Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Saturday, November 20, 2010

ALHAMDULILLAH - LEPAS NI LANTIKLAH YANG BERWIBAWA.

PETIKAN : Isteri Perdana Menteri itu pernah menyatakan mahu melepaskan jawatannya kerana dianggap 'tidak kena' jika terus memegang jawatan di negeri diperintah parti pembangkang. - Bila pulak pembangkang memerintah? Pembangkang, pembangkang la... kat Selangor BN pembangkang... bila BN perintah Selangor?
Sultan Selangor Perkenan Rosmah Lepas Jawatan Canselor Unisel
KUALA SELANGOR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan hasrat Datin Seri Rosmah Mansor untuk tidak dilantik semula sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) selepas kontraknya tamat Februari ini.
Rosmah memberitahu demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Unisel Kelima di Kampus Bestari Jaya di sini, Sabtu.
"'Ingin saya maklumkan bahawa ini adalah merupakan tugasan terakhir saya dalam Majlis Konvokesyen Unisel.
"Permohonan saya untuk berundur diri sebagai Canselor sehingga tamat tempoh lantikan telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," katanya.
Turut hadir pada majlis itu termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Kontroversi kedudukan Rosmah di universiti milik kerajaan negeri itu mula tercetus selepas Pakatan Rakyat berjaya merampas Selangor daripada Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008.
Isteri Perdana Menteri itu pernah menyatakan mahu melepaskan jawatannya kerana dianggap 'tidak kena' jika terus memegang jawatan di negeri diperintah parti pembangkang.
Bagaimanapun beliau terpaksa menanti sehingga Sultan Selangor membuat keputusan.

MESTI TANDATANGAN PETITION JIKA ANDA DI SELANGOR/W.PERSEKUTUAN

Tandatangan petition secara online telah bermula sejak 15 NOVEMBER 2010 dan tidak sampai 1,000 orang telah menandatanganinya. Sila KLIK GAMBAR untuk menandatangani petition tersebut.

Mungkin ada yang musykil kenapa perlu tandatangan? Baca fakta seperti dibawah. Ini bukan masalah politik tetapi masalah rakyat. Berlapang dada dan jangan menganggap ini sengaja dipolitikkan. Sesal kemudian tiada gunanya. Rakyat marhaen juga yang teraniaya.


JANGAN BETUL BETUL JADI KASINO UDAH LA...

Pegawai polis dilatih jadi 'pakar' judi


iSMAIL (duduk dua dari kiri) bersama pegawainya mendengar taklimat mengenai mock kasino di di Maktab PDRM di Cheras semalam. Duduk di sebelah Ismail Timbalan Presiden Eksekutif Operasi Resort Genting Malaysia Berhad, Kevin Sim Kia Ju.



KUALA LUMPUR - Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mock casino tersebut didirikan dengan peruntukan RM198,000 manakala peralatan dan kelengkapan perjudian bernilai RM110,000 disumbangkan oleh Genting Malaysia Berhad.
Menurut beliau, penubuhan makmal yang mirip kasino sebenar itu yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perjudian seperti roullette, mesin slot dan cip bertujuan melatih pegawai JSJ menjadi pakar dalam judi.
"Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar Ismail.
Kata Ismail, sejak tahun 2000 sehingga 2009, seramai 318 pegawai telah dihantar menjalani kursus di makmal tersebut dan mereka telah diiktiraf sebagai pakar judi.
Ismail berkata demikian di Maktab PDRM ketika beliau memperkenalkan tiga inisiatif baru PDRM bagi memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam penyiasatan dan membanteras kegiatan jenayah.
Selain mock casino, dua lagi inisiatif baru yang diumumkan oleh Ismail ialah penerbitan buku manual Prosedur Operasi Standard (SOP) siasatan jenayah berat dan laman Portal JSJ Update.

NABI MUHAMMAD DAH LARANG LAMA DAH..... Nak tunggu bukan Islam beritahu ke?


Hakim Jagjit Singh : “Saya berpendapat orang awam berhak berada di dalam masjid kerana ia merupakan tempat beribadat dan tiada sesiapapun yang berhak menyuruh mereka keluar daripada masjid dan apa jua halangan daripada berada dalam masjid adalah satu perbuatan yang melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu melanggar kebebasan beragama,” katanya.

