Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 15, 2010

TERKINI KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI - TIADA TERKINI

Pembunuhan Sosilawati: Tiada Perkembangan Terbaru
KUALA LANGAT: Tiada perkembangan terbaru dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Khalid Abu Bakar.
Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pembunuhan kejam tersebut.
Khalid hadir bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop menikmati makan tengah hari di sebuah restoran yang terletak lima kilometer daripada Ladang Gadong, yang didakwa tempat berlakunya pembunuhan.
Beliau turut menggesa media supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes.
"Sebelum menulis berita, pastikan fakta tepat dan tidak sewenang-wenangnya mendapatkan pengesahan daripada sumber yang tidak dikenali," katanya dan menambah, maklumat yang diperoleh daripada 'sumber' mungkin tidak tepat.
Ketika diminta untuk mengulas mengenai kes itu, Khalid berkata, adalah tidak sesuai baginya untuk berbuat demikian.
Abu Seman juga enggan memberi sebarang komen.
Khalid dan Abu Seman melawat Sg Kanchong dan Ladang Gadong sebelum beredar.

No comments:

Cerita Dolu Dolu