Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 15, 2010

TERKINI KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI



Pembunuhan Sosilawati, MB & Pimpinan PKR Berkongsi Kesedihan

Mohd Ezli Mashut

GOMBAK 14 SEPT - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berkongsi kesedihan bersama ahli keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Gombak.

Abdul Khalid tiba di rumah keluarga Sosilawati di Lot 9933 Taman Harmonis,Gombak kira-kira jam 2.45 petang bersama rombongan pimpinan PKR lain.

Antara mereka ialah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin.

Pada majlis berkenaan, Abdul Khalid bersama-sama rombongan turut sama berteleku membaca surah Yassin bersama kira-kira 30 pengunjung lain, untuk disedekah kepada Allahyarhamah Sosilawati dan tiga individu lain.

Terdahulu, Abdul Khalid sempat beramah mesra dan bertanya khabar kepada anak-anak Sosilawati dan berharap mereka bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan.

“Kami sama-sama rasa kesedihan anak-anak Sosilawati dan kami berharap penyelesaian kepada perkara ini dapat dilakukan dengan segera supaya dapat mententeramkan keadaan,”katanya ketika ditanya pemberita, hari ini.

Selepas meluangkan masa kira-kira sejam bersama keluarga Sosialwati, Abdul Khalid juga menyatakan harapan supaya polis segera mencari jawapan kepada kes pembunuhan kejam ini dan kesediaan pihak berkuasa itu pasti dihargai kerajaan Selangor.

No comments:

Cerita Dolu Dolu