Dua MP Pakatan antara 17 bebas tuduhan sertai perhimpunan Bersih

TERKINI @ 11:32:15 PM 19-11-2010
November 19, 2010
KUALA LUMPUR, 19 Nov — Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 17 orang termasuk dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat - Tian Chua dan N Gobalakrishnan daripada tuduhan menyertai perhimpunan tidak sah anjuran Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih) tiga tahun lalu.
Turut dibebas tuduhan ialah ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu.
Dalam keputusannya, Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan itu haram dan wujud kecacatan dalam pertuduhan.
Perbicaraan itu mengambil masa tiga tahun.
Dalam pilihan raya yang diadakan lima bulan selepas perhimpunan itu, Chua dan Gobalakrishnan yang bertanding atas tiket PKR, masing-masing menang di kerusi Batu dan Padang Serai.
Antara lain hakim berkata pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan bahawa tertuduh berada di tempat perhimpunan, malah kesemua 17 tertuduh sudah bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.
Kesemua tertuduh didakwa menyertai perhimpunan haram yang diadakan di pelbagai lokasi di ibu negara termasuk Masjid Negara dan kompleks membeli-belah Sogo.
Perhimpunan Bersih 2007 telah diadakan pada 10 November 2007 dan tidak mendapat permit polis.
Ia dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Bersih, yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, yang bertujuan mahu menuntut pilihan raya yang adil.
Perhimpunan itu dilaporkan disertai oleh 100,000 orang.
Dalam memorandum tersebut, Bersih mengemukakan empat tuntutan iaitu penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan, penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara dan akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihan raya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.
Selain Chua, Gobalakrishnan dan Mohamad, turut terlepas daripada pertuduhan itu ialah Mohd Zad Abdullah, Mohd Salim Yeslam, Abdul Razali Abdul Rahman, Razali Abdul, Mohd Asri Ahmad, Mohd Harith Fathillah, Saleh Mohd Tahir, Azahar Yusop, Sulaiman Ahmad, Taib Abdullah, Mohd Shafie Ismail, Mohd Nazreen Mohd Nasir, Mohd Abi Salam Ariffin dan Ishak Othman.
Hakim Jagjit dalam penghakimannya berkata, berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, tertuduh ke-16 iaitu Mohamad dan tertuduh ke-17 iaitu Chua mendapati, pihak pendakwaan hanya bergantung kepada pita rakaman semata-mata dan tiada keterangan saksi menunjukkan kedua-dua tertuduh berhimpun di Istana Negara yang boleh memudaratkan kepentingan awam.
“Kedua-dua tertuduh berada di situ (Istana Negara) untuk menyerahkan memorandum kepada pihak istana dan mereka telah diberikan masa yang secukupnya oleh pihak polis untuk menyerahkan memorandum itu dan selepas menyerahkannya
mereka beredar. Maka tidak timbul isu enggan bersurai dan wujudnya perhimpunan haram di tempat itu,” katanya.
Selain itu, penangkapan kedua-kedua tertuduh turut dipersoalkan kerana tangkapan dibuat jauh dari Istana Negara. Mohamad Sabu ditangkap di Tol Juru, Pulau Pinang manakala Chua ditangkap di Johor Bahru.
Bagi tertuduh ke-10 iaitu Gobalakrishnan, Jagjit berkata tiada keterangan oleh mana-mana saksi yang menunjukkan tertuduh terlibat dalam perhimpunan di Jalan Tun Perak di sini kerana pihak pendakwaan hanya bergantung kepada video rakaman semata-mata.
“Dalam video rakaman menunjukkan kehadiran tertuduh, namun tiada keterangan saksi pendakwaan yang mengatakan bahawa tertuduh terlibat dalam perhimpunan itu. Di dalam video itu juga menunjukkan tertuduh tidak berpakaian berwarna kuning ataupun merah yang tertera perkataan “Bersih” ataupun “Unit Amal”. Persoalannya, bagaimana nak mengaitkan tertuduh terlibat dalam perhimpunan tersebut,” katanya.
Bagi 14 tertuduh yang lain yang ditangkap di beberapa lokasi seperti Masjid Negara dan Jalan Raja Laut di sini telah menunjukkan kehadiran mereka di situ, bagaimanapun pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa kehadiran mereka mengganggu ketenteraman awam.
“Saya berpendapat orang awam berhak berada di dalam masjid kerana ia merupakan tempat beribadat dan tiada sesiapapun yang berhak menyuruh mereka keluar daripada masjid dan apa jua halangan daripada berada dalam masjid adalah satu perbuatan yang melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu melanggar kebebasan beragama,” katanya.
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menyertai perhimpunan itu dan mengingkari arahan polis untuk bersurai di beberapa tempat di sekitar ibu negara seperti Jalan Raja Laut, Jalan Istana Baru dan Jalan Tun Perak antara pukul 1 petang hingga 4 petang, 10 November 2007.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan mengikut Seksyen 27 (4) Akta Polis 1967.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff yang mengemukakan seramai 36 saksi manakala barisan pembelaan diketuai oleh Hanifa Maidin.

