Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 31, 2011

PERLUKAH WANG RAKYAT DIHABISKAN SEBEGINI?


Untuk DS Rais. Rakyat berpusu-pusu ke rumah terbuka sebab dapat makan free terutama yang tidak merayakan Eid bukan nak pergi melawat saudara-mara. Dorang tu pergi makan duit rakyat bukan duit poket Pak Menteri macam rakyat marhaen buat rumah terbuka. Rumah terbuka MB Selangor pun ramai gak orang pergi, jadi kalau ikut falsampah DS Rais, BN TAKDE harapan nak rampas Selangor.
Rumah Terbuka Aidilfitri Di Pulau Pinang Tiada Motif Politik - Rais
PUTRAJAYA: Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2011 yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 11 September ini tidak mempunyai sebarang motif politik, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata program adalah landasan untuk menyatukan rakyat Malaysia serta menghargai gagasan 1Malaysia.
"Perayaan ini akan kita tunjukkan sebagai penaut kepada jurang dan kita tidak akan mengadakan ini untuk tujuan siasah politik," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana disini.
Beliau berkata Pulau Pinang dipilih sebagai tuan rumah kerana negeri itu belum pernah menganjurkan sambutan seperti itu secara besar-besaran berbanding negeri-negeri jiran seperti Kedah, Perlis dan Perak.
Katanya, semua pihak dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dijangka menarik tidak kurang 20,000 pengunjung.
Mengenai majlis rumah terbuka di Seri Perdana, Selasa, beliau berkata kehadiran orang ramai yang tidak putus-putus sejak pukul 11 pagi menunjukkan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri.
Selain itu, kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin parti pembangkang jelas menunjukkan penonjolan budaya bermuhibah semasa sambutan Hari Raya dan sambutan kemerdekaan ke-54 tanpa mengira ideologi politik. - BERNAMA

No comments:

Cerita Dolu Dolu