Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, September 14, 2010

ALAH BISA TEGAL BIASA.

 Lebih Ramai Mati Di Tangan Pembunuh Sosilawati?
KUALA LANGAT: Berkemungkinan lebih ramai individu yang mati di tangan pembunuh Datuk Sosilawati Lawiya ketika polis sedang berusaha membongkarkan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu.
Seramai sembilan orang dipercayai telah dibunuh secara kejam dan dihapuskan mayat dengan cara yang sama seperti dilakukan terhadap Sosilawati bersama tiga individu lain.
Semua individu terbabit dilaporkan hilang dan mempunyai kaitan dengan peguam adik-beradik yang disyaki sebagai dalang kepada pembunuhan Sosilawati.
Selain Sosilawati yang merupakan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dipukul sehingga mati dan kemudiannya dibakar sebelum dibuang abunya ke sebatang sungai berhampiran lokasi kejadi di Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat sini.
Sebelum itu, Sosilawati dan yang lain dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu bagi urusan pembelian tanah.
Perkembangan lain:
- Isteri kepada salah seorang lelaki yang hilang, warganegara India, berkata suaminya berkunjung ke Malaysia selepas mendapat jemputan daripada peguam adik-beradik terbabit.
- Isteri kepada pegawai bank Noorhisham Mohammad masih berharap suaminya masih hidup.
- Pasukan penyelam Polis Marin menyelam ke dalam Sungai Kanchong bagi meneruskan operasi mencari bahan bukti lain seperti senjata pembunuhan.
- Anak perempuan sulung Sosilawati paling berkemungkinan mewarisi harta jutawan kosmetik itu.
- Polis Pulau Pinang membuka semula beberapa kes yang belum selesai membabitkan pembunuhan beberapa peguam.

No comments:

Cerita Dolu Dolu