Friday, November 19, 2010

QURBAN SURAU AL-HUSNA - 6 LEMBU, 2 KAMBING


Ahli Qariah Surau Al-Husna melaksanakan ibadah qurban tahun ini 1431H mungkin kali terakhir di surau kabin. Tahun hadapan insyaallah akan dilaksanakan di Surau baru. Sekitar perjalanan Qurban Surau Al-Husna boleh ditatap di FACEBOOK SURAU AL-HUSNA.

TAKZIAH KEATAS AHLI KELUARGA RAKAN YANG TAK SEMPAT MELONTAR.

Semalam kami mendapat berita seorang rakan yang mengerjakan haji tahun ini kembali kerahmatullah pada 18 Nov pagi (waktu Malaysia). Beliau menghidap kanser hati dan semasa saat hampir hendak bertolak tempohari beliau telah masuk ke wad akibat pendarahan. Maklumat yang kami terima beliau juga dimasukkan ke wad sesampainya di Madinah. Dengan bantuan pengangkat, beliau mengerjakan haji hingga dapat wukuf di Arafah. Takziah kepada isteri beliau yang juga kehilangan ibunya pada tahun ini (Ogos). Ianya bukan musibah tetapi ketentuan Ilahi. Simpati kerana anak-anaknya masih kecil (Sulong umur 8 tahun) Al-Fatihah.

Jemaah melontar, tawaf dalam hujan lebat

SEJUMLAH jemaah berjalan dalam hujan di Mina pada malam kelmarin.


MINA, Arab Saudi - Hujan membasahi jemaah yang sedang melakukan ibadah melontar jamrah dan tawaf malam kelmarin. Walaupun tidak terlalu lebat, angin yang bertiup kencang menambahkan impak hujan tersebut.
Ada juga jemaah yang tidak mencari tempat berteduh, sebaliknya menikmati hujan itu.
"Ia adalah petanda daripada Allah bahawa haji kami telah diterima. Ini adalah rahmat," kata seorang jemaah dari Iran, Ibrahim Mohammadi.
Kadangkala terdapat petir dan kilat sabung-menyabung. Di dalam khemah, bunyi hujan kedengaran.
Kebanyakan jemaah mengambil peluang untuk membaca al-Quran selain menghubungi rakan-rakan lain dengan menggunakan telefon bimbit bagi meminta mereka supaya tidak keluar.
Jalan-jalan juga menjadi licin manakala kedai-kedai sementara yang dibina oleh peniaga dari Mekah dan Jeddah terpaksa ditutup.
Khemah plastik yang didirikan jemaah hampir koyak disebabkan tiupan angin itu.
Jemaah haji yang basah kuyup cuba berteduh di beberapa lokasi.
Lokasi yang lazimnya sesak dengan jemaah untuk melakukan ibadah melontar juga lengang kerana hujan.
Dianggarkan seramai tiga juta umat Islam melaksanakan ibadah haji pada tahun ini.
Sebahagian daripada mereka telah menyempurnakan ibadah haji semalam dan bakinya akan meneruskan ibadah masing-masing pada hari ini.
Semalam, jemaah haji masih melontar di jamrah sebelum musim haji berakhir pada hari ini. - Agensi

PASTIKAN LALUAN KELUAR MASUK BENAR-BENAR DIINTEGRASIKAN.

