Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 31, 2011

PERLUKAH WANG RAKYAT DIHABISKAN SEBEGINI?


Untuk DS Rais. Rakyat berpusu-pusu ke rumah terbuka sebab dapat makan free terutama yang tidak merayakan Eid bukan nak pergi melawat saudara-mara. Dorang tu pergi makan duit rakyat bukan duit poket Pak Menteri macam rakyat marhaen buat rumah terbuka. Rumah terbuka MB Selangor pun ramai gak orang pergi, jadi kalau ikut falsampah DS Rais, BN TAKDE harapan nak rampas Selangor.
Rumah Terbuka Aidilfitri Di Pulau Pinang Tiada Motif Politik - Rais
PUTRAJAYA: Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2011 yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 11 September ini tidak mempunyai sebarang motif politik, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata program adalah landasan untuk menyatukan rakyat Malaysia serta menghargai gagasan 1Malaysia.
"Perayaan ini akan kita tunjukkan sebagai penaut kepada jurang dan kita tidak akan mengadakan ini untuk tujuan siasah politik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana disini.
Beliau berkata Pulau Pinang dipilih sebagai tuan rumah kerana negeri itu belum pernah menganjurkan sambutan seperti itu secara besar-besaran berbanding negeri-negeri jiran seperti Kedah, Perlis dan Perak.
Katanya, semua pihak dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dijangka menarik tidak kurang 20,000 pengunjung.
Mengenai majlis rumah terbuka di Seri Perdana, Selasa, beliau berkata kehadiran orang ramai yang tidak putus-putus sejak pukul 11 pagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri.
Selain itu, kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin parti pembangkang jelas menunjukkan penonjolan budaya bermuhibah semasa sambutan Hari Raya dan sambutan kemerdekaan ke-54 tanpa mengira ideologi politik. - BERNAMA

BILA MALAYSIA NAK LAKSANAKAN SISTEM YANG SAMA?


Menurut perlembagaan, ahli-ahli Parlimen hendaklah dipanggil untuk memilih Perdana Menteri selepas selesai Pilihanraya untuk dipersembahkan kepada Agong dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Jika ahli Parlimen memilih untuk memilih Perdana Menteri bukan dari parti yang mempunyai kerusi terbanyak pun tidak menjadi halangan dari segi Perlembagaan. Ianya menjadi amalan seperti di Jepun dan banyak negara di dunia. Menghairankan di Malaysia, ahli Parlimen tidak mengundi untuk memilih Perdana Menteri TETAPI sudah dijadikan kebiasaan, Presiden UMNO melantik dirinya sebagai Perdana Menteri dan 'menghantar' dirinya untuk diperkenankan oleh Agong. 

Noda elected PM by both houses of Diet
The new leader of the main governing Democratic Party, Yoshihiko Noda, has been elected Japan's 95th Prime Minister in both houses of the Diet.

The Lower and Upper Houses of the Diet voted to elect Noda on Tuesday afternoon. Noda was chosen as the new DPJ leader on Monday.

He succeeds Naoto Kan, who resigned earlier in the day.
Tuesday, August 30, 2011 14:22 +0900 (JST)

Cerita Dolu Dolu