Followers

Klik Sekali

All Year Round Sales - Jualan Murah

Anda Mencari Sesuatu?

KLIK AJER DI SINI

Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 12, 2011

DAN TIADA MAAF DARI UM LAH KAN? BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.


Big Dog tukar nada, paderi "mungkin" berikrar

Akhbar Utusan Malaysia yang dilanda kontroversi kerana membangkitkan isu 'negara Kristian' hari ini menyiarkan satu penjelasan ringkas berhubung dakwaan yang dilaporkan Sabtu lalu.
Akhbar berkenaan hari ini melaporkan bahawa penulis blog berkenaan, Zakhir Mohamed telah menyiarkan penjelasan tersebut semalam melalui satu tulisan bertajuk 'May God bless all of us' laman blog bigdogdotcom.wordpress.com.
"Big Dog yang mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan ikrar paderi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang baru-baru ini, tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu," laporan berkenaan dipetik.
Dalam tulisan di blognya, Zakhir yang popular dengan nama jolokan Big Dog itu antara lainnya menjelaskan bahawa kumpulan paderi itu "mungkin" berikrar untuk menjadikan seorang Kristian dan menjadikan fahaman tersebut sebagai agama rasmi persekutuan.
"Tentulah ianya lebih sesuai, sebagai ahli kitab, sekiraya paderi berkenaan berikrar dan berdoa kepada perdana menteri Malaysia agar menjadi soleh atau 'rabbaniyun' tanpa mengira agama bagi menghormati pada semangat demokrasi," katanya Zakhir lagi dalam tulisan yang disiarkan semalam.
Sementara itu, pertikaian berhubung kesahihan dakwaan berkenaan pula berlarutan antara Zakhir dan ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Zakhir sememangnya diketahui sering menyerang Khairy melalui tulisannya di blog dan Twitter dan tidak hairanlah jika Khairy mengambil mengambil peluang kali ini untuk memulangkan paku buah keras terhadap Zakhir.
Dalam satu tulisan di Twitter hari ini, Khairy mengulas saranan supaya Zakhir ditahan kerana menimbulkan dakwaan berkenaan.
Namun, secara sinis beliau berkata Zakhir tidak sepatutnya ditahan bawah ISA di pusat tahanan Kamunting kerana tindakan itu hanya akan membazirkan wang.
"Bazir je duit rakyat nak kasi anjing tu makan tiap2 hari kat Kamunting. Setakat sepinggan nasi mana cukup!
"Sudahlah nak cover line. Dah kantoi la Fats. Proven liar (dibuktikan penipu). Pi pig out (pergi mentekedarah) kat (restoran) The Loaf," kata Khairy di laman blog mikro itu.

PATUT HANTAR KE JAB PERIKANAN TAKUT SPECIES ASING

Adakah sesiapa yang menasihatkan pesara tersebut menyerahkan kepada Jabatan Perikanan untuk dikenalpasti species tersebut? Dikhuatiri species luar yang dibuang oleh seseorang kedalam aliran sungai tersebut (mungkin kerana sifat ganasnya) dan boleh mengancam spesis tempatan. Diharap pemberita rtersebut menasihatkan sedemikian. Perhatikan bagaimana ikan kap rumput dan Toman menyerang dan memusnahkan habitat dan spesis tempatan di Amerika kerana ikan tersebut tiada pemangsa lain didalam sungai seperti tempat habitat asalnya. Begitu juga Picu yang merupakan pemakan tumbuhan/buah berubah menjadi herbivor di Papua kerana kurangnya makanan yang bersesuaian. SEKADAR PERINGATAN.

Lepas ayam kaki 4, pesara jumpa keli bertompok

Pesara tentera terkejut, apabila seekor daripada ikan keli yang ditangkapnya bersifat ganjil setelah didapati warna pada badannya bertompok-tompok seakan-akan badan lembu tenusu.

Osman Abd Majid, 53 atau lebih dikenali sebagai Man Petai oleh orang-orang kampung berkata, beliau menemui ikan berkenaan pada Jumaat lalu, semasa mengangkat jaring di sebatang sungai yang terletak kira-kira 30 meter di hadapan rumahnya di Taman Desa Molek Seksyen 1 Ayer Molek, Melaka.

Menurutnya, warna pada badan ikan berkenaan terdapat empat warna iaitu hitam, putih, coklat dan merah.

"Semasa mengangkat jaring, pada mulanya saya ingatkan objek yang saya tangkap itu seekor ular kerana warna badannya yang ganjil namun setelah saya tarik jaring perlahan-lahan, rupa-rupanya ia seekor ikan dari spesis keli.

"Saya terus bawa ikan tersebut ke sebuah warung berhampiran yang biasa saya duduk bersama rakan-rakan untuk ditunjukkan kepada mereka. Mereka pun hairan apabila melihat rupa ikan keli yang saya perolehi ini," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Beliau berkata, sebaik mengetahui perkara berkenaan, ramai rakan-rakannya yang menelefonnya untuk membeli ikan keli berkenaan yang beratnya hanya 250 gram.