Diharap projek mengambil kira laluan akses ke sistem pengangkutan yang lain dengan betul. Cukuplah dengan stail lama - sistem aku aku kau kau - merananya penumpang yang terpaksa berhujan berpanas. Apabila dah ada komplen, buat planning baru untuk integrasi dan jadi projek tambahan - ingat fasal billion billion yang diperuntukkan untuk pengangkutan awam?
PM Mahu Projek MRT Dilaksana Julai Tahun Depan
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu projek Transit Aliran Massa (MRT) di bawah Greater KL dilaksanakan menjelang Julai tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.
Beliau berkata laporan teknikal mengenai projek itu, termasuk laluannya, telah selesai dan akan dibentangkan kepada Majlis Ekonomi Negara serta Kabinet untuk diteliti dan dimuktamadkan pada bulan ini.
"Orang ramai akan berpeluang memberi maklum balas selepas Majlis Ekonomi membuat keputusan mengenai laporan teknikal ini," katanya pada sidang akhbar mengenai Greater KL di sini Khamis.
Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Idris berkata satu lagi projek iaitu rel berkelajuan tinggi akan memasuki fasa kajian awal selama dua bulan, bermula awal tahun depan dan selepas selesai, ia akan disusuli dengan kajian mendalam selama enam bulan.
Sementara itu, Raja Nong Chik berkata pembinaan MRT akan melibatkan penggunaan tanah kerajaan persekutuan bagi mengelak soal pengambilalihan tanah.
Soal pengambilan tanah sedang dikaji oleh perunding utama. Taburan stesen-stesen MRT juga belum dikenal pasti secara muktamad, katanya.
Beliau berkata salah satu lokasi yang akan dihubungkan dengan MRT ialah kawasan Kampung Baru yang merupakan salah satu fokus dalam Greater KL dan sistem MRT yang bakal dibina itu akan diintegrasikan dengan sistem pengangkutan sedia ada yang lain.
Katanya rancangan Greater KL turut merangkumi langkah "menghidupkan" semula sungai-sungai di Lembah Klang yang tercemar serta usaha menghijaukan Kuala Lumpur dengan menanam 30,000 pokok pada tahun depan. - BERNAMA

KALAU BANJIR JUGAK? KEDAH TAKKAN TAK DAPAT PAPE?


Guan Eng: Arahan henti kerja landasan kembar dibatal

November 18, 2010
GEORGE TOWN, 18 Nov – Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini menarik balik perintah berhenti kerja bagi projek landasan kereta api berkembar Ipoh-Padang Besar selepas kontraktornya, MMC Corporation Berhad-Gamuda Berhad (MMC-Gamuda JV), memberi surat jaminan mengenai langkah-langkah mencegah banjir.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata bahawa selepas menerima jaminan itu hari ini, kerajaan negeri telah mengarahkan Majlis Perbandaran Seberang Perai supaya mengeluarkan surat kepada MMC-Gamuda JV bagi memberitahu bahawa larangan itu telah ditarik balik.
Perintah henti kerja itu dikeluarkan Jumaat lepas oleh kerajaan negeri dengan alasan projek itu boleh menyebabkan banjir.
Lim berkata syarikat itu telah memberi jaminan ia sedia merobohkan mana-mana landasan sedia ada untuk tujuan tebatan banjir dan juga akan bertanggungjawab memberi pampasan jika berlaku banjir disebabkan oleh projek itu.
MMC-Gamuda JV adalah kontraktor utama projek landasan elektrik sejauh 329 kilometer itu yang menelan belanja RM12.5 bilion dan dijangka siap pada 2013. – Bernama

Thursday, November 18, 2010

DAP BAGI LESEN KUARI PULAK?

