Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, September 14, 2010

TERKINI KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI

Suspek utama kes Sosilawati dibawa ke pejabatnya, tujuh CPU dan dokumen dirampas

BANTING - Suspek utama Datuk Sosilawati dibawa ke pejabatnya, di pekan Banting, bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhannya.

Beliau yang dikawal ketat oleh sepasukan anggota polis tiba di pejabatnya kira-kira jam 10.50 pagi.

Bagaimanapun pihak polis dan suspek tidak dapat memasuki premis berkenaan berikutan kunci yang digunakan salah.

Pihak polis kemudiannya membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis (IPPD) Kuala Langat dan tiba semula kira-kira jam 11.05 pagi.  

Beberapa dokumen berserta dengan tujuh CPU telah dibawa bersama setelah pihak polis dan suspek, berada di pejabat berkenaan selama satu jam setengah.

Selain daripada pihak media, orang ramai turut berkumpul di kawasan berkenaan bagi  mendapat perkembangan terkini mengenai kes itu.

Pihak polis yang berada ditempat kejadian enggan memberikan sebarang kenyataan.

Sementara itu, sepasukan unit forensik dilihat memasuki Ladang Gadong yang menjadi lokasi pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga yang lain.

Unit Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditempatkan di Sungai Kanchong Laut,  bagi mengesan sebahagian daripada bahan bukti serta barangan milik peribadi mangsa yang dipercayai dibuang kedalam sungai berkenaan.

No comments:

Cerita Dolu Dolu