkamah dan semua yang tertuduh adalah orang Melayu.
Sebanyak 67 kes direkodkan pada 2005, dan disusuli 83 kes pada tahun berikutnya, 76 (2007), 102 (2008) dan 79 (2009). Hamidah menjelaskan, statistik kes pembuangan bayi menunjukkan peningkatan daripada 65 kes pada 2005 kepada 79 tahun lalu. Secara purata lapan bayi dibuang tiap-tiap bulan tahun ini setakat ini. Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur atau Orphan Care mencatat sejarah mewujudkan ruang khas menempatkan bayi bagi membolehkan mana-mana ibu terdesak yang tidak inginkan bayi mereka meninggalkannya dengan selamat.
Ruang tersebut yang dikenali 'pelindung bayi' itu adalah yang pertama seumpamanya di negara ini dan ia ditempatkan di pejabat pertubuhan itu di 6 Lorong SS1/24A, Kampung Tunku di sini. Ia dilancarkan oleh Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom yang turut melancarkan pusat itu pada 30 Mei lalu.
No comments:
Post a Comment