Keluarga tuntut ganti rugi RM250,000


BUKIT MERTAJAM – Sebuah keluarga menuntut ganti rugi sebanyak RM250,000 daripada pengusaha sebuah kuari selepas seketul batu yang melayang dari kuari itu merosakkan rumah mereka di Kampung Pelet di sini kelmarin.
Menurut Mansor Zainol, 43, tuntutan itu adalah bagi dirinya dan empat ahli keluarganya yang mendiami rumah itu dan kini trauma akibat kejadian tersebut.
Katanya, dia juga akan menuntut supaya syarikat itu serta dua syarikat kuari lain memberi perlindungan insurans kepada penduduk kampung itu bagi menjamin keselamatan mereka.
“Sejak kejadian itu kami takut untuk tinggal di dalam rumah kerana bimbang letupan dari kuari berhampiran akan menerbangkan lagi batu ke arah rumah kami.
“Kami seolah-olah tinggal di medan perang kerana sentiasa bimbang setiap kali terdengar letupan batu dari kuari,” katanya.
Tambah Mansor, kejadian itu juga telah menjejaskan sambutan Hari Raya Aidiladha semalam kerana mereka masih terkejut dan rumah pula rosak.
Katanya, selepas kejadian kelmarin, beberapa anggota polis telah datang ke rumahnya bagi menjalankan siasatan berikutan satu laporan yang dibuatnya di Balai Polis Kubang Semang.

Wednesday, November 17, 2010

KATAKAN TAK NAK! KALAU MALAYSIA BOLEH DAPAT TOP 5 TAKPE


PM - Please sack Shabery. . . 

Malaysia bida Sukan Asia 2023 jika Kabinet, rakyat kata OK

November 16, 2010

Seorang penonton di stadium hoki di Guangzhou, Guandong November 16, 2010. — Reuters
GUANGZHOU, 16 Nov — Kementerian Belia dan Sukan sedia untuk mendapatkan kelulusan Kabinet bagi membida penganjuran Sukan Asia 2023 jika terdapat desakan daripada rakyat Malaysia, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata walaupun Kabinet pada September lepas membuat keputusan untuk tidak meneruskan bidaan terhadap penganjuran Sukan Asia 2019, kementerian sedia untuk meyakinkan jemaah menteri bagi tujuan bidaan edisi 2023 pula.
“Bagi bidaan Sukan Asia 2019, KBS menganggarkan kos penganjuran sukan kedua terbesar dunia itu melebihi RM1.6 bilion. 
“Jika kita mahu membida temasya pada 2023, kosnya mungkin naik sehingga tiga atau empat kali ganda tetapi apa yang lebih penting ialah kemahuan rakyat Malaysia sendiri.
“Jika mereka mahu Malaysia membida temasya tahun 2023, mereka perlu bersuara. Saya percaya kerajaan akan menilai kemahuan rakyat,” kata beliau dipetik Bernama hari ini.
Beliau kini berada di sini di mana semalam Malaysia mengutip emas pertama.
Laporan sebelum ini menyebut Sukan Asia Ke-18 sepatutnya berlangsung 2018 tetapi Jawatankuasa Olimpik Asia pada 3 Julai 2009 memutuskan untuk mengalihkan temasya itu setahun sebelum Olimpik 2020.
Berbanding kejohanan semasa, bidaan untuk Sukan Asia 2019 dan 2023 disatukan sebagaimana bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.
Jawatankuasa Olimpik Asia meminta negara-negara yang berminat agar menghantar surat hasrat manakala bidaan rasmi mesti dikemukakan sebelum akhir 2010 dan negara penganjur akan diumumkan April depan.
Ahmad Shabery dan anggota kontinjen Malaysia yang beragama Islam sebelum itu menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Pusat Agama yang terletak di Perkampungan Atlet di sini.
Kata beliau, kos penganjuran akan meningkat setiap tahun dan perkara itu tidak dapat dielakkan tetapi tuan rumah boleh mendapat pulangan daripada pelbagai bentuk lain.
Guangzhou sendiri dilaoprkan membelanjakan lebih RM7 bilion untuk menganjurkan Sukan Asia yang sedang berlangsung di sini manakala New Delhi  membelanjakan lebih RM18 bilion untuk menganjurkan temasya Sukan Komanwel ke-19 bulan lepas.
Malaysia sebelum ini hampir menjadi tuan rumah kepada dua edisi Sukan Asia.
Qatar menewaskan Malaysia bagi menganjurkan Sukan Asia di Doha pada 2006 dan edisi tahun ini pula diberikan kepada Guangzhou selepas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak peluang penganjuran itu dengan alasan ia membabitkan kos RM1.3 bilion.
Hasrat untuk membida menjadi tuan rumah Sukan Asia 2019 pula ditolak Kabinet kerana kos penganjurannya dianggarkan melebihi RM1.6 bilion.
Bandar raya Incheon di Korea Selatan akan menjadi tuan rumah edisi ke-17 pada 2014 manakala tuan rumah bagi edisi 2019 pula menjadi rebutan antara Hong Kong, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan India.
Hong Kong juga dilaporkan berminat untuk membida penganjuran temasya pada 2023 jika gagal dalam bidaan bagi edisi tahun 2019.
Ditanya mengenai kriteria yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Asia bahawa tuan rumah yang mahu menganjurkan temasya itu mesti mempunyai kumpulan besar atlet yang bertaraf Asia, Ahmad Shabery berkata memandangkan bidaan akan datang adalah bagi 2023, Malaysia mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan kumpulan atlet seperti yang dimaksudkan.
“Jika kita serius mahu menganjurkannya, Malaysia mempunyai tempoh 12 tahun lagi untuk menyediakan kumpulan besar atlet yang bertaraf dunia,” katanya.
Ahmad Shaberu berkata bahawa ketika Doha menganjurkan Sukan Asia 2006, Qatar yang mempunyai penduduk sekitar 200,000 orang, tidak mempunyai kumpulan besar atlet bertaraf dunia.
“Penganjuran Sukan Asia bukan melibatkan atlet dan pegawai sahaja tetapi membabitkan semua rakyat, sama ada secara langsung atau tidak,” katanya.