"Ada juga di antara rakan-rakan yang menawarkan untuk membeli ikan ini. Ada yang hendak bayar sampai RM30 tetapi saya belum hendak menjualnya.

"Bagaimanapun, sekiranya ada yang menawarkannya dengan harga yang menarik saya bersedia berunding," katanya.

Keganjilan ketiga

Osman berkata, sepanjang usianya, beliau belum pernah menemui ikan jenis berkenaan biarpun aktiviti menangkap ikan keli ini sering dilakukannya sejak dari kecil lagi.

"Sebelum ini pun, rumah saya memang tepi sungai dan selalu menangkap ikan tetapi tidak pernah pula menemui ikan seperti ini yang agak ganjil.

"Apabila saya meletakkan ikan ini ke dalam akuarium bersama ikan lain, ia bersifat agak garang dan tidak sesuai kecuali bersama ikan keli lain," katanya.

Menurut Osman, kejadian menemui benda ganjil ini adalah yang ketiga di dalam hidupnya setelah lima tahun lalu menemui jering yang berwarna kehijauan.

"Dua bulan lalu, saya menemui ayam berkaki empat di warung Pak Arif yang terletak tidak jauh dari sini dan Jumaat lalu, saya jumpa pula ikan ganjil ini.

"Peliknya semua benda yang saya temui berlaku pada hari Jumaat," katanya.

Wednesday, May 11, 2011

JEPUN PUN DAH TAK NAK REKTOR NUKLEAR. NAK BELI 2nd hand??

1. Jangan lupa saksikan apa yang sebenarnya berlaku di Disc Channel dan Nat Geo. Cukup terperanjat apabila MIYAKO, sebuah pekan yang mempunyai dinding penampan tsunami setinggi 10 meter tidak dapat menampan tsunami setinggi 10 meter. Hairan? Pergerakan kerak bumi rupanya menyebabkan tanah Jepun turun diantara 1 ~ 2 meter yang menjadi punca kenapa tsunami boleh melimpahi dinding penampan tersebut.  Manusia tidak mampu mengapai kuasa Ilahi.
2. PM Jepun Kan juga tidak mahu mengambil duit gajinya sehingga isu reaktor nuklear di Fukushima dapat diselesaikan. Wa respek sama lu lah Mr Kan. 

Kan to focus on natural energy, energy saving
Prime Minister Naoto Kan says that from now on the government will focus on use of natural energy and measures to save energy, rather than on nuclear power.


At a news conference on Tuesday, Kan thanked Chubu Electric Power Company for its quick decision to accept his request that operations be suspended at the Hamaoka nuclear plant in central Japan.



Kan said that although the decision has raised fears of a power shortage, the problem could be avoided with help from other utilities and through power-saving efforts in the private sector and among the public.



The prime minister said Japan's energy policy has relied on nuclear power and fossil fuels, but that he would shift focus to natural energy, such as solar and wind power and biomass fuels. He also pledged efforts to create a more energy-efficient society.



Kan admitted that the government shares responsibility for the crisis at the Fukushima Daiichi nuclear plant, along with its operator Tokyo Electric Power Company, as the government had promoted nuclear power generation as a national policy.



He added he would give up his salary as prime minister until the crisis has ended.

Tuesday, May 10, 2011 19:13 +0900 (JST)

Sunday, May 08, 2011

MUKHRIZ BANTAI KJ TAKDE TELO LAH NI?

Pemuda Umno Perlu Lantang - Mukhriz
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno perlu bertindak seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan bersuara lantang dalam sebarang isu atau permasalahan demi kepentingan rakyat, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata biarpun apa yang disuarakan itu akan kedengaran seperti mengkritik kerajaan, namun ia lebih baik daripada kerajaan terpaksa melakukan apa-apa perubahan akibat didesak oleh pembangkang.
"Lebih baik kita usulkan, kita yang duduk di bawah kita lebih tahu. Jangan segan-segan. Kita mesti bertindak sebagai NGO. Bersuara lantang. Sejak bila kita segan-segan?," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seputeh di sini, malam Sabtu ini.
Turut hadir Ketua Pergerakan Umno Seputeh, Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff dan Ketua Pemuda Seputeh Mohd Razlan Muhammad Rafi.
Mukhriz berkata, walaupun Umno merupakan parti terbesar dalam Barisan Nasional namun Pemuda tidak seharusnya bertindak seolah-olah mereka sebahagian daripada kerajaan.
"Ada yang kata masalah yang timbul boleh selesai sebab kita kerajaan...tak payah usaha pun tak apa. Kalau itu yang berlaku memang betullah kata pembangkang bahawa Umno akan ditalkinkan tidak lama lagi," jelasnya.
Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata politik bersifat perkauman seperti yang diamalkan oleh DAP harus dihentikan segera kerana ia boleh membawa kepada kehancuran negara.
"Kita negara yang berbilang kaum, perlu ada sifat toleransi dan rela berkorban.
"DAP kata mereka berjuang untuk semua bangsa tapi realitinya mereka hanya didominasi oleh satu kaum sahaja dan kita tak boleh biarkan mereka mentadbir negara," tegas beliau.BERNAMA

Cerita Dolu Dolu