Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 16, 2010

TERKINI KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI


Suspek utama bunuh Sosilawati ada 7 kes jenayah komersial

September 16, 2010
Khalid Abu Bakar memaklumkan suspek utama turut disiasat berhubung kematian warga India dan wanita tempatan. — Gambar oleh Choo Choy May
BANTING, 16 Sept — Suspek utama, seorang peguam bergelar “Datuk” kes  pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain turut mempunyai kaitan dengan kes orang hilang dan pembunuhan termasuk seorang wanita serta tujuh kes jenayah komersil di daerah Kuala Langat.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata berkata suspek utama itu yang merupakan seorang peguam turut disiasat berkaitan kes kehilangan seorang lelaki warga India di sini yang didakwa hilang sejak awal tahun ini.
Bagaimanapun, Khalid berkata laporan polis mengenai ahli perniagaan warga India itu baru dibuat pada 8 September lepas.
“Jadi macam mana kita tahu jika tidak ada laporan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Polis Bersama Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat yang dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Hussin Ismail, di sini hari ini.
Dipetik Bernama, Khalid berkata peguam tersebut juga didapati mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita di Banting tahun lepas.
Laporan akhbar menyatakan bahawa wanita itu T. Selvi, 44 isteri kepada seorang pemilik bengkel kenderaaan dipercayai dibunuh kerana perselisihan faham mengenai urus niaga pinjaman wang yang melibatkan peguam itu.
“Walaupun suami mangsa ada membuat pelbagai ulasan mengenai kes itu, saya tidak bercadang beri apa-apa komen kerana kes itu sedang disiasat,” kata Khalid.
 Beliau berkata polis mendapat petunjuk-petunjuk baru mengenai kes pembunuhan wanita itu selepas siasatan dijalankan ke atas pembunuhan Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohamad, 38.
“Kes ini tidak pernah ditutup dan kita akan lakukan risikan bagi mendapatkan lagi maklumat,” kata Khalid.
Beliau berkata pihaknya ada menerima tujuh laporan jenayah komersial terhadap peguam itu antaranya kes pecah amanah dan penipuan jual beli tanah sejak tahun 2005 yang melibatkan kerugian RM7.1 juta.
Ditanya sama ada peguam itu telah “membeli” polis-polis di Kuala Langat, katanya, jika sesiapa mempunyai maklumat sedemikian mereka boleh melaporkan terus kepada beliau, Bukit Aman mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kita tidak akan lindungi orang kita yang menyeleweng,” tegas Khalid.

No comments:

Cerita Dolu Dolu