KAD DEBIT DAH ADA - BANK KENA COUNTER

Bilangan Kad Kredit Dalam Pasaran Jatuh Mendadak
PETALING JAYA: Bilangan kad kredit dalam edaran jatuh mendadak menyebabkan bank-bank tempatan terpaksa bertindak balas dengan mempergiatkan kempen pemasaran lebih agresif.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sehingga 30 September lalu menunjukkan 8.7 juta kad kredit merangkumi 7.7 juta kad utama dan sejuta kad tambahan berada dalam pasaran.
Ramai yang telah membatalkan kad mereka selepas kerajaan memperkenalkan cukai sebanyak RM50 bagi kad kredit utama dan RM25 untuk setiap kad tambahan bermula tahun ini.
Pada akhir tahun lepas, terdapat 10. 8 juta kad kredit namun angka tersebut jatuh sehingga 9.1 juta pada pertengahan tahun ini.
Bagi mengelakkan masalah tersebut, pihak bank telah memperkenalkan pelbagai cara seperti menawarkan lebih banyak mata ganjaran dan memberikan ganjaran tunai bagi menarik lebih ramai pengguna.
Bulan lalu, Maybank memperkenalkan program 10,000 mata ganjaran bagi setiap pelanggan yang menghidupkan semula kad kredit mereka yang telah dibatalkan pada bulan Jun.
10,000 mata ganjaran yang diperkenalkan itu akan digunakan untuk mengimbangi cukai sebanyak RM50 yang dikenakan.
Standard Chartered pula menawarkan pemberian skim wang tunai kepada pemohon kad kredit emas dan platinum yang berjaya pada promosi yang bermula pada 1 September lalu hingga 31 Januari tahun depan.
Pemegang kad kredit emas akan menerima RM88 dan wang tersebut akan dikreditkan terus ke dalam akaun mereka sementara pemegang kad platinum pula bakal mendapat RM188.
“Ini seperti memberi duit percuma. Siapa kata tidak ada makanan tengah hari percuma,” kata seorang penulis iklan yang enggan dikenali.
Untuk pemegang kad kredit Citibanks PremierMiles, pula mereka akan mendapat 15 peratus Enrich Miles tambahan apabila merka menebus mata ganjaran menerusi promosi yang bermula pada 1 November hingga 31 Disember ini.
Bank-bank lain juga telah meningkatkan jumlah rebet wang tunai dan mereka skim bonus istimewa untuk mengimbangi caj penggunaan sebanyak RM50 yang diperkenalkan itu.
Menurut Pakar Runding Pengurusan, Lee Sue Yee, 30, dia hanya menggunakan kad tambahan kerana cukai kerajaan yang dikenakan adalah lebih rendah.
“Saya kurang membayar cukai, jadi saya dapat jimat sebanyak RM25 bagi satu kad tambahan setiap tahun. Lagi pun tidak banyak bezanya antara kad utama dan kad tambahan,” katanya.
Bagi akauntan Ahmad Huzaimi Ghazi, 27, dan eksekutif komunikasi Annie James pula, mereka tidak perlu risau dengan cukai yang dikenakan oleh kerajaan.
“RM50 tidak ada bezanya jika hendak dibandingkan dengan kadar faedah tinggi yang dikenakan oleh pihak bank. Saya hanya gunakan satu kad sahaja kerana ia lebih mudah,” kata Ahmad Huzaimi.
James berkata dia hanya menggunakan kad tersebut untuk tujuan kecemasan sahaja terutamanya apabila dia berada di luar negara.

SALAM EIDUL ADHA

MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL ADHA kepada muslimin dan muslimat. Semoga ibadah qorban yang akan dilaksanakan memberi keinsafan dan mendapat keredaan Allah S.W.T.

Bagi mereka yang mengerjakan ibadah haji semoga mendapat haji yang Mabrur.

Esok 10 Zulhijjah (bukan 17 Zulhijjah) akan sibuk dari pagi hingga kepetang. Pagi sesudah Solat Subuh tentunya ke Masjid untuk solat hariraya. 6 ekor lembu dan 2 ekor kambing akan dikorbankan esok di Surau Al-Husna. Oleh kerana keadaan diri tidak mengizinkan, saya serahkan tugas membantu kepada anak-anak dan saya akan teruskan tugas sebagai cameraman agar Facebook Surau Al-Husna Seksyen 20 akan sentiasa muktahir.

Jumpa lagi malam esok insyaallah.

ISUNYA KENAPA BERBEDA BEDA? WALAUPUN TAHU SEBABNYA. . . .

Rasanya tiada siapa yang pertikai tempoh masa yang agak lama dan alasan yang diberi tetapi kenapa berbeda?. . . dah setahun dah. . . . Mungkin Datuk Md Alias boleh terangkan secara terperinci tempoh masa untuk daftarkan PARTI CINTA MALAYSIA dan juga MAKKAL SAKTI ataupun KIMMA? Ataupun kenapa UMNO Baru 1986 boleh didaftarkan dengan pantas? Kalau tak silap kurang dari 2 Minggu. 
Permohonan Pakatan Rakyat Kepada ROS Masih Dipertimbangkan
PUTRAJAYA: Permohonan Pakatan Rakyat (PR) untuk mendaftarkannya sebagai sebuah parti yang sah kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sejak November tahun lalu masih tertangguh.
Ketua Pengarahnya, Datuk Md Alias Kalil berkata permohonan PR sedang dipertimbangkan.
Tidak seperti persatuan-persatuan lain, permohonan yang dibuat oleh parti politik mengambil masa yang lebih lama untuk dipertimbangkan kerana ia melibatkan soal keselamatan dan ideologi, katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status permohonan Pakatan Rakyat.
Ditanya mengenai cadangan Datuk Zaid Ibrahim yang mahu menubuhkan sebuah parti yang baru, Alias berkata beliau masih belum menerima sebarang permohonan.
Sebelum ini dilaporkan Zaid akan dipecat daripada PKR apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persektuan.
Alias berkata permohonan PR untuk didaftarkan sebagai sebagai sebuah parti telah diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan sebelum ia parti itu melancarkan dasar dan polisi mereka pada konvesnyen pertamanya masih sah.

Tuesday, November 16, 2010

LIOW TIONG LAI KEKAL KE? KAH KAH KAH

Berkaitan ENTRY yang INI

Rombakan kabinet minggu depan?

Oleh Muda Mohd Noor
PETALING JAYA: Khabar angin dan spekulasi tercetus mengenai rombakan kabinet yang dijangka diumumkan minggu depan atau awal bulan Disember, kata sumber-sumber hari ini.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan. 


Mereka ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan), Datuk Shaziman Mansur (Kerjaraya), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).



Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dikatakan akan dibawa masuk ke kabinet menjadi timbalan menteri.



Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian, termasuk Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menteri dalam negeri.



Dua bekas menteri – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang kini setiausaha agung BN dan bekas menteri pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said juga dikatakan akan kembali ke kabinet.



Sementara Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh.



Ini merupakan rombakan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sejak mengambilalih jawatan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, April tahun lalu.



Dalam rombakan pertama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Azalina digugurkan.



"Terdengar khabar Najib akan mengumumkan rombakan tersebut selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya Rabu depan," kata sumber itu.

Cerita Dolu Dolu